Connect with us

Antarabangsa

Benarkan bawah 18 tahun ke pameran berunsur LGBTQ+, Pengarah muzium dipecat

Pengarah Muzium Budapest, László Simon dipecat selepas muziumnya membenarkan pengunjung bawah umur 18 tahun melawat Pameran Foto Akhbar Dunia yang memaparkan imej golongan LGBTQ+.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Benarkan bawah 18 tahun ke pameran berunsur LGBTQ+, Pengarah muzium dipecat
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pengarah Muzium Budapest, László Simon dipecat selepas muziumnya membenarkan pengunjung bawah umur 18 tahun melawat Pameran Foto Akhbar Dunia yang memaparkan imej golongan LGBTQ+.
  • Undang-undang Hungary mengharamkan sebarang promosi homoseksualiti kepada golongan bawah umur.
  • Simon yang juga bekas setiausaha kebudayaan negara dan Ahli Parlimen parti Fidesz Viktor Orbán, memegang jawatan sebagai Pengarah Muzium Negara itu pada Ogos 2021, sejurus selepas partinya meluluskan undang-undang menyekat kandungan LGBTQ+. 
  • The Guardian melaporkan ketegangan berhubung pameran itu muncul apabila parti sayap kanan Mi Hazánk (Tanah Airku) melancarkan siasatan ke atas isu itu.
  • Mi Hazánk memetik undang-undang 2021 yang mengharamkan “paparan dan promosi homoseksual” dalam buku dan filem yang boleh diakses golongan bawah 18 tahun. 

Pengarah Muzium Budapest, László Simon dipecat selepas muziumnya membenarkan pengunjung bawah umur 18 tahun melawat Pameran Foto Akhbar Dunia yang memaparkan imej golongan LGBTQ+.

Undang-undang Hungary mengharamkan sebarang promosi homoseksualiti kepada golongan minor bawah umur.

Simon yang juga bekas setiausaha kebudayaan  negara dan Ahli Parlimen parti Fidesz Viktor Orbán, memegang jawatan sebagai Pengarah Muzium Negara itu pada Ogos 2021, sejurus selepas partinya meluluskan undang-undang menyekat kandungan LGBTQ+. 

The Guardian melaporkan ketegangan berhubung pameran itu muncul apabila parti sayap kanan Mi Hazánk (Tanah Airku) melancarkan siasatan ke atas isu itu.

Gambar-gambar yang disiasat adalah Home for the Golden Gays oleh wartawan foto Hannah Reyes Morales, mengikuti penghuni rumah penjagaan warga tua yang dikendalikan golongan LGBTQ+ di Manila, Filipina. 

Mi Hazánk memetik undang-undang 2021 yang mengharamkan “paparan dan promosi homoseksual” dalam buku dan filem yang boleh diakses golongan bawah 18 tahun. 

Selepas siasatan kerajaan, muzium mendakwa mereka tidak berhak meminta ID bagi mengesahkan umur pelawat, sebaliknya mesej untuk memberitahu golongan bawah 18 tahun supaya tidak melawat pameran itu telah disiarkan pada laman web muzium. 

Menteri Kebudayaan dan Inovasi pada 6 November lalu dilaporkan berkata, Simon dipecat kerana gagal mematuhi “kewajipan undang-undang institusi”.

Simon mengakui mengenai pemecatan itu, namun tidak menerima sebab pemecatan tersebut. 

“Pihak muzium tidak sengaja melanggar sebarang undang-undang dengan mempamerkan gambar pameran Foto Akhbar Dunia,” kata Simon menerusi hantaran di Facebook. 

Timbalan Presiden Mi Hazánk, Dóra Dúró pada sidang media bulan lalu, menyifatkan pameran Foto Akhbar Dunia itu sebagai berbahaya.

Sumber: The Guardian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *