Antarabangsa
Isu Palestin dekat di hati setiap Muslim – Putin
Presiden Russia, Vladimir Putin menyatakan isu Palestin dekat di hati setiap individu di Timur Tengah dan mereka yang mengamalkan agama Islam.

- Presiden Russia, Vladimir Putin berkata isu Palestin dekat di hati setiap individu di Timur Tengah dan mereka yang beragama Islam.
- Perkara itu diucapkannya dalam sebuah forum Minggu Tenaga Russia di Moscow.
- Beliau berkata negara Palestin sepatutnya diwujudkan bersama negara Israel pada 1948 tetapi perkara itu tidak pernah berlaku.
- Putin mengeluarkan kenyataan itu sehari selepas perbincangannya bersama Perdana Menteri Iraq, Mohammed Shia’ Al Sudani.
- Presiden Russia itu turut menyeru Hamas dan IDF (tentera Israel) “meninggalkan wanita dan kanak-kanak dalam keadaan aman” serta mengelak menyasarkan orang awam dalam operasi mereka.
- Putin menyalahkan peningkatan (keganasan) itu ke atas “dasar penyelesaian” Israel, yang melakukan rampasan tanah rakyat Palestin di Tebing Barat dan kemudian menyerahkannya kepada peneroka haram Israel.
Presiden Russia, Vladimir Putin menyatakan isu Palestin dekat di hati setiap individu di Timur Tengah dan mereka yang mengamalkan agama Islam.
Perkara itu diucapkannya dalam sebuah forum Minggu Tenaga Russia di Moscow.
Beliau berkata negara Palestin sepatutnya diwujudkan bersama negara Israel pada 1948 tetapi perkara itu tidak pernah berlaku.
Putin mengeluarkan kenyataan itu sehari selepas perbincangannya bersama Perdana Menteri Iraq, Mohammed Shia’ Al Sudani.
“Masalah (dihadapi) penduduk Palestin berada dalam hati setiap orang (timur tengah) dan setiap mereka yang mengamalkan agama Islam,” katanya.
Presiden Russia itu turut menyeru Hamas dan IDF (tentera Israel) “meninggalkan wanita dan kanak-kanak dalam keadaan aman” serta mengelak menyasarkan orang awam dalam operasi mereka.
“Russia sedar kedua-dua (pihak) Israel dan Palestin (merasakan) kepahitan (peperangan) tetapi seseorang harus berusaha untuk meminimumkan korban dari kalangan awam,” katanya.
Putin menyalahkan peningkatan (keganasan) itu ke atas “dasar penyelesaian” Israel, yang melakukan rampasan tanah rakyat Palestin di Tebing Barat dan kemudian menyerahkannya kepada peneroka haram Israel.
Presiden Russia itu menegaskan Washington yang sepatutnya memainkan peranan, mengabaikan sebarang mekanisme sebenar menyelesaikan konflik Israel-Palestin dan memilih untuk hanya menangani “keperluan material” rakyat Palestin dengan bantuan kewangan dan kemanusiaan.
Sumber: RT
