Terkini
Rakyat Israel ragu kepimpinan Netanyahu – Ehud Barak
Bekas pegawai tentera, politik dan perisikan Israel menyuarakan keraguan terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu.
- Bekas pegawai tentera, politik dan perisikan Israel menyuarakan keraguan terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu.
- Ia berikutan perdebatan yang berlaku di dalam negara mengenai tindak balas terhadap serangan Hamas pada 7 Oktober lalu yang mengorbankan 1,400 penduduk Israel.
- Bekas Perdana Menteri, Ehud Barak menyifatkan serangan pengganas pada hari itu sebagai “tamparan paling teruk dialami Israel sejak penubuhannya sehingga kini”.
- “Saya tidak percaya rakyat mempercayai Netanyahu untuk memimpin ketika mana dia bertanggungjawab atas peristiwa dahsyat yang berlaku di bawah pemerintahannya,” kata Ehud Barak kepada Observer.
- The Guardian melaporkan seorang bekas ketua kakitangan Angkatan Pertahanan Israel berkata bahawa Netanyahu harus “letak jawatan sekarang”, manakala seorang bekas pegawai perisikan menyifatkan kerajaan sebagai “tidak berfungsi”.
Bekas pegawai tentera, politik dan perisikan Israel menyuarakan keraguan terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu.
Ia berikutan perdebatan yang berlaku di dalam negara mengenai tindak balas terhadap serangan Hamas pada 7 Oktober lalu yang mengorbankan 1,400 penduduk Israel.
Bekas Perdana Menteri, Ehud Barak menyifatkan serangan pengganas pada hari itu sebagai “tamparan paling teruk dialami Israel sejak penubuhannya sehingga kini”.
“Saya tidak percaya rakyat mempercayai Netanyahu untuk memimpin ketika mana dia bertanggungjawab atas peristiwa dahsyat yang berlaku di bawah pemerintahannya,” katanya kepada Observer.
The Guardian melaporkan seorang bekas ketua kakitangan Angkatan Pertahanan Israel berkata Netanyahu harus “letak jawatan sekarang”, manakala seorang bekas pegawai perisikan menyifatkan kerajaan sebagai “tidak berfungsi”.
Perkara itu berlaku di tengah-tengah kebimbangan yang meningkat di Israel berkenaan percubaan kerajaan membebaskan 200 tebusan dalam tahanan Hamas di Gaza.
Beberapa keluarga tebusan merayu kepada kerajaan untuk berunding sebelum memulakan operasi darat di Gaza.
Manakala yang lain pula berpendapat hanya operasi ketenteraan yang memusnahkan kepimpinan Hamas dengan segera boleh memberikan penyelesaian, biarpun tindakan itu bakal membahayakan keselamatan tebusan.
Terdahulu, Netanyahu yang memegang jawatannya lebih daripada 16 tahun itu telah dikritik masyarakat awam, bekas kepimpinan tentera dan bekas pegawai kerajaan dalam usahanya merombak badan kehakiman Israel sebelum berlakunya tragedi 7 Oktober lalu.
Netanyahu juga masih terlibat dalam perbicaraan rasuah atas pelbagai pertuduhan, termasuk penipuan, pecah amanah dan rasuah, yang kesemuanya dinafikannya.
Tinjauan baru-baru ini mendapati 80 peratus penduduk Israel mahu Netanyahu bertanggungjawab atas kegagalan yang menyebabkan pencerobohan Hamas.
Dalam tinjauan berasingan awal bulan ini berdasarkan laporan The Guardian, 56 peratus rakyat Israel berkata Netanyahu harus meletakkan jawatan selepas tamatnya perang.
Sumber: The Guardian