Antarabangsa
TikTok sekat akaun pembakar al-Quran dari jana keuntungan
Platform media sosial TikTok bertindak menyekat akaun milik Salwan Momika, pelarian Iraq yang membakar al-Quran di Sweden, dari menerima hasil keuntungan kandungan dimuat naiknya di platform media sosial itu.

- Platform media sosial TikTok bertindak menyekat akaun milik Salwan Momika, pelarian Iraq yang membakar al-Quran di Sweden, dari menerima hasil keuntungan kandungan dimuat naiknya di platform media sosial itu.
- Perkara itu dilaporkan media tempatan di Sweden pada Selasa lalu dan pegawai-pegawai di TikTok mengesahkan perkara itu.
- Tiktok memaklumkan platform itu telah menyahaktifkan ciri-ciri membolehkan pengguna memberikan wang kepada Salwan.
- Hasil tindakan itu, pengguna-pengguna TikTok sudah tidak boleh menggunakan ciri “hadiah” dalam aplikasi tersebut apabila berinteraksi dengan video disiarkan Salwan yang telah mengundang kemarahan ramai umat Islam itu.
- Dalam insiden terkini yang dicetuskannya, pelarian Iraq itu juga membakar al-Quran di luar Kedutaan Iran di Stockholm pada awal Ogos lalu dan di luar masjid Stockholm pada Khamis lalu.
Platform media sosial TikTok bertindak menyekat akaun milik Salwan Momika, pelarian Iraq yang membakar al-Quran di Sweden, dari menerima hasil keuntungan kandungan dimuat naiknya di platform media sosial itu.
Perkara itu dilaporkan media tempatan di Sweden pada Selasa lalu dan pegawai-pegawai di TikTok mengesahkan perkara itu.
Tiktok memaklumkan platform itu telah menyahaktifkan ciri-ciri membolehkan pengguna memberikan wang kepada Salwan.
Hasil tindakan itu, pengguna-pengguna TikTok sudah tidak boleh menggunakan ciri “hadiah” dalam aplikasi tersebut apabila berinteraksi dengan video disiarkan Salwan yang telah mengundang kemarahan ramai umat Islam itu.
Agensi berita Anadolu melaporkan Salwan yang menetap di Stockholm memberitahu pemberita bahawa video dirinya membakar al-Quran mendapat jutaan tontonan.
Dia mengakui memperoleh antara $100 dan $300 daripada TikTok dalam masa sejam semasa bersiaran langsung, selain memaklumkan dia tidak mempunyai pendapatan lain dan TikTok telah menutup ciri-ciri penjanaan pendapatan pada akaunnya itu.
Terdahulu, Salwan membakar al-Quran di luar masjid Stockholm pada hari orang Islam meraikan Hari Raya Aidiladha.
Dalam insiden terkini yang dicetuskannya, pelarian Iraq itu juga membakar al-Quran di luar Kedutaan Iran di Stockholm pada awal Ogos lalu dan di luar masjid Stockholm pada Khamis lalu.
Sumber: Anadolu Agency
