Connect with us

Terkini

Malaysia akan guna mata wang tempatan dalam perdagangan bersama China, Indonesia dan Thailand

Malaysia berjaya dalam rundingan bersama China, Indonesia dan Thailand untuk menggunakan mata wang tempatan dalam urusan perdagangan agar kedudukan dan kekuatan ringgit dapat kembali kuat dan mengukuh. 

Wartawan TMT

Published

on

Malaysia akan guna mata wang tempatan dalam perdagangan bersama China, Indonesia dan Thailand
Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Malaysia berjaya dalam rundingan bersama China, Indonesia dan Thailand untuk menggunakan mata wang tempatan dalam urusan perdagangan agar kedudukan dan kekuatan ringgit dapat kembali kuat dan mengukuh. 
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia merupakan langkah permulaan tegas yang telah diambil Malaysia untuk bergerak ke arah dedolarisasi setelah menyaksikan kejatuhan mata wang ringgit akibat tindakan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) yang secara agresif meningkatkan kadar faedah.
  • “Tentunya kesannya tidak akan segera terjelma. Namun, langkah permulaan yang tegas diambil yakni Malaysia mesti bergerak ke arah pendolarisasi dan Malaysia berjaya dalam rundingan bersama China, Indonesia dan Thailand untuk menggunakan mata wang tempatan dalam urusan perdagangan agar kedudukan dan kekuatan Ringgit dapat kembali kuat dan mengukuh,” katanya dalam Facebook hari ini.

PETALING JAYA: Malaysia berjaya dalam rundingan bersama China, Indonesia dan Thailand untuk menggunakan mata wang tempatan dalam urusan perdagangan agar kedudukan dan kekuatan ringgit dapat kembali kuat dan mengukuh. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia merupakan langkah permulaan tegas yang telah diambil Malaysia untuk bergerak ke arah dedolarisasi setelah menyaksikan kejatuhan mata wang ringgit akibat tindakan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) yang secara agresif meningkatkan kadar faedah.

Katanya, tindakan AS itu turut memberi kesan mata wang Renminbi China dan Yen Jepun. 

“Tentunya kesannya tidak akan segera terjelma. Namun, langkah permulaan yang tegas diambil yakni Malaysia mesti bergerak ke arah pendolarisasi dan Malaysia berjaya dalam rundingan bersama China, Indonesia dan Thailand untuk menggunakan mata wang tempatan dalam urusan perdagangan agar kedudukan dan kekuatan Ringgit dapat kembali kuat dan mengukuh,” katanya dalam Facebook hari ini.

Beliau berkata demikian selepas ditanya mengenai kedudukan semasa mata wang ringgit dalam satu program bersama mahasiswa dan rakyat Malaysia di Kaherah, Mesir semalam.

Terdahulu, Anwar tiba di Kaherah, Mesir bagi lawatan kerja selama satu hari ke negara tersebut.

Ketibaan Anwar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah pada pukul 8.16 malam waktu tempatan (1.16 pagi, 23 Oktober waktu Malaysia) disambut Menteri Pertanian dan Penebusgunaan Tanah Mesir, Mohamed El-Quseir.

Beliau dijadualkan mengadakan pertemuan bersama Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi pada hari ini.

Abdel Fattah merupakan pemimpin negara yang ketiga ditemui Anwar selepas Putera Mahkota yang juga Perdana Menteri Arab Saudi, Putera Mohammed Salman dan Presiden Turkiye, Recep Tayyib Erdogan dalam lawatan kerja beliau ke luar negara sejak Khamis lalu.

Dalam majlis sama, Anwar mengambil peluang dalam mencerakinkan usaha dan tumpuan kerajaan dalam memulihkan ekonomi Malaysia serta langkah-langkah yang diambil. 

“Saya tegaskan Malaysia mesti kebah dari penyakit rasuah dan kegagalan menegakkan tatakelola, dan tatanan ini mesti dilonjakkan ke tahap yang lebih baik,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

‘Edisi Siasat’ disiasat

Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.
  • Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.
  • Kandungan yang tular terbabit berbentuk pengakuan tentang kronologi kisah pembunuhan Zayn Rayyan yang dirancang oleh kedua ibu bapanya.
  • Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan individu yang terlibat. 
  • “Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, samada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.
  • “Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

KUALA LUMPUR – Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.

Kandungan yang tular terbabit berbentuk pengakuan tentang kronologi kisah pembunuhan Zayn Rayyan yang dirancang oleh kedua ibu bapanya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan individu yang terlibat. 

“Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, samada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.

“Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

Beliau bertegas bahawa perbuatan tidak bertanggungjawab itu boleh mengganggu perbicaraan kes bagi menegakkan keadilan terhadap kanak-kanak malang itu serta memberi implikasi kepada semua pihak termasuk pihak pendakwaan, pembelaan dan juga keluarga mangsa.

Mengulas mengenai kenyataan peguam Fahmi Abd Moin yang mendakwa siasatan di bawah Seksyen 302  Kanun Keseksaan masih dijalankan sehingga pelaku sebenar ditahan, beliau berkata siasatan telah selesai selepas pendakwaan terhadap ibu bapa mangsa di mahkamah semalam.

“Seperti yang saya katakan semalam, bahagian kita dalam menyiasat kes itu telah diakhiri dengan pendakwaan ibu bapa Zayn Rayyan.

“Sekiranya ada pendedahan baharu semasa prosiding perbicaraan dan Timbalan Pendakwa Raya mengarahkan kami menyiasat lebih lanjut, kami akan berbuat demikian,” tambahnya.

Mengenai tindakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor yang kini menjaga adik Zayn Rayyan, beliau berkata ia adalah tanggungjawab undang-undang dan moral untuk berbuat demikian. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending