Antarabangsa
Gencatan senjata di Gaza bermula hari ini
Gencatan senjata perang Israel-Palestin di Gaza selama empat hari akan bermula hari ini dan pertukaran tebusan dan tahanan akan menyusul beberapa jam kemudian, kata pengantara Qatar.
- Gencatan senjata perang Israel-Palestin di Gaza selama empat hari akan bermula hari ini dan pertukaran tebusan dan tahanan akan menyusul beberapa jam kemudian, kata pengantara Qatar.
- Perjanjian gencatan senjata yang difasilitasi oleh Qatar dengan bantuan Mesir dan Amerika Syarikat (AS) sepatutnya berkuat kuasa semalam tetapi ditangguhkan selepas halangan saat akhir.
- “Jeda akan bermula pada 7 pagi (0500 GMT) pada Jumaat (1 tengah hari waktu Malaysia)… dan kumpulan pertama tebusan awam akan diserahkan kira-kira jam 4 petang (1400 GMT) (10 malam waktu Malaysia),” kata jurucakap Kementerian Luar Qatar, Majed Al Ansari semalam.
- Pada peringkat permulaan 13 orang akan dibebaskan membabitkan wanita dan kanak-kanak daripada keluarga sama, kata Ansari pada sidang akhbar di Doha.
- Banduan Palestin yang ditahan di penjara Israel juga akan dibebaskan hari ini, katanya, sambil menambah senarai nama banduan telah diluluskan, tanpa menyatakan bilangannya.
DOHA: Gencatan senjata perang Israel-Palestin di Gaza selama empat hari akan bermula hari ini dan pertukaran tebusan dan tahanan akan menyusul beberapa jam kemudian, kata pengantara Qatar.
Perjanjian gencatan senjata yang difasilitasi oleh Qatar dengan bantuan Mesir dan Amerika Syarikat (AS) sepatutnya berkuat kuasa semalam tetapi ditangguhkan selepas halangan saat akhir.
“Jeda akan bermula pada 7 pagi (0500 GMT) pada Jumaat (1 tengah hari waktu Malaysia)… dan kumpulan pertama tebusan awam akan diserahkan kira-kira jam 4 petang (1400 GMT) (10 malam waktu Malaysia),” kata jurucakap Kementerian Luar Qatar, Majed Al Ansari semalam.
Pada peringkat permulaan 13 orang akan dibebaskan membabitkan wanita dan kanak-kanak daripada keluarga sama, kata Ansari pada sidang akhbar di Doha.
Banduan Palestin yang ditahan di penjara Israel juga akan dibebaskan hari ini, katanya, sambil menambah senarai nama banduan telah diluluskan, tanpa menyatakan bilangannya.
Ansari berkata “langit akan cerah” daripada dron untuk tempoh masa ditetapkan bagi membolehkan pembebasan tebusan berlaku dalam persekitaran selamat.
Israel dan Palestin berperang sejak 7 Oktober, mengumumkan perjanjian pada Rabu membenarkan sekurang-kurangnya 50 tebusan dan puluhan tahanan Palestin dibebaskan ketika gencatan senjata.
“Dalam tempoh empat hari ini, maklumat akan dikumpul mengenai tebusan yang lain untuk mempertimbangkan kemungkinan lebih banyak pembebasan dan dengan itu melanjutkan jeda,” katanya.
Mengulas mengenai jeda, Ansari berkata ia memerlukan “gencatan senjata sepenuhnya… tanpa serangan dari udara atau darat,” sambil menambah beliau berharap “tidak akan ada pelanggaran.”
Perjanjian gencatan senjata akan berkuat kuasa secara berperingkat-peringkat yang boleh dilanjutkan dan diperluaskan. Ia juga bertujuan memberikan bantuan kepada 2.4 juta penduduk Gaza.
“Perjanjian itu, ia masih… berkuat kuasa dan seperti yang dipersetujui,” kata Ansari.
Sayap bersenjata Hamas, Briged Ezzedine al-Qassam, pada Khamis mengesahkan gencatan senjata akan bermula pada Jumaat, disertai dengan “pemberhentian semua tindakan ketenteraan dari Briged Qassam dan penentangan Palestin” ketika gencatan senjata.
Sepanjang gencatan senjata, ia berkata 50 tebusan membabitkan wanita dan lelaki berumur 18 tahun ke bawah akan dibebaskan, dengan tiga tahanan Palestin akan dibebaskan bagi setiap seorang daripada mereka.
Pegawai Hamas Bassem Naim berkata rundingan berada di belakang perjanjian itu, yang mewakili satu langkah penting ke arah mengurangkan penderitaan rakyat Palestin.
Pembebasan wanita dan kanak-kanak Palestin yang ditahan di penjara Israel akan bermula dengan mereka yang paling lama ditahan, kata Naim.
Pejabat perdana menteri Israel berkata pada Khamis pihak berkuasa telah menghubungi keluarga semua tebusan yang ditahan di Gaza selepas menerima “senarai nama pertama.”
Ia tidak segera menyatakan siapa yang berada dalam senarai itu.
Perjanjian itu susulan perang selama berminggu-minggu di Semenanjung Gaza selepas serangan Hamas pada 7 Oktober dalam serangan yang tidak pernah berlaku sebelum ini.
Pegawai Israel berkata kira-kira 1,200 orang terbunuh dan kira-kira 240 dijadikan tebusan.
Pengeboman tanpa henti Israel dan pencerobohan darat sejak itu telah meragut lebih 14,000 nyawa kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, menurut kerajaan Hamas di Semenanjung Gaza. – AFP
Sumber: Berita Harian
Antarabangsa
Peneroka haram Israel bersenjata rampas biri-biri keluarga Palestin
Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.
- Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.
- Agensi berita Palestin, Wafa memetik sumber tempatan yang tidak dinamakan melaporkan sekumpulan peneroka bersenjata menyerang rumah warga Palestin dalam komuniti Haribat an-Nabi di kawasan Masafer Yatta dengan perlindungan tentera Israel.
- Masafer Yatta ialah kluster (gugusan) 19 kampung Palestin di daerah Hebron di selatan Tebing Barat.
- Menurut Wafa dipetik agensi berita Anadolu, peneroka haram itu mencuri banyak kambing biri-biri daripada dua lelaki Palestin, Ali Sabah dan Abdul Muhsin Rashid selepas menahan keluarga mereka, menggeledah rumah dan kandang mereka.
- Dianggarkan lebih 720,000 peneroka tinggal di penempatan haram Israel di seluruh Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur.
- Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada Julai lalu mengisytiharkan pendudukan Israel selama beberapa dekad di tanah Palestin sebagai “haram” dan menuntut pemindahan semua penempatan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur.
Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.
Agensi berita Palestin, Wafa memetik sumber tempatan yang tidak dinamakan melaporkan sekumpulan peneroka bersenjata menyerang rumah warga Palestin dalam komuniti Haribat an-Nabi di kawasan Masafer Yatta dengan perlindungan tentera Israel.
Masafer Yatta ialah kluster (gugusan) 19 kampung Palestin di daerah Hebron di selatan Tebing Barat.
Menurut Wafa dipetik agensi berita Anadolu, peneroka haram itu mencuri banyak kambing biri-biri daripada dua lelaki Palestin, Ali Sabah dan Abdul Muhsin Rashid selepas menahan keluarga mereka, menggeledah rumah dan kandang mereka.
Pihak berkuasa Israel dikatakan bersikap lembut dengan peneroka haram sebagai sebahagian usaha rasmi rejim untuk mempergiatkan aktiviti penempatan haram di wilayah Palestin yang diduduki.
Dianggarkan lebih 720,000 peneroka tinggal di penempatan haram Israel di seluruh Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur.
Penempatan Israel dianggap haram di bawah undang-undang antarabangsa.
Ketegangan semakin memuncak di Tebing Barat di tengah-tengah serangan Israel di Gaza yang telah membunuh hampir 41,300 warga Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, sejak serangan rentas sempadan kumpulan Palestin Hamas pada 7 Oktober tahun lalu.
Sekurang-kurangnya 710 rakyat Palestin terbunuh dan hampir 5,700 lagi cedera akibat serangan tentera Israel di Tebing Barat sejak tempoh sama, demikian menurut Kementerian Kesihatan.
Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada Julai lalu mengisytiharkan pendudukan Israel selama beberapa dekad di tanah Palestin sebagai “haram” dan menuntut pemindahan semua penempatan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur. – The Merdeka Times
-
Terkini2 days ago
Individu promosi Bahasa Melayu patut disokong, bukannya diambil tindakan – Peguam
-
Antarabangsa3 days ago
Israel rekrut pelarian Afrika, janji status penempatan tetap
-
Terkini2 days ago
Aurad Muhammadiah wirid Al-Arqam difatwakan sesat, status pernikahan perlu disahkan pejabat agama – Mufti WP
-
Antarabangsa1 day ago
Syarikat penerbangan gantung penerbangan ke Israel