Terkini
Tambat ringgit bukan penyelesaian tepat
Kerajaan tidak bercadang menambat ringgit kerana ia bukan penyelesaian yang tepat untuk menghadapi cabaran pada masa ini.

- Kerajaan tidak bercadang menambat ringgit kerana ia bukan penyelesaian yang tepat untuk menghadapi cabaran pada masa ini.
- Timbalan Menteri Kewangan II, Steven Sim Chee Keong berkata, kerajaan terpaksa menaikkan kadar faedah jika menambat ringgit selari dengan dolar Amerika Syarikat (AS), yang akan memberi tekanan kepada kos pembiayaan lebih tinggi kepada rakyat.
- Katanya, Malaysia akan hilang kebebasan dasar monetari dan perlu mengikut kadar faedah mata wang yang menambat ringgit.
- Beliau berkata demikian menjawab soalan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal [PN-Machang] meminta kerajaan menyatakan jika Bank Negara Malaysia (BNM) bercadang menambat nilai ringgit seperti yang dilakukan pada 1999.
KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak bercadang menambat ringgit kerana ia bukan penyelesaian yang tepat untuk menghadapi cabaran pada masa ini.
Timbalan Menteri Kewangan II, Steven Sim Chee Keong berkata, kerajaan terpaksa menaikkan kadar faedah jika menambat ringgit selari dengan dolar Amerika Syarikat (AS), yang akan memberi tekanan kepada kos pembiayaan lebih tinggi kepada rakyat.
Selain itu, katanya, Malaysia akan hilang kebebasan dasar monetari dan perlu mengikut kadar faedah mata wang yang menambat ringgit.
“Bagi mengekalkan tambatan, kerajaan akan memerlukan rizab antarabangsa yang besar. Jika tidak, kerajaan terpaksa memperkenal kembali langkah kawalan modal untuk mencegah dan mengatasi tekanan spekulatif terhadap ringgit.
“Jika langkah ini diperkenal sekarang, kesan negatifnya terhadap keyakinan pelabur yang akan melibatkan kos sangat tinggi dan menjejaskan aliran model kerana Malaysia mempunyai pasaran modal jauh lebih besar berbanding tahun 1998,” katanya pada sesi Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian menjawab soalan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal [PN-Machang] meminta kerajaan menyatakan jika Bank Negara Malaysia (BNM) bercadang menambat nilai ringgit seperti yang dilakukan pada 1999.
Hal itu memandangkan kadar ringgit ketika ini lebih rendah berbanding dolar AS.
Dalam pada itu, Chee Keong berkata, BNM akan memastikan pelarasan ringgit berada dalam keadaan teratur.
“Kerajaan akan terus mengurus risiko daripada perkembangan domestik dan luaran serta bersedia menggunakan instrumen dasar operasi bagi memastikan keadaan pasaran yang teratur.
“Untuk makluman, sistem kewangan dan ekonomi negara berada di kedudukan lebih baik pada masa kini bagi menghadapi turun naik pasaran kewangan global dan pergerakan kadar pertukaran,” katanya.
Sumber: Utusan Malaysia
Terkini
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

- Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
- Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
- Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
- Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
- Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.
Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.
Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.
Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).
Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.
Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.
Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.
Sumber: Harian Metro
-
Terkini2 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini2 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) Wee Ka Siong terkejut ‘dimarahi’ Menteri Pendidikan di Dewan Rakyat
-
Antarabangsa3 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas