Connect with us

Terkini

Mahkamah sivil boleh mendengar kes pertikaian paterniti babit orang Islam

Mahkamah sivil boleh mendengar kes pertikaian paterniti membabitkan orang Islam untuk mengesahkan hubungan antara seorang bapa dan anaknya, menurut Mahkamah Tinggi Kota Bharu.

Wartawan TMT

Published

on

Mahkamah sivil boleh mendengar kes pertikaian paterniti babit orang Islam
Foto: Gambar adalah hiasan.
  • Mahkamah sivil boleh mendengar kes pertikaian paterniti membabitkan orang Islam untuk mengesahkan hubungan antara seorang bapa dan anaknya, menurut Mahkamah Tinggi Kota Bharu.
  • Hakim Abazafree Abbas berkata isu paterniti harus dibezakan dengan kes-kes pengesahan taraf dan nasab (menentukan keturunan seseorang berasaskan pertalian darah yang sah).
  • Katanya, pengesahan taraf dan nasab sememangnya bawah bidang kuasa mahkamah syariah negeri memandangkan ia membabitkan undang-undang keluarga.
  • “Kesahan taraf ialah status di sisi undang-undang seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa yang sudah berkahwin, manakala paterniti ialah pengiktirafan undang-undang seseorang lelaki sebagai bapa.
  • “Pada pandangan mahkamah, paterniti bukan bidang kuasa eksklusif mahkamah syariah,” kata Abazafree dalam penghakimannya berhubung tuntutan seorang wanita terhadap seorang lelaki.

PETALING JAYA: Mahkamah sivil boleh mendengar kes pertikaian paterniti membabitkan orang Islam untuk mengesahkan hubungan antara seorang bapa dan anaknya, menurut Mahkamah Tinggi Kota Bharu.

Hakim Abazafree Abbas berkata isu paterniti harus dibezakan dengan kes-kes pengesahan taraf dan nasab (menentukan keturunan seseorang berasaskan pertalian darah yang sah).

Katanya, pengesahan taraf dan nasab sememangnya bawah bidang kuasa mahkamah syariah negeri memandangkan ia membabitkan undang-undang keluarga.

“Kesahan taraf ialah status di sisi undang-undang seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa yang sudah berkahwin, manakala paterniti ialah pengiktirafan undang-undang seseorang lelaki sebagai bapa.

“Pada pandangan mahkamah, paterniti bukan bidang kuasa eksklusif mahkamah syariah,” kata Abazafree dalam penghakimannya berhubung tuntutan seorang wanita terhadap seorang lelaki.

Pada tahun 2020, anak tersebut telah dilahirkan di luar nikah kepada wanita berusia 26 tahun itu.

Wanita itu memujuk lelaki berusia 24 tahun itu untuk mengambil ujian DNA tahun lepas dan keputusan mengesahkan beliau bapa kandung anak itu.

Advertisement

Bagaimanapun, lelaki itu enggan mengakui keputusan DNA tersebut, mendorong wanita itu memfailkan permohonan untuk mendapatkan deklarasi daripada mahkamah bahawa kanak-kanak itu anak lelaki tersebut.

Hakim berpandangan kanak-kanak itu berhak tahu siapa bapanya.

“Anak itu mungkin tidak berhak mendapat harta pusaka bapanya (mengikut undang-undang Islam) tetapi hakikat (bapa kanak-kanak tersebut) tidak boleh dirahsiakan,” katanya.

Adly Zulfadhly Zulkefly, yang mewakili si ibu selaku peguam, memberitahu FMT bahawa lelaki tersebut memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi.

Sumber: Free Malaysia Today

Author

Terkini

Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat

Kerajaan menegaskan nilai kredit eMADANI tidak boleh digunakan bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kerajaan menegaskan nilai kredit eMadani tidak boleh digunakan bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.
  • Sebaliknya, Kementerian Kewangan (MOF) berkata, ia hanya boleh digunakan untuk pembelian secara fizikal melalui e-dompet yang terlibat iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet atau QR DuitNow di 1.8 juta peruncit atau perniagaan di seluruh negara.
  • “Ini bagi mengelakkan penerima manfaat eMADANI daripada menjadi mangsa penipuan‘scam’ dan sekali gus hilang kredit eMADANI mereka.
  • “Pihak Kerajaan akan mengambil langkah tegas termasuk menyekat akaun yang terlibat dan melucutkan hak kredit penerima eMADANI jika terdapat laporan bagi mana-mana kes yang melibatkan pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

PUTRAJAYA – Kerajaan menegaskan nilai kredit eMADANI tidak boleh digunakan bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.

Sebaliknya, Kementerian Kewangan (MOF) berkata, ia hanya boleh digunakan untuk pembelian secara fizikal melalui e-dompet yang terlibat iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet atau QR DuitNow di 1.8 juta peruncit atau perniagaan di seluruh negara.

Menurut MOF, pihaknya tidak akan bertanggungjawab jika terdapat sebarang kehilangan kredit akibat daripada pemindahan peer-to-peer atau penebusan tunai itu, justeru orang ramai dinasihatkan sentiasa berwaspada dengan tawaran perkhidmatan berkenaan oleh pihak tidak bertanggungjawab di platform media sosial.

“Ini bagi mengelakkan penerima manfaat eMADANI daripada menjadi mangsa penipuan ‘scam’ dan sekali gus hilang kredit eMADANI mereka.

“Pihak Kerajaan akan mengambil langkah tegas termasuk menyekat akaun yang terlibat dan melucutkan hak kredit penerima eMADANI jika terdapat laporan bagi mana-mana kes yang melibatkan pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas MOF, program eMADANI diluncurkan bertujuan untuk menggalakkan ekonomi digital dan memupuk budaya pembayaran tanpa tunai.

Pendaftaran program eMADANI dibuka sehingga 20 Februari 2024 dan akan memanfaatkan seramai 10 juta rakyat dewasa yang layak, meliputi golongan B40 dan M40.

Advertisement

Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM1 bilion bagi program berkenaan seperti diumumkan pada majlis peluncuran kerangka Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat pada 27 Julai lalu.

Sumber : Utusan

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending