Terkini
Arab Saudi tidak akan guna minyak untuk desak gencatan senjata di Gaza – Menteri Pelaburan Saudi
Arab Saudi memberi jaminan kepada Israel dan negara Barat bahawa mereka tidak berhasrat menggunakan minyak sebagai alat untuk mendesak gencatan senjata di Gaza.

- Arab Saudi memberi jaminan kepada Israel dan negara Barat bahawa mereka tidak berhasrat menggunakan minyak sebagai alat untuk mendesak gencatan senjata di Gaza.
- Menteri Pelaburan Arab Saudi, Khalid bin Abdulaziz al-Falih berkata Arab Saudi tidak berhasrat menggunakan kemampuan pengeluaran minyaknya sebagai alat bagi mempengaruhi situasi perang di Gaza.
- Beliau berkata demikian ketika berucap di Forum Ekonomi Baharu Bloomberg di Singapura pada Rabu.
- Komennya itu sebagai jawapan kepada soalan yang membuatnya ketawa, bahawa solusi sebegitu tidak ada di atas meja (perbincangan) hari ini sambil berkata; “Arab Saudi sedang cuba mencari keamanan melalui perbincangan secara aman”.
Arab Saudi memberi jaminan kepada Israel dan negara Barat bahawa mereka tidak berhasrat menggunakan minyak sebagai alat untuk mendesak gencatan senjata di Gaza.
Menteri Pelaburan Arab Saudi, Khalid bin Abdulaziz al-Falih berkata Arab Saudi tidak berhasrat menggunakan kemampuan pengeluaran minyaknya sebagai alat bagi mempengaruhi situasi perang di Gaza.
Beliau berkata demikian ketika berucap di Forum Ekonomi Baharu Bloomberg di Singapura pada Rabu.
Komennya itu sebagai jawapan kepada soalan yang membuatnya ketawa, bahawa solusi sebegitu tidak ada di atas meja (perbincangan) hari ini sambil berkata; “Arab Saudi sedang cuba mencari keamanan melalui perbincangan secara aman”.
The New Arab melaporkan menteri itu turut menegaskan bahawa perbincangan ke arah normalisasi Arab Saudi dengan Israel masih dalam pertimbangan.
Al-Falih berkata Riyadh akan menjadi tuan rumah sidang kemuncak negara-negara Arab dan Islam dalam beberapa hari akan datang untuk membincangkan situasi di Gaza.
Pada 1973, Arab Saudi mengenakan sekatan minyak ke atas Amerika Syarikat (AS) dan negara-negara lain atas sokongan kumpulan itu terhadap rejim Israel dalam perang menentang Mesir dan Syria.
Sumber: The New Arab
