Antarabangsa
Perang Palestin-Israel: Hampir 500 petugas perubatan terbunuh – WHO
Sekurang-kurangnya 491 orang yang bertugas dalam sektor perubatan dilaporkan terbunuh, manakala 372 lagi cedera dalam perang antara Palestin-Israel di Gaza sejak 7 Oktober lalu, kata kenyataan yang dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
- Sekurang-kurangnya 491 orang yang bertugas dalam sektor perubatan dilaporkan terbunuh, manakala 372 lagi cedera dalam perang antara Palestin-Israel di Gaza sejak 7 Oktober lalu, kata kenyataan yang dikeluarkan WHO.
- Dalam perang berkenaan yang memasuki hari ke-24 itu, sebanyak 82 serangan dilakukan ke atas kemudahan perubatan di wilayah bergolak itu.
- 28 ambulans rosak, manakala 36 pusat perubatan terkesan teruk, tegas kenyataan itu lagi.
GAZA: Sekurang-kurangnya 491 orang yang bertugas dalam sektor perubatan dilaporkan terbunuh, manakala 372 lagi cedera dalam perang antara Palestin-Israel di Gaza sejak 7 Oktober lalu, kata kenyataan yang dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Menurut WHO, daripada jumlah kematian itu, sekurang-kurangnya 16 petugas kesihatan meninggal dunia dan 30 lagi cedera ketika sedang bertugas.
Dalam perang berkenaan yang memasuki hari ke-24 itu juga, sebanyak 82 serangan dilakukan ke atas kemudahan perubatan di wilayah bergolak itu.
Semenjak serangan dimulakan oleh Hamas pada 7 Oktober lalu, sebanyak 28 ambulans mengalami kerosakan, manakala 36 pusat perubatan terkesan teruk, tegas kenyataan itu lagi.
Menjelas lanjut, kata WHO, 118 serangan lain ke atas sektor perubatan di Tebing Barat dan Timur Jerusalem direkodkan yang mengakibatkan tiga kematian dan menyebabkan 15 kakitangan perubatan cedera semasa bertugas. – Agensi
Sumber: Astro Awani