Antarabangsa
Benarkan bawah 18 tahun ke pameran berunsur LGBTQ+, Pengarah muzium dipecat
Pengarah Muzium Budapest, László Simon dipecat selepas muziumnya membenarkan pengunjung bawah umur 18 tahun melawat Pameran Foto Akhbar Dunia yang memaparkan imej golongan LGBTQ+.

- Pengarah Muzium Budapest, László Simon dipecat selepas muziumnya membenarkan pengunjung bawah umur 18 tahun melawat Pameran Foto Akhbar Dunia yang memaparkan imej golongan LGBTQ+.
- Undang-undang Hungary mengharamkan sebarang promosi homoseksualiti kepada golongan bawah umur.
- Simon yang juga bekas setiausaha kebudayaan negara dan Ahli Parlimen parti Fidesz Viktor Orbán, memegang jawatan sebagai Pengarah Muzium Negara itu pada Ogos 2021, sejurus selepas partinya meluluskan undang-undang menyekat kandungan LGBTQ+.
- The Guardian melaporkan ketegangan berhubung pameran itu muncul apabila parti sayap kanan Mi Hazánk (Tanah Airku) melancarkan siasatan ke atas isu itu.
- Mi Hazánk memetik undang-undang 2021 yang mengharamkan “paparan dan promosi homoseksual” dalam buku dan filem yang boleh diakses golongan bawah 18 tahun.
Pengarah Muzium Budapest, László Simon dipecat selepas muziumnya membenarkan pengunjung bawah umur 18 tahun melawat Pameran Foto Akhbar Dunia yang memaparkan imej golongan LGBTQ+.
Undang-undang Hungary mengharamkan sebarang promosi homoseksualiti kepada golongan minor bawah umur.
Simon yang juga bekas setiausaha kebudayaan negara dan Ahli Parlimen parti Fidesz Viktor Orbán, memegang jawatan sebagai Pengarah Muzium Negara itu pada Ogos 2021, sejurus selepas partinya meluluskan undang-undang menyekat kandungan LGBTQ+.
The Guardian melaporkan ketegangan berhubung pameran itu muncul apabila parti sayap kanan Mi Hazánk (Tanah Airku) melancarkan siasatan ke atas isu itu.
Gambar-gambar yang disiasat adalah Home for the Golden Gays oleh wartawan foto Hannah Reyes Morales, mengikuti penghuni rumah penjagaan warga tua yang dikendalikan golongan LGBTQ+ di Manila, Filipina.
Mi Hazánk memetik undang-undang 2021 yang mengharamkan “paparan dan promosi homoseksual” dalam buku dan filem yang boleh diakses golongan bawah 18 tahun.
Selepas siasatan kerajaan, muzium mendakwa mereka tidak berhak meminta ID bagi mengesahkan umur pelawat, sebaliknya mesej untuk memberitahu golongan bawah 18 tahun supaya tidak melawat pameran itu telah disiarkan pada laman web muzium.
Menteri Kebudayaan dan Inovasi pada 6 November lalu dilaporkan berkata, Simon dipecat kerana gagal mematuhi “kewajipan undang-undang institusi”.
Simon mengakui mengenai pemecatan itu, namun tidak menerima sebab pemecatan tersebut.
“Pihak muzium tidak sengaja melanggar sebarang undang-undang dengan mempamerkan gambar pameran Foto Akhbar Dunia,” kata Simon menerusi hantaran di Facebook.
Timbalan Presiden Mi Hazánk, Dóra Dúró pada sidang media bulan lalu, menyifatkan pameran Foto Akhbar Dunia itu sebagai berbahaya.
Sumber: The Guardian
Antarabangsa
Rejim penjajah Israel berundur dari bahagian utara Gaza – Briged Al-Qassam
Briged Al-Qassam, sayap tentera Hamas memaklumkan tentera Israel sudah berundur dari bahagian utara Gaza.

- Briged Al-Qassam, sayap tentera Hamas memaklumkan tentera Israel sudah berundur dari bahagian utara Gaza.
- Kumpulan pejuang itu menyifatkan operasi rejim zionis sebagai gagal dan mengatakan sebanyak 70 peratus anggota tentera Israel di utara kini sudah tiada.
- Pegawai Hamas, Osama Hamdan, yang berpangkalan di Lubnan mendedahkan Israel cuba memancing orang awam Gaza ke selatan untuk memerangkap dan membunuh mereka di kawasan itu.
- “Jelas bahawa dakwaan pendudukan, mengenai kewujudan kawasan selamat di selatan Semenanjung Gaza dan desakan berterusan untuk rakyat pergi ke sana adalah satu rancangan serta perangkap yang dirancang.
- “Ia untuk melakukan lebih banyak pembunuhan beramai-ramai terhadap orang awam yang tidak bersenjata serta orang yang dipindahkan ke selatan,” katanya seperti dilaporkan Al Jazeera.
GAZA: Briged Al-Qassam, sayap tentera Hamas memaklumkan tentera Israel sudah berundur dari bahagian utara Gaza.
Kumpulan pejuang itu menyifatkan operasi rejim zionis sebagai gagal dan mengatakan sebanyak 70 peratus anggota tentera Israel di utara kini sudah tiada.
Dalam serangan bertali arus yang dilancarkan Israel dilihat cubaan untuk mengusir penduduk dari utara wilayah itu ke selatan.
Sementara itu, Hamas mengecam United Kingdom (UK) kerana merancang untuk melancarkan pengawasan melalui udara ke atas Semenanjung Gaza dengan menggelarkan negara itu sebagai rakan dalam perang Israel.
Memetik laporan media Arab, UK yang menjalankan penerbangan pengawasan ke atas Gaza didakwa mahu membantu mengesan tawanan Israel, kata Hamas menerusi satu kenyataan.
Pada Sabtu lalu, Kementerian Pertahanan UK mengesahkan bahawa tenteranya melakukan penerbangan pengawasan ke atas Gaza.
Dalam pada itu, pegawai Hamas, Osama Hamdan, yang berpangkalan di Lubnan mendedahkan Israel cuba memancing orang awam Gaza ke selatan untuk memerangkap dan membunuh mereka di kawasan itu.
“Jelas bahawa dakwaan pendudukan, mengenai kewujudan kawasan selamat di selatan Semenanjung Gaza dan desakan berterusan untuk rakyat pergi ke sana adalah satu rancangan serta perangkap yang dirancang.
“Ia untuk melakukan lebih banyak pembunuhan beramai-ramai terhadap orang awam yang tidak bersenjata serta orang yang dipindahkan ke selatan,” katanya seperti dilaporkan Al Jazeera.
Tentera Israel turut mengarahkan rakyat Palestin mengosongkan beberapa kawasan di dalam dan sekitar bandar Khan Younis.
Selain itu, rejim Zionis juga menyiarkan peta yang menunjukkan tempat perlindungan yang perlu dituju oleh rakyat Palestin dari Khan Younis sehingga ke selatan iaitu di Rafah bersempadan dengan Mesir.
Ramai penduduk Gaza mendakwa kawasan yang mereka dipaksa untuk pergi turut diserang. – AGENSI
Sumber: Berita Harian
-
Terkini4 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini4 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini4 days ago
Peguam bidas Justice For Sisters kecam penubuhan pusat pemulihan LGBT di Johor
-
Antarabangsa4 days ago
Bekas banduan Palestin dakwa dicabul, diserang guna anjing di penjara rejim Israel