Connect with us

Terkini

Batal undang-undang Islam sama seperti batal al-Quran, hadis – MB Kelantan

Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud menyifatkan cubaan membatalkan undang-undang Islam sama seperti cuba membatalkan al-Quran dan hadis.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud.
  • Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud menyifatkan cubaan batalkan undang-undang Islam sama seperti cuba membatalkan al-Quran dan hadis.
  • ADUN Meranti itu berkata, hal ini kerana undang-undang Islam yang digubal berteraskan al-Quran, hadis dan sunnah Rasulullah.
  • Menurutnya, beliau tidak pernah terfikir Enakmen Jenayah Syariah (1) Negeri Kelantan 2019 yang digubal kerajaan negeri akan dicabar individu dari Kelantan.
  • “Nak membatalkan undang-undang Islam ini sama dengan nak membatalkan al-Quran dan Hadis. Boleh dok kito nok membatalkan al-Quran dan Hadis? Tak boleh! Saya tak terfikir orang Kelantan boleh buat benda ni,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Hududullah Peringkat Negeri Kelantan 2023 di Kompleks Balai Islam Lundang, di sini semalam.

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud menyifatkan cubaan membatalkan undang-undang Islam sama seperti cuba membatalkan al-Quran dan hadis.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meranti itu berkata, hal ini kerana undang-undang Islam yang digubal berteraskan al-Quran, hadis dan sunnah Rasulullah.

Menurutnya, beliau tidak pernah terfikir Enakmen Jenayah Syariah (1) Negeri Kelantan 2019 yang digubal oleh kerajaan negeri akan dicabar oleh individu dari Kelantan.

“Nak membatalkan undang-undang Islam ini sama dengan nak membatalkan al-Quran dan Hadis. Boleh dok kito nok membatalkan al-Quran dan Hadis? Tak boleh! Saya tak terfikir orang Kelantan boleh buat benda ni. 

“Boleh cabar undang-undang Islam di mahkamah sedangkan kita orang Islam. Inilah nasib kita umat Islam,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Hududullah Peringkat Negeri Kelantan 2023 di Kompleks Balai Islam Lundang, di sini semalam.

Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri itu memberitahu, perkara berkenaan tidak mustahil akan berlaku dan sejarah juga membuktikan perjuangan menegakkan syiar Islam boleh dicabar oleh individu dari negeri yang sama.

“Tetapi bila saya fikirkan balik, Nabi Muhammad orang Mekah dan Abu Jahal juga orang Mekah. Nabi Musa orang Mesir dan Firaun juga orang Mesir.

“Tak apalah… kita akan pertahankan. Kita akan berdoa kepada Allah…kerana doa itu senjata umat Islam, tiang bagi agama dan cahaya yang menerangi langit dan bumi,” ujarnya.

Mohd. Nassuruddin berkata, beliau menyeru umat Islam untuk bersama-sama mempertahankan undang-undang Syariah di saat menghadapi cabaran besar ketika menunggu keputusan mahkamah.

Katanya, umat Islam diseru bermunajat memohon doa agar usaha-usaha membatalkan undang-undang Islam tidak berjaya.

“Mahkamah Persekutuan menetapkan 20 November ini untuk menyambung semula pendengaran Petisyen Cabaran Terhadap 20 peruntukan di bawah Enakmen Jenayah Syariah (1) Negeri Kelantan 2019.

“Sekiranya petisyen oleh orang yang tidak bertanggungjawab ini diluluskan oleh mahkamah, ia akan menyebabkan sebahagian besar bidang kuasa Mahkamah Syariah terhapus,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia

Author