Antarabangsa
UNRWA beri amaran berhenti tugas jika bekalan minyak habis
Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) memberi amaran terpaksa berhenti tugas di seluruh semenanjung Gaza hari ini jika tidak menerima sebarang penghantaran kecemasan bekalan minyak di kawasan bergolak.

- Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) memberi amaran terpaksa berhenti tugas di seluruh semenanjung Gaza hari ini jika tidak menerima sebarang penghantaran kecemasan bekalan minyak di kawasan bergolak.
- Beberapa hospital di Gaza juga berdepan risiko penutupan operasi susulan ketiadaan bekalan minyak.
- Kanada dan Amerika Syarikat dalam pada itu menggesa agar ruang diberikan bagi membolehkan penghantaran masuk bantuan kemanusiaan termasuk makanan, minuman dan minyak kepada penduduk terjejas.
GAZA: Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) memberi amaran terpaksa berhenti tugas di seluruh semenanjung Gaza hari ini jika tidak menerima sebarang penghantaran kecemasan bekalan minyak di kawasan bergolak.
Beberapa hospital di Gaza juga berdepan risiko penutupan operasi susulan ketiadaan bekalan minyak.
Kanada dan Amerika Syarikat dalam pada itu menggesa agar ruang diberikan bagi membolehkan penghantaran masuk bantuan kemanusiaan termasuk makanan, minuman dan minyak kepada penduduk terjejas.
Jordan pada masa sama mengedarkan draf resolusi sebelum bermulanya mesyuarat Agung PBB yang dijadualkan esok bagi menggesa gencatan senjata segera diadakan Asia Barat.
Mesyuarat tergempar itu akan diadakan selepas Jordan dan Mauritania yang turut mewakili beberapa negara menggesa penganjurannya bagi membincangkan isu Palestin.
Sumber: Buletin TV3
Antarabangsa
Lelaki Israel rayu Netanyahu terima, kebumi jasad keluarganya terbunuh di Gaza
Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

- Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim Israel.
- Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.
- “Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.
- Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.
- Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.
Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.
Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.
“Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.
Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.
Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.
The Times Of Israel melaporkan kononnya kumpulan pembebasan Palestin, Hamas membuat dakwaan itu yang menurut mereka sebahagian kempen peperangan psikologi. – The Merdeka Times
Sumber: Shehab News, Roya News, The Times Of Israel
-
Terkini2 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini2 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) Wee Ka Siong terkejut ‘dimarahi’ Menteri Pendidikan di Dewan Rakyat
-
Antarabangsa3 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas