Terkini
PM tegur pihak yang fobia berkaitan Islam
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam menegur sikap segelintir masyarakat bukan Islam yang seolah-olah menjadi fobia setiap kali mendengar perkara mengenai Islam.

- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam menegur sikap segelintir masyarakat bukan Islam yang seolah-olah menjadi fobia setiap kali mendengar perkara mengenai Islam.
- Ini berikutan bantahan segelintir pihak mengenai pelaksanaan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi yang disasarkan kepada murid beragama Islam di sekolah agama dan sekolah bantuan kerajaan.
- “Kadang-kala bukan Islam ini pun dia macam Islamophobia. Bila dengar Islam sahaja dia fobia. Itu masalah juga.”
- “Tetapi apakah kita paksa bukan Islam? Tak. Adakah kita wajibkan bukan Islam baca 40 hadis? Tidak. 40 hadis ini hanya untuk pelajar-pelajar Islam,” katanya lagi.
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam menegur sikap segelintir masyarakat bukan Islam yang seolah-olah menjadi fobia setiap kali mendengar perkara mengenai Islam.
Ini berikutan bantahan segelintir pihak mengenai pelaksanaan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi yang disasarkan kepada murid beragama Islam di sekolah agama dan sekolah bantuan kerajaan.
Anwar berkata, tujuan beliau mencadangkan pengajaran hadis tersebut bagi meningkatkan kefahaman murid-murid Islam, dan menegaskan modul itu tidak diajar kepada bukan Islam.
“Kadang-kala bukan Islam ini pun dia macam Islamophobia. Bila dengar Islam sahaja dia fobia. Itu masalah juga.
“Tetapi apakah kita paksa bukan Islam? Tak. Adakah kita wajibkan bukan Islam baca 40 hadis? Tidak. 40 hadis ini hanya untuk pelajar-pelajar Islam.
“Kenapa kita (perkenalkan) begitu? Kerana kedangkalan ilmu jadi masalah. Kerana kedangkalan ilmulah orang boleh fitnah, boleh cerca, boleh buat hukuman suka hati,” jelas beliau.
Perdana Menteri berkata demikian semasa sesi soal jawal dalam program Temu Anwar yang berlangsung di Universiti Teknologi Malaysia semalam.
Anwar berkata, untuk menjadi seorang Islam yang baik memerlukan ilmu dan pengajaran hadis berkenaan adalah salah satu daripada cara dan pendekatan yang realistik.
Katanya, tidak seharusnya membaca menjadi satu isu kerana ia mendatangkan manfaat.
“Saya baca semua terutama masa dalam penjara banyak waktu. Al-Quran, tafsir dan hadis saya baca. Kitab lama Cina saya baca. Oh, saya jadi Cina? Tidak.
“Kerana bila saya jadi pemimpin, masyarakat Cina jadi sebahagian keluarga saya.
“Kemudian India, fahaman Hindu, Buddha saya tak galakkan semua baca, tapi sebahagian kita kena faham,” tambah beliau.
Kementerian Pendidikan (KPM) pada 19 Ogos lalu melancarkan modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi yang bertujuan memupuk penghayatan hadis bermula di peringkat sekolah.
Kontroversi tercetus apabila Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taois (MCCBCHST) membantah hasrat tersebut dan mendakwa ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan serta hak kebebasan beragama.
Bagaimanapun bantahan itu kemudiannya mereda selepas KPM menjelaskan modul itu akan hanya diajar kepada murid-murid Islam.
Sumber: Malaysia Gazette
Terkini
Belanda sekat visa peneroka pelampau Israel
Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.

- Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.
- Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Belanda, Alexander De Croo pada Rabu ke atas peneroka pelampau Israel di Tebing Barat.
- Dalam ucapannya di Persidangan Antarabangsa 75 tahun Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat di Universiti Ghent, De Croo menekankan komitmennya untuk melindungi orang awam dari keganasan di Timur Tengah.
- “Peneroka ekstremis di Tebing Barat akan dilarang memasuki Belanda. Kami akan bekerjasama dengan AS mengenai sekatan menyasarkan individu terlibat dalam tindakan menjejaskan keamanan, keselamatan dan kestabilan di Tebing Barat,” kata De Croo dipetik Brussels Times.
- Kenyataan itu dibuat selepas Setiausaha Negara AS, Antony Blinken mengumumkan langkah sekatan visa semalam.
Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.
Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Belanda, Alexander De Croo pada Rabu ke atas peneroka pelampau Israel di Tebing Barat.
Dalam ucapannya di Persidangan Antarabangsa 75 tahun Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat di Universiti Ghent, De Croo menekankan komitmennya untuk melindungi orang awam dari keganasan di Timur Tengah.
Kenyataan itu dibuat selepas Setiausaha Negara AS, Antony Blinken mengumumkan langkah sekatan visa semalam.
“Peneroka ekstremis di Tebing Barat akan dilarang memasuki Belanda. Kami akan bekerjasama dengan AS mengenai sekatan menyasarkan individu terlibat dalam tindakan menjejaskan keamanan, keselamatan dan kestabilan di Tebing Barat.
“Kami akan bekerjasama dengan AS berkaitan sekatan ini dan akan mendorong Kesatuan Eropah (EU) untuk mengikutinya,” kata De Croo dipetik Brussels Times.
Sejak serangan dilancarkan pejuang Hamas pada 7 Oktober lalu, keganasan semakin meningkat di Tebing Barat dengan sekurang-kurangnya 258 warga Palestin terbunuh, menurut statistik Pihak Berkuasa Palestin.
Majoritinya terbunuh dalam pertembungan dengan tentera zionis dengan majoriti orang awam menjadi mangsa keganasan tanpa provokasi peneroka pelampau Israel.
Ia juga disebabkan kerajaan sayap kanan Israel yang terdiri daripada peneroka ultranasionalis, mengisyaratkan sokongan terhadap tindakan kumpulan peneroka haram Israel.
Setakat ini, lebih 17,150 warga Palestin, termasuk lebih 7,000 kanak-kanak, terbunuh dalam tempoh lebih lapan minggu serangan rejim zionis Israel ke atas Gaza, manakala 1,200 orang terkorban di Israel. – The Merdeka Times
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Tular rakyat Malaysia gesa Kedutaan Israel dibuka di negara ini
-
Antarabangsa2 days ago
Israel akui sukar tewaskan Hamas
-
Antarabangsa3 days ago
(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS
-
Terkini4 days ago
Warganegara Malaysia wajib fasih Bahasa Melayu, tiada kompromi – Menteri KDN