Connect with us

Terkini

Nilai ringgit semakin melemah berbanding dolar AS

Ringgit memulakan dagangan rendah sedikit berbanding dolar AS pagi ini selepas data Indeks Pembuatan ISM Amerika Syarikat (AS) yang dikeluarkan lebih baik daripada jangkaan.

Wartawan TMT

Published

on

Nilai ringgit semakin melemah berbanding dolar AS
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Ringgit memulakan dagangan rendah sedikit berbanding dolar AS pagi ini selepas data Indeks Pembuatan ISM Amerika Syarikat (AS) yang dikeluarkan lebih baik daripada jangkaan.
  • Penganalisis berkata ini telah mendorong peniaga meningkatkan jangkaan terhadap kenaikan kadar pada bulan November oleh Rizab Persekutuan AS (US Fed) dan langkah ini akan menyokong dolar AS.
  • Pada 9.01 pagi, mata wang tempatan menyusut nilai kepada 4.7220/7270 berbanding dolar AS daripada penutup semalam 4.7150/7195.

KUALA LUMPUR: Ringgit memulakan dagangan rendah sedikit berbanding dolar AS pagi ini selepas data Indeks Pembuatan ISM Amerika Syarikat (AS) yang dikeluarkan lebih baik daripada jangkaan.

Penganalisis berkata ini telah mendorong peniaga meningkatkan jangkaan terhadap kenaikan kadar pada bulan November oleh Rizab Persekutuan AS (US Fed) dan langkah ini akan menyokong dolar AS.

Pada 9.01 pagi, mata wang tempatan menyusut nilai kepada 4.7220/7270 berbanding dolar AS daripada penutup semalam 4.7150/7195.

Rakan Pengurusan SPI Asset Management, Stephen Innes memberitahu Bernama dolar AS diniagakan agak kukuh menjelang hujung minggu ini dan pasaran mengunjurkan kecenderungan Rizab Persekutuan untuk menaikkan kadar faedah akan terus memacu pasaran mata wang.

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid juga berpendapat PMI ISM AS yang lebih baik boleh mendorong kenaikan kadar faedah selanjutnya pada November oleh Rizab Persekutuan dan menggalakkan mereka mengekalkan kadar lebih tinggi untuk masa yang lama.

“Sehubungan itu, ringgit dijangka kekal lemah kerana pelabur akan terus memilih untuk memegang dolar AS,” katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama lain kecuali yen Jepun, menyaksikan mata wang tempatan menyusut kepada 3.1507/1543 daripada 3.1492/1524 pada penutupan Isnin.

Ringgit mengukuh berbanding euro kepada 4.9458/9511 daripada 4.9677/9725 dan lebih tinggi berbanding pound Britain kepada 5.7075/7135 daripada 5.7358/7413 sebelumnya.

Pada masa yang sama, mata wang tempatan diniaga bercampur-campur berbanding mata wang Asia yang lain.

Ringgit meningkat berbanding baht Thai kepada 12.7312/7498 daripada 12.7626/7796 dan rendah sedikit berbanding rupiah Indonesia pada 304.0/304.5 berbanding penutupan dagangan semalam pada 303.5/304.0.

Ia tidak berubah berbanding peso Filipina pada 8.30/8.32 berbanding 8.30/8.31 dan meningkat berbanding dolar Singapura pada 3.4372/4411 daripada 3.4373/4409 sebelumnya.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Jangan terpedaya helah sami palsu minta sedekah – Majlis Bandaraya Pulau Pinang

Orang awam khususnya pelanggan di pasar, kompleks makanan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) diingatkan supaya tidak terpedaya dengan kehadiran sami-sami palsu yang difahamkan menjalankan kegiatan meminta sedekah.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Sami-sami palsu yang difahamkan menjalankan kegiatan meminta sedekah.
  • Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) berkata berdasarkan siasatan pihak Majlis didapati terdapat sindiket yang mendalangi aktiviti tidak sihat membabitkan sami palsu tersebut.
  • Pihak Majlis telah mengadakan perbincangan dan mesyuarat dengan jabatan teknikal Majlis dan agensi luar seperti Jabatan Imigresen Malaysia, PDRM, Perbadanan Harmoni Pulau Pinang, Malaysian Buddhist Association dan United Buddhist Organisation Malaysia untuk membanteras kehadiran kelompok sami palsu itu di pasar kompleks makanan Majlis. 
  • “Kerjasama semua orang awam terutamanya para pelanggan di pasar atau kompleks makanan adalah dimohon supaya lebih peka dan tidak terpedaya dengan kehadiran mereka dalam meminta sedekah. 
  • “Sekiranya ingin menghulurkan bantuan, adalah digalakkan secara memberi makanan dan bukan wang ringgit kepada sami-sami palsu ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini pada Rabu.

KUALA LUMPUR — Orang awam khususnya pelanggan di pasar, kompleks makanan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) diingatkan supaya tidak terpedaya dengan kehadiran sami-sami palsu yang difahamkan menjalankan kegiatan meminta sedekah.

MBPP berkata berdasarkan siasatan pihak Majlis didapati terdapat sindiket yang mendalangi aktiviti tidak sihat membabitkan sami palsu tersebut.

Sehubungan itu, pihak Majlis telah mengadakan perbincangan dan mesyuarat dengan jabatan teknikal Majlis dan agensi luar seperti Jabatan Imigresen Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Perbadanan Harmoni Pulau Pinang (Harmonico), Malaysian Buddhist Association dan United Buddhist Organisation Malaysia untuk membanteras kehadiran kelompok sami palsu itu di pasar kompleks makanan Majlis. 

“Kerjasama semua orang awam terutamanya para pelanggan di pasar atau kompleks makanan adalah dimohon supaya lebih peka dan tidak terpedaya dengan kehadiran mereka dalam meminta sedekah. 

“Sekiranya ingin menghulurkan bantuan, adalah digalakkan secara memberi makanan dan bukan wang ringgit kepada sami-sami palsu ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini pada Rabu.

Difahamkan, hari ini Ahli Majlis Tan Soo Siang, Pengerusi Gantian Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam bersama Ahli Majlis Choong You Ray dan Quah Boon Lim telah mengadakan satu sidang media khas di Kompleks Makanan Batu Lanchang, Pulau Pinang untuk menguar-uarkan kepada orang awam terutama pelanggan di pasar, kompleks makanan Majlis supaya tidak terpedaya dengan kehadiran sami-sami palsu itu.

Selepas sidang media tersebut, beberapa Ahli Majlis bersama pegawai Jabatan Pelesenan mengedarkan pelekat peringatan kepada para peniaga dan turut meletakkannya di atas meja makan untuk memberi maklumat dan kesedaran kepada orang awam.

Foto beberapa Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang, termasuk Tan Soo Siang (tengah) yang dimuat naik MBPP di Facebook hari ini.

MBPP berkata untuk menangani masalah isu sami palsu tersebut, pihak Majlis akan  mengadakan beberapa langkah pencegahan antaranya melakukan Operasi Serbu Bersepadu bersama agensi-agensi pihak berkuasa seperti PDRM dan Imigresen serta sami-sami yang dikesan akan diminta meninggalkan bangunan pasar atau kompleks makanan dengan serta-merta.

Antara lokasi yang kerap menjadi kunjungan sami-sami palsu tersebut adalah Tapak Penjaja Lebuh Cecil; Pasar Jelutong; Pasar dan Kompleks Makanan Batu Lanchang; Pasar dan Kompleks Makanan Bayan Baru; Pasar Ayer Itam; Pasar dan Kompleks Makanan Padang Tembak; Kompleks medan angsana; PSS Jalan Chowrasta; Pasar Pulau Tikus; Kompleks Lebuh Pitt; Kompleks Lorong Stewart dan Tapak Penjaja Lorong Baru. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending