Connect with us

Terkini

Pelajar tingkatan dua terbabit kes seksual, kongsi video bogel sendiri

Perilaku pelajar di Malaysia semakin membimbangkan apabila ada segelintir mereka seawal usia 14 tahun terbabit kes seksual seperti berkongsi video bogel sendiri, melucah dalam kelas dan meraba rakan, malah ada terpalit kes rogol.

Hidayah Sani

Published

on

Pelajar tingkatan dua terbabit kes seksual, kongsi video bogel sendiri
Foto: Penulis Ebook Pendidikan Seksualiti Kanak-kanak, Akhi Fairuz Al-Jengkawi.
  • Perilaku pelajar di Malaysia semakin membimbangkan apabila ada segelintir mereka seawal usia 14 tahun terbabit kes seksual seperti berkongsi video bogel sendiri, melucah dalam kelas dan meraba rakan, malah ada terpalit kes rogol.
  • Kebimbangan itu disuarakan Penulis Ebook Pendidikan Seksualiti Kanak-kanak, Akhi Fairuz Al-Jengkawi yang berkongsi tangkap layar mesej aduan seorang guru berkenaan peningkatan kes seksual melibatkan pelajar di sekolahnya pada tahun ini.
  • “Saya faham perubahan yang mereka alami dari segi hormon, fizikal, emosi ketertarikan kepada lain jantina dan hal-hal seksual selepas akil baligh, tapi yang ni dah melampau sangat. Too much!” katanya menerusi hantaran di Instagram pada Khamis.
  • Menurut Fairuz, kes seksual melibatkan pelajar itu majoritinya berpunca daripada pandemik Covid-19 beberapa tahun lalu di mana kebanyakan masa pelajar dihabiskan di rumah, termasuk melalui Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
  • Situasi itu menyebabkan pelajar terdedah untuk mempelajari dan mengakses kandungan tidak sepatutnya hinggakan ada di antara pelajar terbabit berkongsi video lucah semasa kelas dalam talian.

KUALA LUMPUR —  Perilaku pelajar di Malaysia semakin membimbangkan apabila ada segelintir mereka seawal usia 14 tahun terbabit kes seksual seperti berkongsi video bogel sendiri, melucah dalam kelas dan meraba rakan, malah ada terpalit kes rogol.

Kebimbangan itu disuarakan Penulis Ebook Pendidikan Seksualiti Kanak-kanak, Akhi Fairuz Al-Jengkawi yang berkongsi tangkap layar mesej aduan seorang guru berkenaan peningkatan kes seksual melibatkan pelajar di sekolahnya pada tahun ini.

Ni salah satu kes yang cikgu share dengan saya. Murid form two, macam-macam benda depa dah buat. Share video bogel sendiri, melucah dalam kelas, meraba kawan hatta kes rogol!

“Semua kes ni melibatkan budak form two ya tuan puan! Gila kan? Kenapa sejauh ini perilaku budak-budak zaman sekarang?

“Saya faham perubahan yang mereka alami dari segi hormon, fizikal, emosi ketertarikan kepada lain jantina dan hal-hal seksual selepas akil baligh, tapi yang ini dah melampau sangat. Too much!” katanya menerusi hantaran di Instagram pada Khamis.

Foto: Tangkap layar mesej aduan seorang guru kepada akhifairuz

Menurut Fairuz, kes seksual melibatkan pelajar itu majoritinya berpunca daripada pandemik Covid-19 beberapa tahun lalu di mana kebanyakan masa pelajar dihabiskan di rumah, termasuk melalui Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Situasi itu menyebabkan pelajar terdedah untuk mempelajari dan mengakses kandungan tidak sepatutnya hinggakan ada di antara pelajar terbabit berkongsi video lucah semasa kelas dalam talian.

“Baik, berbalik pada kes budak form 2 ini. Ketika Covid, mereka baru darjah 5. Tahun itu sekolah on off, yang banyaknya PDPR. Masuk darjah 6 PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) bersambung lagi. Masuk kelas pula ikut giliran. Banyaknya tak bersekolah. Flow keremajaan itu jadi tak natural!

“Bayangkan masa umur mereka 11 dan 12 tahun hanya diisi dengan info serta input dari Youtube, Tiktok, trend mengarut, main game sambil mencarut bahkan ketagih dengan pornografi!

“Masuk tahun 2022 segalanya kembali seperti biasa. Namun budak yang nampak kecil dulu sudah masuk sekolah menengah. Ada yang dah akil baligh, makin tinggi, suara garau, badan berbulu, dada apa semua dah berubah,” katanya.

Beliau berkata menerusi semua maklumat mengarut yang pelajar itu dapat selama dua tahun di rumah, lalu memasuki sekolah menengah, maka terlahirlah pelajar yang mencari keseronokkan dengan cara mereka sendiri.

Bagaimanapun, katanya, amatlah malang apabila keseronokkan dicari itu melibatkan kemaluan mereka.

Fairuz mengingatkan ibu bapa untuk mendekati anak masing-masing, terutama bagi kelompok dalam proses membesar, kerana terlalu banyak ‘kecelakaan’ yang mereka dambakan ketika ini.

“Nak didik anak ni bukan tugas cikgu-cikgu je. Ia tugas kita, mak bapak. Didik anak di rumah tu. Kawal penggunaan gajet dia. Pantau apa yang dia akses.

“Hukum jika dia buat kesalahan yang telah kita ingatkan berulang kali. Jangan jadikan anak itu TUAN di rumah. Akhirnya bila anak buat masalah, dijemput datang ke sekolah, lalu ibu bapa akan berkata kepada cikgu, “Cikgu, saya tak tahulah nak buat macam mana. Saya cakap apa pun anak saya tak dengar. Cikgu tolonglah nasihatkan dia.”,” kata Fairuz yang berpengalaman mengendalikan pelajar dari MRSM, SBPI, SMKA dan Maahad tahfiz.

Beliau kata reaksi ibu bapa sebegitu masih lagi boleh diterima, namun terdapat juga kelompok ibu bapa yang menjahanamkan anak sendiri dengan berpendirian mereka lebih mengenali anak itu.

“Ada pula ibu bapa yang, “Cikgu ada bukti ke? Saya kenallah anak saya macam mana! Dia tak akan buat benda-benda macam tu! Jumpa cikgu di mahkamah!”

“Inilah dia parents yang menjahanamkan anaknya sendiri! Ingat, rosak generasi hari ini, maka rosaklah negara pada masa depan!” kata Fairuz.  — The Merdeka Times

Sumber : Instagram akhifairuz

Author

Terkini

Segera lapor SPRM jika jadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa pihak yang percaya mereka telah menjadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu untuk segera membuat laporan kepada agensi itu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.
  • SPRM gesa pihak yang percaya mereka menjadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu untuk segera membuat laporan kepada agensi itu.
  • “Sekiranya SPRM menerima apa-apa maklumat atau laporan mengenai penyelewengan hal-hal berkaitan perkara jenayah yang menukar status tanah rizab Melayu kepada hak milik kekal (free hold) merupakan kesalahan jenayah yang sudah tentu kita akan lakukan siasatan,” kata Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki kepada media hari ini.
  • Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Prapelancaran Projek Kerjasama Penerbitan dan Program Penerapan Nilai Integriti (Antirasuah) Usaha Sama SPRM dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia di Pusat Dagangan Dunia di sini.
  • Semalam, seorang pengarah urusan syarikat hartanah ditahan SPRM untuk membantu siasatan kes pemecahan lot membabitkan kira-kira 650 hektar tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu di Mukim Manjong, Setiawan, Perak.

KUALA LUMPUR — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa pihak yang percaya mereka telah menjadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu untuk segera membuat laporan kepada agensi itu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki bagaimanapun berkata, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang laporan berkaitan kes seperti itu dari negeri-negeri lain dan menyifatkan apa yang berlaku di Perak baru-baru ini sebagai kes terpencil.

“Sekiranya SPRM menerima apa-apa maklumat atau laporan mengenai penyelewengan hal-hal berkaitan perkara jenayah yang menukar status tanah rizab Melayu kepada hak milik kekal (free hold) merupakan kesalahan jenayah yang sudah tentu kita akan lakukan siasatan,” katanya kepada media hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Prapelancaran Projek Kerjasama Penerbitan dan Program Penerapan Nilai Integriti (Antirasuah) Usaha Sama SPRM dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia di Pusat Dagangan Dunia di sini.

Turut hadir Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM) Azman Adnan.

Semalam, seorang pengarah urusan sebuah syarikat hartanah ditahan SPRM untuk membantu siasatan kes pemecahan lot membabitkan kira-kira 650 hektar tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu di Mukim Manjong, Setiawan, Perak.

Difahamkan, syarikat suspek berusia 44 tahun itu dipercayai terbabit melakukan pemecahan lot tanah di mukim berkenaan menjadi tanah bukan Melayu, seterusya dijual menjadi lot rumah dan banglo.

Siasatan SPRM juga mendapati sejumlah 317 lot dipecahkan kepada individu serta syarikat yang sebahagian besarnya adalah bukan Melayu.

Penahanan itu adalah rentetan kepada tangkapan seorang bekas Timbalan Pendaftar Hakmilik di Pejabat Tanah dan Galian Perak yang sudah dituduh di Mahkamah Sesyen Ipoh, bulan lalu. — BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending