Connect with us

Terkini

Malaysia gesa OIC dan ASEAN jalin kerjasama tangani isu Rohingya

Malaysia menggesa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menjalin kerjasama dengan ASEAN bagi menyelesaikan krisis kemanusiaan Rohingya.

Wartawan TMT

Published

on

Malaysia gesa OIC dan ASEAN jalin kerjasama tangani isu Rohingya
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Malaysia menggesa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menjalin kerjasama dengan ASEAN menyelesaikan krisis kemanusiaan Rohingya.
  • Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir yang menyuarakan perkara itu berkata, kedua-dua OIC dan ASEAN harus meminta pengurangan dan pemberhentian keganasan terutama oleh pihak berkuasa tentera di Myanmar.
  • “Kedua-dua pertubuhan mesti menyelaraskan bantuan kemanusiaan tanpa diskriminasi, termasuk di kawasan tidak dikawal oleh tentera,” katanya dipetik BERNAMA pada sidang media di New York.
  • Zambry berkata situasi di Myanmar terus meruncing berikutan rampasan kuasa tentera pada Februari 2021, menyaksikan Malaysia dan Bangladesh merupakan antara negara yang terjejas teruk kerana kedua-dua negara melindungi kira-kira 200,000 dan satu juta pelarian Rohingya.

NEW YORK: Malaysia menggesa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menjalin kerjasama dengan ASEAN bagi menyelesaikan krisis kemanusiaan Rohingya.

Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abd Kadir yang menyuarakan perkara itu berkata kedua-dua OIC dan ASEAN harus meminta pengurangan dan pemberhentian keganasan terutama oleh pihak berkuasa tentera di Myanmar.

“Kedua-dua pertubuhan mesti menyelaraskan bantuan kemanusiaan tanpa diskriminasi, termasuk di kawasan yang tidak dikawal oleh tentera,” katanya pada sidang media di sini.

Zambry berkata beliau membuat kenyataan itu semasa mesyuarat Kumpulan Hubungan OIC mengenai Umat Islam Rohingya, Myanmar yang diadakan di luar sesi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78 di sini Selasa.

Menurut beliau situasi di Myanmar terus meruncing berikutan rampasan kuasa tentera pada Februari 2021, menyaksikan Malaysia dan Bangladesh merupakan antara negara yang terjejas teruk kerana kedua-dua negara melindungi kira-kira 200,000 dan satu juta pelarian Rohingya.

Keadaan buruk umat Islam Rohingya masih tidak bertambah baik. Umat Islam Rohingya masih tertakluk kepada pembunuhan di luar undang-undang sewenang-wenangnya, pelbagai bentuk keganasan seksual dan pengusiran sistematik dari rumah mereka,” katanya.

Zambry juga berkata kes undang-undang Gambia di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) terhadap Myanmar memerlukan dana, sambil menambah Malaysia telah menyumbangkan US$100,000 kepada Tabung Amanah Kemanusiaan OIC untuk Rohingya pada 2020.

Advertisement

Pada masa sama, beliau berkata umat Islam Rohingya perlu membina daya tahan dan berdikari sebagai persediaan menghadapi kehidupan baharu mereka di Myanmar.

“Bagi mereka untuk ditempatkan semula secara konsensus, negara anggota mesti menggesa kerajaan Myanmar mengenai kepentingan penghantaran pulang umat Islam Rohingya yang selamat, sukarela dan bermaruah,” katanya.

Mengenai mesyuarat dua hala antara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan di sini pada Rabu, Zambry berkata kedua-dua pemimpin akan membincangkan isu Islamofobia dan cara untuk menanganinya di pentas global.

Mesyuarat itu akan berlangsung di luar UNGA. – BERNAMA

Sumber: Bernama

Author

Terkini

Belanda sekat visa peneroka pelampau Israel

Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.

A.R. Khan

Published

on

Belanda sekat visa peneroka pelampau Israel
Foto: Perdana Menteri Belanda, Alexander De Croo.
  • Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.
  • Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Belanda, Alexander De Croo pada Rabu ke atas peneroka pelampau Israel di Tebing Barat.
  • Dalam ucapannya di Persidangan Antarabangsa 75 tahun Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat di Universiti Ghent, De Croo menekankan komitmennya untuk melindungi orang awam dari keganasan di Timur Tengah.
  • “Peneroka ekstremis di Tebing Barat akan dilarang memasuki Belanda. Kami akan bekerjasama dengan AS mengenai sekatan menyasarkan individu terlibat dalam tindakan menjejaskan keamanan, keselamatan dan kestabilan di Tebing Barat,” kata De Croo dipetik Brussels Times.
  • Kenyataan itu dibuat selepas Setiausaha Negara AS, Antony Blinken mengumumkan langkah sekatan visa semalam.

Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Belanda, Alexander De Croo pada Rabu ke atas peneroka pelampau Israel di Tebing Barat.

Dalam ucapannya di Persidangan Antarabangsa 75 tahun Deklarasi  Hak Asasi Manusia Sejagat di Universiti Ghent, De Croo menekankan komitmennya untuk melindungi orang awam dari keganasan di Timur Tengah.

Kenyataan itu dibuat selepas Setiausaha Negara AS, Antony Blinken mengumumkan langkah sekatan visa semalam.

“Peneroka ekstremis di Tebing Barat akan dilarang memasuki Belanda. Kami akan bekerjasama dengan AS mengenai sekatan menyasarkan individu terlibat dalam tindakan menjejaskan keamanan, keselamatan dan kestabilan di Tebing Barat.

“Kami akan bekerjasama dengan AS berkaitan sekatan ini dan akan mendorong Kesatuan Eropah (EU) untuk mengikutinya,” kata De Croo dipetik Brussels Times.

Sejak serangan dilancarkan pejuang Hamas pada 7 Oktober lalu, keganasan semakin meningkat di Tebing Barat dengan sekurang-kurangnya 258 warga Palestin terbunuh, menurut statistik Pihak Berkuasa Palestin.

Advertisement

Majoritinya terbunuh dalam pertembungan dengan tentera zionis dengan majoriti orang awam menjadi mangsa keganasan tanpa provokasi peneroka pelampau Israel.

Ia juga disebabkan kerajaan sayap kanan Israel yang terdiri daripada peneroka ultranasionalis, mengisyaratkan sokongan terhadap tindakan kumpulan peneroka haram Israel. 

Setakat ini, lebih 17,150 warga Palestin, termasuk lebih 7,000 kanak-kanak, terbunuh dalam tempoh lebih lapan minggu serangan rejim zionis Israel ke atas Gaza, manakala 1,200 orang terkorban di Israel. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending