Connect with us

Antarabangsa

Tentera rejim Israel tembak warganya sendiri – Tawanan Hamas

Wanita Israel yang diselamatkan dalam serangan kumpulan pembebasan Palestin, Hamas di sempadan Gaza 7 Oktober lalu mendakwa beliau “tidak meragui” ada tawanan warga Israel yang dibunuh tentera rejim zionis sendiri.

Wartawan TMT

Published

on

Tentera rejim Israel tembak warganya sendiri – Tawanan Hamas
Foto: Tahanan Hamas, Yasmin Porat.
  • Wanita Israel yang diselamatkan dalam serangan kumpulan pembebasan Palestin, Hamas di sempadan Gaza 7 Oktober lalu mendakwa beliau “tidak meragui” ada tawanan warga Israel yang dibunuh tentera rejim zionis sendiri.
  • Yasmin Porat, wanita yang turut berada dalam festival muzik digempur Hamas pada hari serangan itu berkata, perkara tersebut berlaku apabila tentera Israel berbalas tembakan dengan pejuang Hamas di Kibbutz Be’eri.
  • Wanita berusia 44 tahun itu turut menjelaskan tentera Israel melepaskan tembakan rambang tanpa mempedulikan sasarannya sama ada pejuang Hamas atau tawanan warga Israel. 
  • “Mereka (tentera Israel) membunuh semua orang, termasuk tebusan (penduduk Israel),” kata Yasmin dipetik Electronic Intifada.
  • Rakaman wawancaranya itu diterbitkan program radio Haboker Hazeh (“Pagi Ini”), yang dihoskan Aryeh Golan, disiarkan radio penyiaran awam Israel, Kan, yang kini tular di media sosial.

Wanita Israel yang diselamatkan dalam serangan kumpulan pembebasan Palestin, Hamas di sempadan Gaza 7 Oktober lalu mendakwa beliau “tidak meragui” ada tawanan warga Israel yang dibunuh tentera rejim zionis sendiri.

Yasmin Porat, wanita yang turut berada dalam festival muzik digempur Hamas pada hari serangan itu berkata, perkara tersebut berlaku apabila tentera Israel berbalas tembakan dengan pejuang Hamas di Kibbutz Be’eri.

Wanita berusia 44 tahun itu turut menjelaskan tentera Israel melepaskan tembakan rambang tanpa mempedulikan sasarannya sama ada pejuang Hamas atau tawanan warga Israel. 

Rakaman wawancaranya itu diterbitkan program radio Haboker Hazeh (“Pagi Ini”), yang dihoskan Aryeh Golan, disiarkan radio penyiaran awam Israel, Kan, yang kini tular di media sosial.

“Mereka (tentera Israel) membunuh semua orang, termasuk tebusan (penduduk Israel),” kata Yasmin dipetik Electronic Intifada.

Wanita itu turut menjelaskan situasi pertempuran itu; “berlakunya tembakan balas yang sangat, sangat berat.”

Beberapa jam sebelum kemunculan tentera Israel, Yasmin berkata dia dan tawanan lain dilayan dengan penuh perikemanusiaan oleh pejuang Hamas.

Golan bertanya: “Dengan perikemanusiaan? benar?”

Yasmin: “Ya, dengan itu saya maksudkan mereka melindungi kami. Mereka berikan air untuk diminum. Bila mereka nampak kami cemas, mereka menenangkan kami. Ia menakutkan tetapi tiada siapa yang berlaku ganas terhadap kami. Mujur tiada apa yang berlaku kepada saya seperti dilaporkan di media (media Israel/barat sebelum ini)”.

Golan turut bertanya kepada Yasmin apakah mayat yang dilihat bergelimpangan di lokasi itu disebabkan tembakan dari pejuang Hamas? Beliau menjawab tidak, tetapi ia disebabkan tembakan silang (cross-fire) yang berlaku.

Pada 7 Oktober lalu, Hamas melancarkan operasi Taufan Al-Aqsa, serangan mengejut ke atas Israel sebagai reaksi balas pencerobohan berterusan rejim zionis ke atas Masjid Al-Aqsa dan tindakan keganasan peneroka haram ke atas warga Palestin di Tebing Barat.

Menurut laporan Al Jazeera, serangan udara dilancarkan Israel di wilayah Palestin kini menyebabkan lebih 2,800 orang terbunuh, manakala WHO memberi amaran semalam bahawa bekalan air, elektrik dan petrol di Gaza dianggarkan hanya berbaki untuk 24 jam.

Sumber:The Electronic Intifada

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

(VIDEO) NATO perlu elak “double-standard” dalam isu Gaza, Ukraine – PM Sepanyol

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) harus jelas dalam tindakannya untuk tidak bersikap “dwistandard” (double standard) dalam isu peperangan di Ukraine dan Gaza, kata Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) harus jelas dalam tindakannya untuk tidak bersikap “dwistandard” (double standard) dalam isu peperangan di Ukraine dan Gaza, kata Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Sanchez berkata perkara itu penting untuk menyampaikan kepada semua pihak bahawa apa dipertahankan NATO bukan hanya undang-undang antarabangsa, tetapi pendirian yang konsisten.

Beliau juga menggesa gencatan senjata kekal dilakukan di Gaza supaya “malapetaka kemanusiaan” yang disaksikan di wilayah Palestin itu dapat dihentikan.

“Ia sangat penting untuk rakyat kita fahami bahawa apa yang kita pertahankan di Gaza dan di Ukraine bukan sahaja (berkenaan) undang-undang antarabangsa, tetapi kita (sendiri) ada kedudukan yang konsisten.

“Kedudukan konsisten politik jelas bahawa kita tidak mengamalkan dwistandard. 

“Jadi jika kita memberitahu rakyat kita bahawa kita menyokong Ukraine kerana kita mempertahankan undang-undang antarabangsa, ia sama dengan apa yang kita perlu lakukan terhadap Gaza,” kata Sanchez dalam klip video disiarkan Al Jazeera ketika berucap di Sidang Kemuncak NATO di Washington, Amerika Syarikat, semalam.

Media melaporkan Ketua NATO, Jens Stoltenberg dalam ucapan akhirnya di sidang sama langsung tidak menyebut mengenai serangan rejim Israel ke atas rakyat Palestin di Gaza.

Insiden itu berlaku ketika beberapa pemimpin memberi amaran bahawa berdiam diri mengenai situasi di Gaza boleh menjejaskan komitmen perikatan ketenteraan itu terhadap hak asasi manusia. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending