Terkini
Pelajar tingkatan dua terbabit kes seksual, kongsi video bogel sendiri
Perilaku pelajar di Malaysia semakin membimbangkan apabila ada segelintir mereka seawal usia 14 tahun terbabit kes seksual seperti berkongsi video bogel sendiri, melucah dalam kelas dan meraba rakan, malah ada terpalit kes rogol.
- Perilaku pelajar di Malaysia semakin membimbangkan apabila ada segelintir mereka seawal usia 14 tahun terbabit kes seksual seperti berkongsi video bogel sendiri, melucah dalam kelas dan meraba rakan, malah ada terpalit kes rogol.
- Kebimbangan itu disuarakan Penulis Ebook Pendidikan Seksualiti Kanak-kanak, Akhi Fairuz Al-Jengkawi yang berkongsi tangkap layar mesej aduan seorang guru berkenaan peningkatan kes seksual melibatkan pelajar di sekolahnya pada tahun ini.
- “Saya faham perubahan yang mereka alami dari segi hormon, fizikal, emosi ketertarikan kepada lain jantina dan hal-hal seksual selepas akil baligh, tapi yang ni dah melampau sangat. Too much!” katanya menerusi hantaran di Instagram pada Khamis.
- Menurut Fairuz, kes seksual melibatkan pelajar itu majoritinya berpunca daripada pandemik Covid-19 beberapa tahun lalu di mana kebanyakan masa pelajar dihabiskan di rumah, termasuk melalui Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
- Situasi itu menyebabkan pelajar terdedah untuk mempelajari dan mengakses kandungan tidak sepatutnya hinggakan ada di antara pelajar terbabit berkongsi video lucah semasa kelas dalam talian.
KUALA LUMPUR — Perilaku pelajar di Malaysia semakin membimbangkan apabila ada segelintir mereka seawal usia 14 tahun terbabit kes seksual seperti berkongsi video bogel sendiri, melucah dalam kelas dan meraba rakan, malah ada terpalit kes rogol.
Kebimbangan itu disuarakan Penulis Ebook Pendidikan Seksualiti Kanak-kanak, Akhi Fairuz Al-Jengkawi yang berkongsi tangkap layar mesej aduan seorang guru berkenaan peningkatan kes seksual melibatkan pelajar di sekolahnya pada tahun ini.
“Ni salah satu kes yang cikgu share dengan saya. Murid form two, macam-macam benda depa dah buat. Share video bogel sendiri, melucah dalam kelas, meraba kawan hatta kes rogol!
“Semua kes ni melibatkan budak form two ya tuan puan! Gila kan? Kenapa sejauh ini perilaku budak-budak zaman sekarang?
“Saya faham perubahan yang mereka alami dari segi hormon, fizikal, emosi ketertarikan kepada lain jantina dan hal-hal seksual selepas akil baligh, tapi yang ini dah melampau sangat. Too much!” katanya menerusi hantaran di Instagram pada Khamis.
Menurut Fairuz, kes seksual melibatkan pelajar itu majoritinya berpunca daripada pandemik Covid-19 beberapa tahun lalu di mana kebanyakan masa pelajar dihabiskan di rumah, termasuk melalui Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
Situasi itu menyebabkan pelajar terdedah untuk mempelajari dan mengakses kandungan tidak sepatutnya hinggakan ada di antara pelajar terbabit berkongsi video lucah semasa kelas dalam talian.
“Baik, berbalik pada kes budak form 2 ini. Ketika Covid, mereka baru darjah 5. Tahun itu sekolah on off, yang banyaknya PDPR. Masuk darjah 6 PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) bersambung lagi. Masuk kelas pula ikut giliran. Banyaknya tak bersekolah. Flow keremajaan itu jadi tak natural!
“Bayangkan masa umur mereka 11 dan 12 tahun hanya diisi dengan info serta input dari Youtube, Tiktok, trend mengarut, main game sambil mencarut bahkan ketagih dengan pornografi!
“Masuk tahun 2022 segalanya kembali seperti biasa. Namun budak yang nampak kecil dulu sudah masuk sekolah menengah. Ada yang dah akil baligh, makin tinggi, suara garau, badan berbulu, dada apa semua dah berubah,” katanya.
Beliau berkata menerusi semua maklumat mengarut yang pelajar itu dapat selama dua tahun di rumah, lalu memasuki sekolah menengah, maka terlahirlah pelajar yang mencari keseronokkan dengan cara mereka sendiri.
Bagaimanapun, katanya, amatlah malang apabila keseronokkan dicari itu melibatkan kemaluan mereka.
Fairuz mengingatkan ibu bapa untuk mendekati anak masing-masing, terutama bagi kelompok dalam proses membesar, kerana terlalu banyak ‘kecelakaan’ yang mereka dambakan ketika ini.
“Nak didik anak ni bukan tugas cikgu-cikgu je. Ia tugas kita, mak bapak. Didik anak di rumah tu. Kawal penggunaan gajet dia. Pantau apa yang dia akses.
“Hukum jika dia buat kesalahan yang telah kita ingatkan berulang kali. Jangan jadikan anak itu TUAN di rumah. Akhirnya bila anak buat masalah, dijemput datang ke sekolah, lalu ibu bapa akan berkata kepada cikgu, “Cikgu, saya tak tahulah nak buat macam mana. Saya cakap apa pun anak saya tak dengar. Cikgu tolonglah nasihatkan dia.”,” kata Fairuz yang berpengalaman mengendalikan pelajar dari MRSM, SBPI, SMKA dan Maahad tahfiz.
Beliau kata reaksi ibu bapa sebegitu masih lagi boleh diterima, namun terdapat juga kelompok ibu bapa yang menjahanamkan anak sendiri dengan berpendirian mereka lebih mengenali anak itu.
“Ada pula ibu bapa yang, “Cikgu ada bukti ke? Saya kenallah anak saya macam mana! Dia tak akan buat benda-benda macam tu! Jumpa cikgu di mahkamah!”
“Inilah dia parents yang menjahanamkan anaknya sendiri! Ingat, rosak generasi hari ini, maka rosaklah negara pada masa depan!” kata Fairuz. — The Merdeka Times
Sumber : Instagram akhifairuz