Connect with us

Terkini

Ringgit jatuh mudahkan pelabur masuk, eksport barangan ke luar negara

Fokuskan kepada kelebihan yang boleh didapati daripada kejatuhan nilai ringgit ketika ini, demikian menurut Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Profesor Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff. 

Hidayah Sani

Published

on

Ringgit jatuh mudahkan pelabur masuk eksport barangan ke luar negara
Foto: Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Profesor Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff.
  • Fokuskan kepada kelebihan yang boleh didapati daripada kejatuhan nilai ringgit ketika ini, demikian menurut Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Profesor Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff. 
  • “…Jadi bila ringgit jatuh sudah tentu kelebihan dia macam mudah untuk pelabur masuk dan mudah untuk kita jual atau eksport barangan ke luar, sebab barangan kita lebih murah lebih kompetitif harganya.
  • “Pada masa sama cabaran dia macam untuk beli import lebih mahal dan untuk kita melabur di luar kalau perniagaan kita untuk melabur di luar pun dah tentu lebih mahal. 
  • “Jadi kalau ringgit jatuh fokus kepada kelebihan dia maknanya sentiasa menarik pelaburan, sentiasa memperkasakan eksport, mengurangkan import dan lebihkan pelaburan dalam negeri, so bermakna fokuskan kepada kelebihan apabila ringgit melemah,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini hari ini.
  • Ahmed Razman berkata impak kejatuhan ringgit tidak akan dirasai rakyat jika mereka berterusan membeli barangan tempatan yang dibuat 100 peratus dalam pasaran tempatan dan melancong dalam negeri.
  • Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengatakan sekalipun Malaysia ada masalah ringgit, namun pelaburan pada tahun lalu adalah tertinggi dalam sejarah. 

KUALA LUMPUR — Fokuskan kepada kelebihan yang boleh didapati daripada kejatuhan nilai ringgit ketika ini, demikian menurut Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Profesor Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff. 

Ahmed Razman berkata, sama ada ringgit naik mahupun jatuh, kedua-dua situasi itu mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Dalam situasi hari ini, beliau berkata apabila ringgit lemah pelaburan menjadi menarik berikutan ia lebih murah untuk pelabur membuat pelaburan dengan syarat berjaya dapat pulangan, di mana pelabur juga berharap ringgit akan mengukuh kemudian bagi mengelakkan kerugian.

Katanya, apabila pelabur melabur di negara ini, maka ia juga membawa maksud mereka yakin selepas ini ringgit akan kembali mengukuh dan mendapat pulangan sepatutnya.

“Itu sebab kita lihat dalam Bursa Malaysia berlaku peningkatan pembelian ekuiti oleh pelabur asing sebab ia mudah untuk dibeli sekarang sebab ringgit rendah, jadi dia orang mengambil kesempatan untuk membeli ekuiti pada masa sekarang. 

“…Jadi bila ringgit jatuh sudah tentu kelebihan dia macam mudah untuk pelabur masuk dan mudah untuk kita jual atau eksport barangan ke luar, sebab barangan kita lebih murah lebih kompetitif harganya.

“Pada masa sama cabaran dia macam untuk beli import lebih mahal dan untuk kita melabur di luar kalau perniagaan kita untuk melabur di luar pun dah tentu lebih mahal. 

“Jadi kalau ringgit jatuh fokus kepada kelebihan dia maknanya sentiasa menarik pelaburan, sentiasa memperkasakan eksport, mengurangkan import dan lebihkan pelaburan dalam negeri, so bermakna fokuskan kepada kelebihan apabila ringgit melemah,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengatakan sekalipun Malaysia ada masalah ringgit, namun pelaburan pada tahun lalu adalah tertinggi dalam sejarah. 

Anwar dilaporkan sebagai berkata sekiranya dunia tiada keyakinan, pelabur tentunya perlahan dan apa yang dibimbangi adalah jika ringgit jatuh, kemudian inflasi naik, pertumbuhan terbantut dan pelaburan tidak dapat, namun ketika ini semua angka dan data ekonomi menunjukkan negara ini berada di landasan betul.

Mengulas lanjut, Ahmed Razman berkata impak kejatuhan ringgit tidak akan dirasai rakyat jika mereka berterusan membeli barangan tempatan yang dibuat 100 peratus dalam pasaran tempatan dan melancong dalam negeri.

Malah, mereka terlibat dalam industri hospitaliti (hotel dan pelancongan) mungkin mendapat manfaat dengan kedatangan lebih ramai pelancong berikutan ringgit rendah dan kalau mereka di negara atau tempat bersempadan Thailand atau Singapura juga bernasib sama.

“Kalau kita tengok ringgit melemah apa impak ia kepada rakyat? Kerana kita tengok inflasi rendah bermakna barang still boleh dibeli dengan harga berpatutan

“Jadi tak perlu anggap bila ringgit melemah, maka semua barang tiba-tiba menjadi mahal dan sebagainya dan kalau beli barangan tempatan tak ada impak pun.

“…Dia kalau rakyat ke luar negara baru terkesan ataupun beli barangan import,” kata Ahmed Razman. — The Merdeka Times

Author

Kolumnis

Bukankah sambut hari raya Aidilfitri sehari sahaja, bukan sebulan?

SEAKAN menjadi adat tradisi di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri amat sinonim dengan ‘perayaan sebulan’ di mana ia akan diraikan selama sebulan setelah sebulan berpuasa pada bulan Ramadan.

Research And Development MRM

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.

SEAKAN menjadi adat tradisi di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri amat sinonim dengan ‘perayaan sebulan’ di mana ia akan diraikan selama sebulan setelah sebulan berpuasa pada bulan Ramadan.

Ia merupakan musim perayaan yang sangat dinantikan dan dirai penuh kegembiraan di mana waktu ini digunakan untuk menziarahi ke rumah keluarga dan rakan-rakan bagi merapatkan lagi hubungan silaturrahim.

Selama sebulan juga, terutamanya masyarakat Melayu Muslim, rumah-rumah mereka akan ‘dibuka’ dengan menghidangkan pelbagai juadah dan rumah dihias cantik untuk menyambut tetamu yang datang.

Namun, persoalan yang sering timbul adalah ‘Adakah tradisi ‘raya sebulan’ ini bertepatan dengan syariat Islam? Bukankah Islam hanya menganjurkan sehari sahaja dalam menyambut Aidilfitri, bukannya sebulan?’

Menariknya, persoalan ini telahpun dijawab menerusi artikel ‘Irsyad Al-Fatwa Siri Ke-684: Bolehkah Menyambut Hari Raya selama Sebulan Syawal’ dan ‘Al-Kafi #1296: Sambut Hari Raya Sebulan itu Bid’ah?’ di laman sesawang rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Artikel itu mengatakan sememangnya Hari Raya Aidilfitri yang disyariatkan hanyalah pada satu Syawal. Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW ketika baginda tiba di Madinah, penduduk Madinah menyambut dua perayaan. Lalu Baginda SAW bersabda,

“Sesungguhnya Allah telah menggantikan kepada kamu dua hari yang terbaik iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.” (Riwayat Ahmad, No. 12362)

Ini bermakna, hanya dua perayaan disyariatkan bagi umat Islam untuk dirayakan atas perintah Allah SWT.

Namun, apakah membezakan hari raya yang disyariatkan dengan hari-hari lain? Bezanya adalah pada amalan ibadat yang khusus diperintahkan untuk dilakukan pada hari tersebut.

Sebagai contoh, Hari Raya Aidilfitri disyariatkan melakukan ibadah solat hari raya, menunaikan zakat fitrah dan takbir yang hanya berlaku pada satu Syawal. Bahkan, pada hari tersebut umat Islam diharamkan berpuasa.

Dan sesudah hari tersebut tidak disyariatkan dengan apa-apa amalan ibadat khusus. Tiada lagi ibadat seperti solat sunat, mandi sunat dan takbir hari raya.

Maka, amalan ziarah-menziarahi sanak saudara bukanlah satu amalan ibadat yang dikhususkan dalam perayaan Aidilfitri. Ia hanyalah suatu tradisi yang baik dan diharuskan dalam Islam.

Mengikut Pejabat Mufti WP, mana-mana adat tradisi yang tidak bertentangan dengan nas-nas syarak, maka hukum asalnya adalah harus. Dalam kaedah Fiqh disebutkan:

“Asal bagi sesuatu perkara adalah harus sehinggalah datangnya dalil yang menunjukkan kepada keharaman (perkara tersebut)” (Al-Asyhbah wa al-Nazoir, ms. 60)

Bahkan tiada sesiapa pun mengikat amalan seperti ziarah-menziarahi, bermaafan, menjamu makan dan seumpamanya hanya mesti diadakan pada hari raya.

Ia sekadar tradisi diamalkan demi mengambil keberkatan bulan Syawal yang mulia.

Kesimpulannya, hari raya Aidilfitri yang disyariatkan sememangnya pada satu Syawal. Namun, tiada masalah untuk menyambut hari raya dengan melakukan ziarah-menziarahi sepanjang Syawal kerana ia merupakan kebiasaan yang baik dan ia diharuskan dalam Islam.

Malah, dalam satu hadis Rasulullah SAW pernah menceritakan betapa cintanya Allah SWT kepada mereka yang menziarahi orang lain. Sabdanya

“Seorang lelaki menziarahi saudaranya di satu perkampungan yang lain. Lalu Allah menghantar malaikat untuk berada di jalan ke kampung yang ingin dia tuju. Apabila lelaki itu sudah mendekat, malaikat itu bertanya: Ke manakah engkau mahu pergi? Jawab lelaki itu: Aku mahu menziarahi saudaraku yang ada di kampung ini. Malaikat berkata: Adakah engkau ada harta yang ingin diberikan kepadanya? Lelaki itu berkata: Tidak. Sesungguhnya aku mencintainya kerana Allah. Malaikat itu berkata: Sesungguhnya aku adalah utusan Allah yang dihantar kepada engkau. Allah mencintai engkau sebagaimana engkau mencintai saudara engkau itu.” (Riwayat Muslim, No. 6714) –The Merdeka Times

Penafian: Artikel yang disiarkan The Merdeka Times ini adalah pandangan peribadi penulis. Ia tidak semestinya menggambarkan pendirian Editorial The Merdeka Times dalam isu yang dikupas.

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending