Connect with us

Antarabangsa

Kumpulan LGBTQ dakwa bekas kapten Liverpool sembunyi rekod hak asasi manusia Arab Saudi

Jordan Henderson dituduh membantu menyembunyikan (sportwashing) rekod hak asasi manusia Arab Saudi oleh kumpulan peminat LGBTQ+ Liverpool selepas pemain tengah itu mempertahankan perpindahannya ke Al-Ettifaq.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Kumpulan LGBTQ dakwa bekas kapten Liverpool sembunyi rekod hak asasi manusia Arab Saudi
Foto: Bekas kapten Liverpool, Jordan Henderson.
  • Jordan Henderson dituduh membantu menyembunyikan (sportwashing) rekod hak asasi manusia Arab Saudi oleh kumpulan peminat LGBTQ+ Liverpool selepas pemain tengah itu mempertahankan perpindahannya ke Al-Ettifaq.
  • Bekas kapten Liverpool itu melengkapkan perpindahan £12 juta untuk menyertai Al-Ettifaq, kelab Liga Pro Saudi yang diuruskan legenda Reds Steven Gerrard, pada Julai lalu.
  • Keputusan Henderson berpindah ke Arab Saudi selepas 12 tahun di Anfield membawa kepada kritikan di mana pemindahan pemain berusia 33 tahun dikatakan menjejaskan sokongan awamnya kepada komuniti LGBT.
  • Henderson sebelum ini dicalonkan untuk ‘Football Ally’ di anugerah LGBTQ+ pada 2021 dan menjadi tajuk utama untuk tweet sokongannya kepada peminat Liverpool, Keith Spooner semasa kempen Rainbow Laces.

Jordan Henderson dituduh membantu menyembunyikan (sportwashing) rekod hak asasi manusia Arab Saudi oleh kumpulan peminat LGBTQ+ Liverpool selepas pemain tengah itu mempertahankan perpindahannya ke Al-Ettifaq.

Bekas kapten Liverpool itu melengkapkan perpindahan £12 juta untuk menyertai Al-Ettifaq, kelab Liga Pro Saudi yang diuruskan legenda Reds Steven Gerrard, pada Julai lalu.

Keputusan Henderson berpindah ke Arab Saudi selepas 12 tahun di Anfield membawa kepada kritikan di mana pemindahan pemain berusia 33 tahun dikatakan menjejaskan sokongan awamnya kepada komuniti LGBT.

Henderson sebelum ini lantang menyokong kempen ‘pelangi’ dan menamatkan diskriminasi LGBT dalam bola sepak semasa beliau di Liverpool.

Kumpulan peminat LGBT Liverpool, Kop Outs berkata mereka terkejut dan bimbang dengan tindakan Henderson memandangkan homoseksual adalah haram di Arab Saudi.

Henderson memberitahu The Athletic bahawa dia memahami kemarahan yang menyelubungi perpindahannya ke Arab Saudi, dengan mendakwa perpindahannya ke negara Arab itu adalah untuk membantu memperkembangkan sukan di seluruh dunia.

Pemain antarabangsa England berkata, orang ramai menyedari pandangan dan nilainya, mendakwa kehadirannya di Arab Saudi akhirnya boleh menjadi perkara yang positif. 

‘Saya dapat memahami kekecewaan itu. Saya faham,’ kata Henderson dipetik Daily Mail.

Henderson sebelum ini dicalonkan untuk ‘Football Ally’ di anugerah LGBTQ+ pada 2021 dan menjadi tajuk utama untuk tweet sokongannya kepada peminat Liverpool, Keith Spooner semasa kempen Rainbow Laces.

Sumber: Daily Mail

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *