Antarabangsa
Lelaki Transgender dera, cabul dua anak tiri selama sembilan tahun
Seorang transgender di Switzerland berdepan tuduhan penderaan seksual kanak-kanak dan eksploitasi seksual selepas berterusan mencabul dua anak tirinya selama sembilan tahun.
- Seorang lelaki transgender di Switzerland berdepan tuduhan penderaan seksual kanak-kanak dan eksploitasi seksual selepas berterusan mencabul dua anak tirinya selama sembilan tahun.
- Identiti pelaku itu disembunyikan kerana faktor kedekatan hubungan pelaku dengan mangsa.
- Menurut laporan media tempatan, perbicaraan itu bermula pada 4 September lalu di Mahkamah Burgdorf dengan unsur-unsur yang mengganggu seperti crossdressing dan BDSM.
- Lelaki transgender itu antara lain dituduh mengamalkan ‘shibari’ yang digunakan untuk mengikat tangan dan kaki mangsa dalam serangan seksualnya.
Seorang transgender di Switzerland berdepan tuduhan penderaan seksual kanak-kanak dan eksploitasi seksual selepas berterusan mencabul dua anak tirinya selama sembilan tahun.
Identiti pelaku itu disembunyikan kerana faktor kedekatan hubungan pelaku dengan mangsa.
Lelaki transgender itu juga berdepan tuduhan public exhibitionism (mempamerkan diri di khalayak ramai dalam keadaan berbogel) dan penipuan insurans sosial.
Menurut laporan media tempatan, perbicaraan kes bermula 4 September lalu di Mahkamah Burgdorf dengan unsur-unsur yang mengganggu seperti crossdressing dan BDSM.
Lelaki transgender itu antara lain dituduh mengamalkan ‘shibari’ yang digunakan untuk mengikat tangan dan kaki mangsa dalam serangan seksualnya.
Pendakwa raya menuntut 45 bulan hukuman penjara ke atas lelaki transgender itu tetapi mengecualikan ibu mangsa dari hukuman itu, selain meminta pampasan 20,000 Swiss Franc dikenakan bagi setiap mangsa.
Peguam bela kepada lelaki itu menuduh pendakwa raya mempunyai masalah peribadi dengan anak guamnya dan menyatakan tiada bukti menunjukkan mangsa itu didera secara seksual.
Di akhir pembicaraan, lelaki itu menafikan penderaan seksual, manakala ibu mangsa menerima sepenuhnya apa yang berlaku dan memohon maaf.
‘Saya amat menyesali atas semua yang berlaku dan sekiranya saya tahu lebih awal sudah pasti saya halang semua ini daripada berlaku,” kata ibu mangsa itu dipetik Reduxx.
Switzerland dikenali sebagai negara liberal dalam pengisytiharan jantina. Pada Januari 2022, Switzerland menjadi salah satu negara terpilih di benua Eropah membenarkan pengisytiharan jantina bagi penduduknya yang berumur 16 tahun dan ke atas.
Sumber: Reduxx
Antarabangsa
Israel rekrut pelarian Afrika, janji status penempatan tetap
Israel merekrut pelarian Afrika untuk operasi berisiko tinggi di Gaza sebagai pertukaran untuk status penempatan tetap di negara itu, demikian menurut sumber.
- Israel merekrut pelarian Afrika untuk operasi berisiko tinggi di Gaza sebagai pertukaran untuk status penempatan tetap di negara itu, demikian menurut sumber.
- Pegawai pertahanan memberitahu Haaretz bahawa projek itu dijalankan di bawah bimbingan penasihat undang-undang badan pertahanan dengan cara teratur.
- Terdapat kira-kira 30,000 pencari suaka Afrika di Israel yang berdepan tekanan meningkat daripada ahli politik anti-imigran, termasuk Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, yang sering merujuk mereka sebagai “penyusup”.
- Menurut Haaretz, tiada seorang pun pencari suaka yang menyertai usaha perang itu telah diberikan status rasmi setakat ini dan sumber pertahanan menyatakan isu etika berkaitan perekrutan pencari suaka belum ditangani.
- Laporan itu menyebut pencari suaka digunakan dalam pelbagai operasi, memetik sumber ketenteraan.
Israel merekrut pelarian Afrika untuk operasi berisiko tinggi di Gaza sebagai pertukaran untuk status penempatan tetap di negara itu, demikian menurut sumber.
Pegawai pertahanan memberitahu Haaretz bahawa projek itu dijalankan di bawah bimbingan penasihat undang-undang badan pertahanan dengan cara teratur.
Terdapat kira-kira 30,000 pencari suaka Afrika di Israel yang berdepan tekanan meningkat daripada ahli politik anti-imigran, termasuk Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, yang sering merujuk mereka sebagai “penyusup”.
Seorang lelaki ditemu bual Haaretz yang akhirnya memilih untuk tidak menyertai tentera menceritakan kisahnya didekati pegawai keselamatan untuk melibatkannya dalam peperangan.
Pegawai itu menjelaskan selepas tempoh latihan dua minggu, dia akan dikerahkan bersama pencari suaka lain.
“Saya bertanya, ‘apa yang saya dapat?’ walaupun sebenarnya saya tidak mencari apa-apa.
“Tetapi kemudian dia memberitahu saya: ‘Jika awak ikut jalan ini, awak boleh menerima dokumen daripada negara Israel.’ Dia meminta saya menghantar salinan fotokopi kad pengenalan saya dan berkata dia akan menguruskan perkara itu,” kata lelaki dikenali sebagai A dipetik Middle East Eye.
Menurut Haaretz, tiada seorang pun pencari suaka yang menyertai usaha perang itu telah diberikan status rasmi setakat ini dan sumber pertahanan menyatakan isu etika berkaitan perekrutan pencari suaka belum ditangani.
Laporan itu menyebut pencari suaka digunakan dalam pelbagai operasi, memetik sumber ketenteraan.
Haaretz juga melaporkan “cara bagaimana tentera Israel mengerahkan pencari suaka dilarang untuk diterbitkan” kerana sekatan yang dikenakan penapisan tentera Israel. – The Merdeka Times
-
Terkini4 days ago
Kes GISBH, bukan di bawah bidang kuasa JAKIM – PKPU
-
Terkini4 days ago
Kajian GISBH sudah dibentang kepada JAKIM, tapi tiada tindakan – Dr Maza
-
Terkini4 days ago
GISB: Anwar arah pihak berkuasa, majlis agama segera siasat, ambil tindakan
-
Antarabangsa4 days ago
Badan penyiaran Australia sahkan “Arahan Hannibal” Israel bunuh penduduk sendiri pada 7 Oktober