Antarabangsa
Kumpulan LGBTQ dakwa bekas kapten Liverpool sembunyi rekod hak asasi manusia Arab Saudi
Jordan Henderson dituduh membantu menyembunyikan (sportwashing) rekod hak asasi manusia Arab Saudi oleh kumpulan peminat LGBTQ+ Liverpool selepas pemain tengah itu mempertahankan perpindahannya ke Al-Ettifaq.

- Jordan Henderson dituduh membantu menyembunyikan (sportwashing) rekod hak asasi manusia Arab Saudi oleh kumpulan peminat LGBTQ+ Liverpool selepas pemain tengah itu mempertahankan perpindahannya ke Al-Ettifaq.
- Bekas kapten Liverpool itu melengkapkan perpindahan £12 juta untuk menyertai Al-Ettifaq, kelab Liga Pro Saudi yang diuruskan legenda Reds Steven Gerrard, pada Julai lalu.
- Keputusan Henderson berpindah ke Arab Saudi selepas 12 tahun di Anfield membawa kepada kritikan di mana pemindahan pemain berusia 33 tahun dikatakan menjejaskan sokongan awamnya kepada komuniti LGBT.
- Henderson sebelum ini dicalonkan untuk ‘Football Ally’ di anugerah LGBTQ+ pada 2021 dan menjadi tajuk utama untuk tweet sokongannya kepada peminat Liverpool, Keith Spooner semasa kempen Rainbow Laces.
Jordan Henderson dituduh membantu menyembunyikan (sportwashing) rekod hak asasi manusia Arab Saudi oleh kumpulan peminat LGBTQ+ Liverpool selepas pemain tengah itu mempertahankan perpindahannya ke Al-Ettifaq.
Bekas kapten Liverpool itu melengkapkan perpindahan £12 juta untuk menyertai Al-Ettifaq, kelab Liga Pro Saudi yang diuruskan legenda Reds Steven Gerrard, pada Julai lalu.
Keputusan Henderson berpindah ke Arab Saudi selepas 12 tahun di Anfield membawa kepada kritikan di mana pemindahan pemain berusia 33 tahun dikatakan menjejaskan sokongan awamnya kepada komuniti LGBT.
Henderson sebelum ini lantang menyokong kempen ‘pelangi’ dan menamatkan diskriminasi LGBT dalam bola sepak semasa beliau di Liverpool.
Kumpulan peminat LGBT Liverpool, Kop Outs berkata mereka terkejut dan bimbang dengan tindakan Henderson memandangkan homoseksual adalah haram di Arab Saudi.
Henderson memberitahu The Athletic bahawa dia memahami kemarahan yang menyelubungi perpindahannya ke Arab Saudi, dengan mendakwa perpindahannya ke negara Arab itu adalah untuk membantu memperkembangkan sukan di seluruh dunia.
Pemain antarabangsa England berkata, orang ramai menyedari pandangan dan nilainya, mendakwa kehadirannya di Arab Saudi akhirnya boleh menjadi perkara yang positif.
‘Saya dapat memahami kekecewaan itu. Saya faham,’ kata Henderson dipetik Daily Mail.
Henderson sebelum ini dicalonkan untuk ‘Football Ally’ di anugerah LGBTQ+ pada 2021 dan menjadi tajuk utama untuk tweet sokongannya kepada peminat Liverpool, Keith Spooner semasa kempen Rainbow Laces.
Sumber: Daily Mail
Antarabangsa
Penyakit usus merebak dalam kalangan tentera zionis Israel
Tentera rejim zionis Israel mengalami peningkatan penyakit pencernaan, demikian lapor akhbar Ibrani “Yedioth Ahronoth” Isnin lalu.

- Tentera rejim zionis Israel mengalami peningkatan penyakit pencernaan, demikian lapor akhbar Ibrani “Yedioth Ahronoth” Isnin lalu.
- Sejak bermulanya peperangan di Gaza, sumbangan makanan mula diterima tentera Israel dan ia menyebabkan peningkatan penyakit usus dalam kalangan tentera.
- Keputusan ujian dijalankan ke atas tentera mendedahkan adanya bakteria yang menyebabkan disentri (keradangan dan gangguan usus), sekaligus menyebabkan cirit birit teruk dan meningkatnya suhu badan.
- Akhbar itu juga memetik doktor merawat tentera-tentera berkenaan mendakwa sumbangan bahan makanan dengan keadaan atau cara penyimpanannya, selain faktor pengangkutan dan penyediaannya menjadi punca kepada jangkitan itu.
GAZA – Tentera rejim zionis Israel mengalami peningkatan penyakit pencernaan, demikian lapor akhbar Ibrani “Yedioth Ahronoth” Isnin lalu.
Sejak bermulanya peperangan di Gaza, sumbangan makanan mula diterima tentera Israel dan ia menyebabkan peningkatan penyakit usus dalam kalangan tentera.
Keputusan ujian dijalankan ke atas tentera mendedahkan adanya bakteria yang menyebabkan disentri (keradangan dan gangguan usus), sekaligus menyebabkan cirit birit teruk dan meningkatnya suhu badan.
Akhbar itu juga memetik doktor merawat tentera-tentera berkenaan yang mendakwa sumbangan bahan makanan dengan keadaan atau cara penyimpanannya, selain faktor pengangkutan dan penyediaannya menjadi punca kepada jangkitan itu.
Pengarah Unit Penyakit Berjangkit Hospital Assuta di Ashdod, Dr Tal Brosh menjelaskan situasi luar jangka dihadapi tentera-tentera rejim zionis itu.
“Cirit-birit merebak di kawasan-kawasan perkumpulan tentera di selatan dan kemudiannya (merebak) sesama tentera yang berperang di Gaza.
“Jangkitan dengan bakteria Shigella yang menyebabkan disenteri telah didiagnos dan ia merupakan penyakit yang sangat serius.
“Penyakit itu juga merebak dalam kalangan tentera di Gaza, dan jangkitan bakteria Shigella boleh terjadi melalui hubungan langsung sesama individu (direct contact) atau melalui makanan,” katanya dipetik Jordan News.
Sumber: Jordan News
-
Terkini2 days ago
Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat
-
Terkini1 day ago
(VIDEO) Tular rakyat Malaysia gesa Kedutaan Israel dibuka di negara ini
-
Terkini2 days ago
Warganegara Malaysia wajib fasih Bahasa Melayu, tiada kompromi – Menteri KDN
-
Terkini2 days ago
DBKL tarik balik larangan jual arak