Terkini
95 peratus warga Jordan boikot produk AS, negara asing – Tinjauan
95 peratus warga Jordan melibatkan diri dalam tindakan memboikot produk Amerika Syarikat (AS) dan negara asing lain serta beralih kepada alternatif buatan tempatan, demikian tinjauan Pusat Kajian Strategik Jordan.
- 95 peratus warga Jordan melibatkan diri dalam tindakan memboikot produk Amerika Syarikat (AS) dan negara asing lain serta beralih kepada alternatif buatan tempatan, demikian tinjauan Pusat Kajian Strategik Jordan.
- Tinjauan komprehensif itu diadakan dari 13 sehingga 23 November 2023 meneroka sentimen warga Jordan terhadap serangan kekejaman rejim zionis penjajah Israel ke atas Gaza melibatkan 1,200 responden.
- Sepertimana di atas, peratusan terbesar dalam tinjauan itu jatuh pada aspek maklum balas peserta tinjauan berkaitan kategori tingkah laku ekonomi, boikot dan sokongan.
- 93 peratus menyokong pemboikotan produk negara-negara yang menyokong Israel, dengan 72 peratus responden meyakini tindakan itu tidak akan memudaratkan ekonomi Jordan.
95 peratus warga Jordan melibatkan diri dalam tindakan memboikot produk Amerika Syarikat (AS) dan negara asing lain serta beralih kepada alternatif buatan tempatan, demikian tinjauan Pusat Kajian Strategik Jordan.
Tinjauan komprehensif itu diadakan dari 13 sehingga 23 November 2023 meneroka sentimen warga Jordan terhadap serangan kekejaman rejim zionis penjajah Israel ke atas Gaza melibatkan 1,200 responden.
Sepertimana di atas, peratusan terbesar dalam tinjauan itu jatuh pada aspek maklum balas peserta tinjauan berkaitan kategori tingkah laku ekonomi, boikot dan sokongan.
93 peratus menyokong pemboikotan produk negara-negara yang menyokong Israel, dengan 72 peratus responden meyakini tindakan itu tidak akan memudaratkan ekonomi Jordan.
Berhubung kesedaran penduduk Jordan terhadap liputan media berkenaan pergolakan di Gaza, 79 peratus mengikut rapat susulan peristiwa di wilayah konflik itu dengan 50.1 peratus melakukannya menerusi media sosial dan 47.7 peratus melalui televisyen.
Saluran Al Jazeera terbukti menjadi pilihan ramai dengan mendominasi pada 69.9 peratus, diikuti Roya 13 peratus, saluran Kerajaan Jordan 5 peratus, TV Jordan 4 peratus dan saluran Al Arabiya, 1.8 peratus.
Sumber: Jordan News
Antarabangsa
NATO mulakan latihan nuklear besar-besaran di Eropah Utara
Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
- Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
- Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.
- Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.
- Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat.
- Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.
Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.
Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.
Latihan ketenteraan itu dirancang dan disediakan selama lebih dari setahun serta tiada senjata tempur akan digunakan dalam latihan itu, kata NATO sebelum ini.
Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat.
Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.
Perkhidmatan akhbar NATO mengingatkan bahawa pakatan ketenteraan itu sentiasa mengambil langkah untuk memastikan kebolehpercayaan dan keberkesanan pasukan pencegahan nuklear.
Walaupun NATO menganggap latihannya itu dirancang, organisasi anti-perang mengkritik kelakuan mereka dalam konteks ketegangan antarabangsa. – The Merdeka Times