Antarabangsa
AS sanggah hasrat zionis Israel untuk tadbir Gaza
Rakyat Palestin harus mentadbir Gaza sebaik sahaja Israel menamatkan perangnya terhadap Hamas, kata Amerika Syarikat (AS) semalam.

- Rakyat Palestin harus mentadbir Gaza sebaik sahaja Israel menamatkan perangnya terhadap Hamas, kata Amerika Syarikat (AS) semalam.
- Washington telah memulakan perbincangan dengan pemimpin Israel dan Arab berkenaan masa depan Gaza tanpa pemerintahan Hamas.
- “Tiada pendudukan semula Gaza selepas konflik itu berakhir. Tiada percubaan untuk menyekat atau mengepung Gaza. Tiada pengurangan (kawasan) ke atas wilayah Gaza,” kata Setiausaha Negara AS, Antony Blinken pada sidang media di Tokyo pada Rabu.
- Kenyataan itu bertentangan dengan ucapan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu sebelum ini bahawa rejim zionis Israel akan bertanggungjawab penuh ke atas keselamatan wilayah itu.
- Blinken dilaporkan berkata akan adanya keperluan untuk “tempoh peralihan” pada akhir konflik kelak, tetapi tadbir urus pasca krisis di Gaza, mestilah melibatkan warga Palestin.
Rakyat Palestin harus mentadbir Gaza sebaik sahaja Israel menamatkan perangnya terhadap Hamas, kata Amerika Syarikat (AS) semalam.
Washington telah memulakan perbincangan dengan pemimpin Israel dan Arab berkenaan masa depan Gaza tanpa pemerintahan Hamas.
“Tiada pendudukan semula Gaza selepas konflik itu berakhir. Tiada percubaan untuk menyekat atau mengepung Gaza. Tiada pengurangan (kawasan) ke atas wilayah Gaza,” kata Setiausaha Negara AS, Antony Blinken pada sidang media di Tokyo pada Rabu.
Kenyataan itu bertentangan dengan ucapan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu sebelum ini bahawa rejim zionis Israel akan bertanggungjawab penuh ke atas keselamatan wilayah itu.
Blinken dilaporkan berkata, akan adanya keperluan untuk “tempoh peralihan” pada akhir konflik kelak, tetapi tadbir urus pasca krisis di Gaza, mestilah melibatkan warga Palestin.
“Ia mesti disertai tadbir urus diketuai warga Palestin dengan Gaza disatukan bersama Tebing Barat di bawah Pihak Berkuasa Palestin (PA),” katanya.
“Sekitar tempoh tidak ditentukan” Israel akan memegang tanggungjawab keselamatan di wilayah itu (Gaza) setelah tamatnya ‘perang’, kata Netanhayu kepada ANC News pada Isnin lalu.
Komen Netanhayu dilihat bertentangan dengan kenyataan AS yang mengatakan Israel tidak mahu mentadbir Gaza selepas (pentadbiran) Hamas.
“Saya fikir Israel, untuk tempoh yang belum diputuskan, akan bertanggungjawab penuh terhadap keselamatan menyeluruh (Gaza) kerana kita dapat lihat apa yang berlaku apabila kita tidak bertanggungjawab terhadap keselamatannya,” kata Netanyahu.
Pegawai Israel sejak itu cuba menjelaskan bahawa mereka tidak berhasrat untuk menduduki Gaza setelah tamatnya perang, tetapi mereka masih belum menjelaskan bagaimana keselamatan dapat dipastikan tanpa adanya kehadiran tentera.
Sebelum ini, rejim zionis Israel menarik balik tenteranya dari Gaza pada 2005.
Sumber: Daily Mail
Antarabangsa
AS hantar 15,000 bom, 57,000 peluru meriam kepada rejim penjajah zionis Israel
Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.

- Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.
- Menurut Wall Street Journal, kemasukan senjata itu termasuk 15,000 bom dan 57,000 peluru meriam, yang dibawa pesawat kargo tentera C-17 sejurus selepas permulaan konflik di Semenanjung Gaza dan berterusan sejak beberapa hari lalu, kata laporan eksklusif itu, memetik sumber pegawai AS.
- Senarai senjata api yang dihantar AS kepada Israel, terdiri daripada lebih 5,400 bom MK84, 5,000 bom MK82 tidak berpandu, 1,000 bom berdiameter kecil GBU-39 dan 3,000 JDAM yang menukar bom tidak berpandu kepada peluru berpandu tepat, katanya.
Gaza: Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.
Menurut Wall Street Journal, kemasukan senjata itu termasuk 15,000 bom dan 57,000 peluru meriam, yang dibawa pesawat kargo tentera C-17 sejurus selepas permulaan konflik di Semenanjung Gaza dan berterusan sejak beberapa hari lalu, kata laporan eksklusif itu, memetik sumber pegawai AS.
“AS sebelum ini tidak mendedahkan jumlah senjata dihantar ke Israel mahupun pemindahan 100 BLU-109, 2,000 paun bom bunker-buster,” katanya.
Bom bunker-buster terkenal dengan keupayaannya menembusi jauh ke dalam struktur yang padat sebelum meletup.
Senarai senjata api yang dihantar AS kepada Israel, terdiri daripada lebih 5,400 bom MK84, 5,000 bom MK82 tidak berpandu, 1,000 bom berdiameter kecil GBU-39 dan 3,000 JDAM yang menukar bom tidak berpandu kepada peluru berpandu tepat, katanya.
Tentera Israel meneruskan pengeboman di Semenanjung Gaza awal Jumaat selepas mengisytiharkan penamatan jeda kemanusiaan selama seminggu.
Sekurang-kurangnya 193 rakyat Palestin terbunuh dan 652 cedera dalam serangan udara itu, menurut Kementerian Kesihatan Gaza.
Sejak 7 Oktober, lebih 15,000 rakyat Palestin, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita terbunuh dalam serangan kejam Israel, sebagai membalas serangan mengejut Hamas.
Sumber: Harian Metro
-
Terkini3 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini3 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini3 days ago
Peguam bidas Justice For Sisters kecam penubuhan pusat pemulihan LGBT di Johor
-
Antarabangsa4 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas