Antarabangsa
Blinken tolak tuntutan negara Arab gesa laksana gencatan senjata di Gaza
Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken menolak tuntutan Jordan dan Mesir yang menggesa gencatan senjata segera dilaksanakan di Gaza.
- Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken menolak tuntutan Jordan dan Mesir yang menggesa gencatan senjata segera dilaksanakan di Gaza.
- Penolakan itu dibuat pada Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Arab yang diadakan di Amman, Jordan pada Ahad.
- Menurut Blinken, gencatan senjata akan menjadi tidak produktif dan boleh menggalakkan lebih banyak serangan daripada Hamas.
- Blinken menegaskan pihaknya hanya boleh menyokong pemberhentian sementara konflik atas ‘dasar kemanusiaan’ bagi membenarkan penghantaran bantuan dan pemindahan penduduk dari wilayah dikepung.
AMMAN: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken menolak tuntutan Jordan dan Mesir yang menggesa gencatan senjata segera dilaksanakan di Gaza.
Penolakan itu dibuat pada Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Arab yang diadakan di Amman, Jordan pada Ahad.
Menurut Blinken, gencatan senjata akan menjadi tidak produktif dan boleh menggalakkan lebih banyak serangan daripada Hamas.
Malah, Blinken menegaskan pihaknya hanya boleh menyokong pemberhentian sementara konflik atas ‘dasar kemanusiaan’ bagi membenarkan penghantaran bantuan dan pemindahan penduduk dari wilayah dikepung.
“Amerika Syarikat dan rakan-rakan kita akan mempunyai pandangan yang berbeza tentang cara terbaik untuk memajukan atau mencapai langkah-langkah ini. Tetapi kita semua mengakui bahawa kita tidak boleh kembali ke status quo.
“Kita semua memahami bahawa kita tidak hanya mempunyai kepentingan, tetapi juga tanggungjawab untuk melakukan segala yang kita boleh untuk menentukan jalan yang lebih baik bersama. Pada pandangan kami, gencatan senjata hanya akan menyebabkan Hamas berada di tempatnya selain dapat berkumpul semula dan mengulangi serangan mengejut dilakukan pada 7 Oktober lalu,” katanya.
Terdahulu, Menteri-Menteri Luar dari Jordan, Arab Saudi, Mesir, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Qatar dan seorang pegawai kanan Palestin bertemu dengan Blinken selepas mengadakan mesyuarat berasingan sebelum ini dan satu lagi pertemuan dengan Raja Jordan, Raja Abdullah II.
Berdasarkan Kementerian Luar Jordan dalam satu kenyataan, mesyuarat itu mengulangi semula gesaan negara-negara Arab untuk melaksanakan gencatan senjata segera dan penghantaran bantuan tanpa sebarang gangguan di Gaza sebagai sebahagian usaha bagi menghentikan konflik.
Sumber: Astro Awani
Antarabangsa
NATO mulakan latihan nuklear besar-besaran di Eropah Utara
Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
- Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
- Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.
- Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.
- Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat.
- Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.
Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.
Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.
Latihan ketenteraan itu dirancang dan disediakan selama lebih dari setahun serta tiada senjata tempur akan digunakan dalam latihan itu, kata NATO sebelum ini.
Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat.
Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.
Perkhidmatan akhbar NATO mengingatkan bahawa pakatan ketenteraan itu sentiasa mengambil langkah untuk memastikan kebolehpercayaan dan keberkesanan pasukan pencegahan nuklear.
Walaupun NATO menganggap latihannya itu dirancang, organisasi anti-perang mengkritik kelakuan mereka dalam konteks ketegangan antarabangsa. – The Merdeka Times