Connect with us

Antarabangsa

Gencatan senjata di Gaza bermula hari ini

Gencatan senjata perang Israel-Palestin di Gaza selama empat hari akan bermula hari ini dan pertukaran tebusan dan tahanan akan menyusul beberapa jam kemudian, kata pengantara Qatar.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Gencatan senjata di Gaza bermula hari ini
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Gencatan senjata perang Israel-Palestin di Gaza selama empat hari akan bermula hari ini dan pertukaran tebusan dan tahanan akan menyusul beberapa jam kemudian, kata pengantara Qatar.
  • Perjanjian gencatan senjata yang difasilitasi oleh Qatar dengan bantuan Mesir dan Amerika Syarikat (AS) sepatutnya berkuat kuasa semalam tetapi ditangguhkan selepas halangan saat akhir.
  • “Jeda akan bermula pada 7 pagi (0500 GMT) pada Jumaat (1 tengah hari waktu Malaysia)… dan kumpulan pertama tebusan awam akan diserahkan kira-kira jam 4 petang (1400 GMT) (10 malam waktu Malaysia),” kata jurucakap Kementerian Luar Qatar, Majed Al Ansari semalam.
  • Pada peringkat permulaan 13 orang akan dibebaskan membabitkan wanita dan kanak-kanak daripada keluarga sama, kata Ansari pada sidang akhbar di Doha.
  • Banduan Palestin yang ditahan di penjara Israel juga akan dibebaskan hari ini, katanya, sambil menambah senarai nama banduan telah diluluskan, tanpa menyatakan bilangannya.

DOHA: Gencatan senjata perang Israel-Palestin di Gaza selama empat hari akan bermula hari ini dan pertukaran tebusan dan tahanan akan menyusul beberapa jam kemudian, kata pengantara Qatar.

Perjanjian gencatan senjata yang difasilitasi oleh Qatar dengan bantuan Mesir dan Amerika Syarikat (AS) sepatutnya berkuat kuasa semalam tetapi ditangguhkan selepas halangan saat akhir. 

“Jeda akan bermula pada 7 pagi (0500 GMT) pada Jumaat (1 tengah hari waktu Malaysia)… dan kumpulan pertama tebusan awam akan diserahkan kira-kira jam 4 petang (1400 GMT) (10 malam waktu Malaysia),” kata jurucakap Kementerian Luar Qatar, Majed Al Ansari semalam.

Pada peringkat permulaan 13 orang akan dibebaskan membabitkan wanita dan kanak-kanak daripada keluarga sama, kata Ansari pada sidang akhbar di Doha.

Banduan Palestin yang ditahan di penjara Israel juga akan dibebaskan hari ini, katanya, sambil menambah senarai nama banduan telah diluluskan, tanpa menyatakan bilangannya.

Ansari berkata “langit akan cerah” daripada dron untuk tempoh masa ditetapkan bagi membolehkan pembebasan tebusan berlaku dalam persekitaran selamat.

Israel dan Palestin berperang sejak 7 Oktober, mengumumkan perjanjian pada Rabu membenarkan sekurang-kurangnya 50 tebusan dan puluhan tahanan Palestin dibebaskan ketika gencatan senjata.

“Dalam tempoh empat hari ini, maklumat akan dikumpul mengenai tebusan yang lain untuk mempertimbangkan kemungkinan lebih banyak pembebasan dan dengan itu melanjutkan jeda,” katanya.

Mengulas mengenai jeda, Ansari berkata ia memerlukan “gencatan senjata sepenuhnya… tanpa serangan dari udara atau darat,” sambil menambah beliau berharap “tidak akan ada pelanggaran.”

Perjanjian gencatan senjata akan berkuat kuasa secara berperingkat-peringkat yang boleh dilanjutkan dan diperluaskan. Ia juga bertujuan memberikan bantuan kepada 2.4 juta penduduk Gaza.

“Perjanjian itu, ia masih… berkuat kuasa dan seperti yang dipersetujui,” kata Ansari.

Sayap bersenjata Hamas, Briged Ezzedine al-Qassam, pada Khamis mengesahkan gencatan senjata akan bermula pada Jumaat, disertai dengan “pemberhentian semua tindakan ketenteraan dari Briged Qassam dan penentangan Palestin” ketika gencatan senjata.

Sepanjang gencatan senjata, ia berkata 50 tebusan membabitkan wanita dan lelaki berumur 18 tahun ke bawah akan dibebaskan, dengan tiga tahanan Palestin akan dibebaskan bagi setiap seorang daripada mereka.

Pegawai Hamas Bassem Naim berkata rundingan berada di belakang perjanjian itu, yang mewakili satu langkah penting ke arah mengurangkan penderitaan rakyat Palestin.

Pembebasan wanita dan kanak-kanak Palestin yang ditahan di penjara Israel akan bermula dengan mereka yang paling lama ditahan, kata Naim.

Pejabat perdana menteri Israel berkata pada Khamis pihak berkuasa telah menghubungi keluarga semua tebusan yang ditahan di Gaza selepas menerima “senarai nama pertama.”

Ia tidak segera menyatakan siapa yang berada dalam senarai itu.

Perjanjian itu susulan perang selama berminggu-minggu di Semenanjung Gaza selepas serangan Hamas pada 7 Oktober dalam serangan yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Pegawai Israel berkata kira-kira 1,200 orang terbunuh dan kira-kira 240 dijadikan tebusan.

Pengeboman tanpa henti Israel dan pencerobohan darat sejak itu telah meragut lebih 14,000 nyawa kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, menurut kerajaan Hamas di Semenanjung Gaza. – AFP

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *