Antarabangsa
Anak perempuan saya dilayan seperti ratu, kata tebusan wanita Hamas dalam sepucuk surat tular
Tebusan Hamas, Danielle Aloni menulis surat penuh emosi yang kini tular di media sosial, berterima kasih kepada pejuang Hamas yang menjaga beliau dan anak perempuannya Emilia, 5, semasa dalam tahanan di Gaza.
- Tebusan Hamas, Danielle Aloni menulis surat penuh emosi yang kini tular di media sosial, berterima kasih kepada pejuang Hamas yang menjaga beliau dan anak perempuannya Emilia, 5, semasa dalam tahanan di Gaza.
- Aloni dan Emilia antara 24 tebusan yang dibebaskan pada 24 November lalu sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata sementara antara Hamas dan Israel.
- Sebelum meninggalkan Gaza, Aloni menulis surat “terima kasih” kepada Hamas, menzahirkan perasaannya selama dalam tahanan dan melihat anaknya dilayan baik oleh kumpulan pembebasan Palestin itu.
- “Kanak-kanak tidak sepatutnya berada di dalam tahanan, tetapi terima kasih buat kalian dan individu baik hati lain yang kami temui sepanjang perjalanan, anak saya terasa (dilayan) seperti ratu di Gaza,” kata Aloni dalam surat itu.
- Wanita Israel itu turut mengakui layanan baik pejuang Hamas ke atas semua tebusan di Gaza.
Tebusan Hamas, Danielle Aloni menulis surat penuh emosi yang kini tular di media sosial, berterima kasih kepada pejuang Hamas yang menjaga beliau dan anak perempuannya Emilia, 5, semasa dalam tahanan di Gaza.
Aloni dan Emilia antara 24 tebusan yang dibebaskan pada 24 November lalu sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata sementara antara Hamas dan Israel.
Sebelum meninggalkan Gaza, Aloni menulis surat “terima kasih” kepada Hamas, menzahirkan perasaannya selama dalam tahanan dan melihat anaknya dilayan baik oleh kumpulan pembebasan Palestin itu.
“Saya berterima kasih dari lubuk hati saya atas sifat kemanusiaan luar biasa yang dipamerkan kepada anak saya, Emilia,” katanya.
Briged al-Qassam, yang juga sayap ketenteraan Hamas, berkongsi surat itu di Telegram rasminya pada 1649 GMT, semalam.
Surat yang pada asalnya ditulis dalam bahasa Ibrani, diiringi terjemahan dalam bahasa Arab bersama gambar wanita warga Israel itu bersama anak perempuannya.
“Dia (Emilia) merasakan seperti kamu semua bukan sahaja seperti rakannya, tetapi rakan yang sangat baik, tulus, orang-orang disayangi yang baik hati,” kata Aloni dalam surat itu.
Aloni turut mengakui layanan baik pejuang Hamas ke atas semua tebusan di Gaza.
“Terima kasih kerana meluangkan masa berjam-jam lamanya sebagai penjaga,” katanya.
Wanita warga Israel itu berkata anak perempuannya bukan sahaja mesra bersama Hamas, tetapi turut dilayan seperti ratu.
“Kanak-kanak tidak sepatutnya berada di dalam tahanan, tetapi terima kasih buat kalian dan individu baik hati lain yang kami temui sepanjang perjalanan, anak saya terasa (dilayan) seperti ratu di Gaza,” katanya.
Aloni turut mengakhiri suratnya dengan menzahirkan belas kasihannya kepada Hamas dan penduduk Gaza.
“Saya akan ingat perbuatan baik yang ditunjukkan kalian biarpun kalian sedang menghadapi situasi yang sukar dan kerugian yang sangat teruk di Gaza.
“Saya berharap kita boleh terus menjadi kawan yang baik di dunia ini.
“Saya berharapkan kesihatan dan kebaikan buat kamu semua. Kesihatan dan kasih sayang buat kamu dan keluarga kamu,” kata Aloni.
Pada insiden 7 Oktober lalu, Aloni dan anaknya melawat rumah keluarga mereka di Kibbutz Nir Oz di utara wilayah haram Israel sebelum dijadikan tebusan oleh Hamas.
Sumber: TRT World
Antarabangsa
Hentikan sekatan ke atas Afghanistan – Menteri Luar Russia
Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov pada Jumaat menyeru Barat menarik balik sekatan terhadap Afghanistan yang diperintah Taliban dan mengambil “tanggungjawab” dalam usaha pembinaan semula negara itu.
- Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov pada Jumaat menyeru Barat menarik balik sekatan terhadap Afghanistan yang diperintah Taliban dan mengambil “tanggungjawab” dalam usaha pembinaan semula negara itu.
- Lavrov bagaimanapun tidak menyatakan sama ada Moscow akan menarik balik klasifikasi “organisasi pengganas” yang ditetapkannya ke atas Taliban.
- “Kami mendesak negara-negara Barat mengakui tanggungjawab mereka dalam pembinaan semula Afghanistan pasca-konflik, menarik balik sekatan dan memulangkan aset Kabul yang dirampas,” kata Lavrov dipetik AFP dalam laporan The Moscow Times hari ini.
- Lavrov berkata demikian di pembukaan forum diplomatik tahunan mengenai Afghanistan, diketuai Russia, melibatkan utusan dari Taliban dan negara-negara jiran di Timur Tengah dan Asia Tengah.
- Moscow mengembangkan hubungan dengan Taliban sejak kumpulan itu kembali berkuasa di Afghanistan pada 2021 setelah pengunduran Amerika Syarikat dari negara dilanda peperangan itu.
Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov pada Jumaat menyeru Barat menarik balik sekatan terhadap Afghanistan yang diperintah Taliban dan mengambil “tanggungjawab” dalam usaha pembinaan semula negara itu.
Lavrov bagaimanapun tidak menyatakan sama ada Moscow akan menarik balik klasifikasi “organisasi pengganas” yang ditetapkannya ke atas Taliban.
“Kami mendesak negara-negara Barat mengakui tanggungjawab mereka dalam pembinaan semula Afghanistan pasca-konflik, menarik balik sekatan dan memulangkan aset Kabul yang dirampas,” kata Lavrov dipetik AFP dalam laporan The Moscow Times hari ini.
Lavrov berkata demikian di pembukaan forum diplomatik tahunan mengenai Afghanistan, diketuai Russia, melibatkan utusan dari Taliban dan negara-negara jiran di Timur Tengah dan Asia Tengah.
Moscow mengembangkan hubungan dengan Taliban sejak kumpulan itu kembali berkuasa di Afghanistan pada 2021 setelah pengunduran Amerika Syarikat dari negara dilanda peperangan itu.
Taliban berada di bawah sekatan Barat selama lebih dua dekad dan pada awalnya dikenakan sekatan pembiayaan kepada al-Qaeda dan kumpulan lain yang dilabelkan sebagai “pengganas”.
Beberapa pegawai Russia menyeru Moscow mengeluarkan Taliban dari senarai “organisasi pengganas dan ekstremis” bagi meningkatkan kerjasama lebih lanjut.
Menteri Luar Afghanistan, Amir Khan Muttaqi dilaporkan berada di Moscow untuk perbincangan itu.
Lavrov juga dilaporkan berkata Russia tidak akan menerima “negara ketiga” menempatkan pangkalan tentera di Afghanistan atau menubuhkan kemudahan tentera baru di negara-negara jirannya “atas apa jua alasan”.
Russia mempunyai pangkalan tentera besar di Tajikistan yang bersempadan dengan Afghanistan. — The Merdeka Times
-
Antarabangsa3 days ago
Arab Saudi, Qatar, UAE, Bahrain dan Kuwait tidak benar AS guna pangkalan udara serang Iran
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Saham MAHB: BlackRock sah miliki GIP – ARMADA BERSATU
-
Antarabangsa3 days ago
(VIDEO) Profesor Iran ‘sekolahkan’ wartawan Sky News
-
Antarabangsa3 days ago
Hentikan sekatan ke atas Afghanistan – Menteri Luar Russia