Connect with us

Terkini

KPKM laksana intervensi tingkat bekalan beras putih tempatan

Pengilang padi zon utara bersetuju untuk meningkatkan pengeluaran bekalan beras putih tempatan (BPT) sebanyak 20 peratus dan memberikannya kepada kerajaan melalui Padiberas Nasional Bhd (BERNAS).

Wartawan TMT

Published

on

KPKM laksana intervensi tingkat bekalan beras putih tempatan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pengilang padi zon utara bersetuju meningkatkan pengeluaran bekalan beras putih tempatan (BPT) sebanyak 20 peratus dan memberikannya kepada kerajaan melalui Padiberas Nasional Bhd (BERNAS).
  • Menurut Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), usaha itu merupakan langkah intervensi bagi meningkatkan bekalan BPT di pasaran.
  • “Melalui Program Khas BPT ini, pihak BERNAS akan memberikan kuota tambahan kepada pemborong-pemborong bumiputera untuk menambah bekalan BPT negara,” katanya lagi.
  • “KPKM berharap dengan langkah intervensi ini, bekalan BPT akan kembali pulih dalam waktu terdekat dengan pertambahan pengeluaran BPT di pasaran,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

KUALA LUMPUR: Pengilang padi zon utara bersetuju untuk meningkatkan pengeluaran bekalan beras putih tempatan (BPT) sebanyak 20 peratus dan memberikannya kepada kerajaan melalui Padiberas Nasional Bhd (BERNAS).

Menurut Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), usaha itu merupakan langkah intervensi bagi meningkatkan bekalan BPT di pasaran.

“Melalui sesi libat urus bersama pihak industri pengilang padi dan pemborong beras zon utara pada 27 Ogos 2023 bertempat di Alor Setar, pihak pengilang padi telah bersetuju untuk memberikan tambahan 20 peratus kuota padi mereka kepada kerajaan melalui BERNAS.

“Melalui Program Khas BPT ini juga, pihak BERNAS akan memberikan kuota tambahan ini kepada pemborong-pemborong bumiputera untuk menambah bekalan BPT negara.

“KPKM berharap dengan langkah intervensi ini, bekalan BPT akan kembali pulih dalam waktu terdekat dengan pertambahan pengeluaran BPT di pasaran,” katanya dalam satu kenyataan, pada Sabtu.

Mengulas lanjut, KPKM berkata, sehingga kini, BPT masih kekal pada harga kawalan RM2.60 sekilogram sejak tahun 2008 dan ia adalah harga terendah di rantau ini.

Selain itu, KPKM akan turut mengadakan Sesi Dialog Belanjawan 2024 KPKM Bersama Dengan Pemain Industri atau Pihak Berkepentingan di Bawah Subsektor Padi pada 7 September 2023 di MAEPS Serdang, Selangor.

Advertisement

“Antara tujuan sesi ini diadakan adalah untuk mendapatkan input dan pandangan daripada pemain industri untuk meningkatkan pengeluaran BPT.

“Dalam masa yang sama, pemantauan berterusan di seluruh negara melalui kolaborasi bersepadu antara Kawalselia Padi dan Beras (KPB), KPKM dan Bahagian Penguatkuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melalui Operasi Jamin (OP JAMIN) sejak 1 Julai 2023 adalah masih berterusan dalam meningkatkan penguatkuasaan, perkongsian maklumat dan pemantauan antara agensi,” ujarnya.

KPKM juga katanya telah melancarkan Operasi Beras Putih (OP BPT) bermula 16 Ogos lalu bagi menumpukan pemeriksaan dan penguatkuasaan peringkat pengilang padi dan pemborong beras seluruh negara.

“Sekiranya didapati ada pihak gagal untuk mematuhi perundangan Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 [Akta 522], KPKM melalui kuasa Ketua Pengarah KPB berhak untuk membatalkan atau menggantung setiap lesen yang telah dikeluarkan,” katanya.

Katanya, sebarang maklumat atau aduan berhubung isu kekurangan bekalan BPT di pasaran boleh diajukan kepada KPB, KPKM di Portal Aduan KPB: https://skpb.kpkm.gov.my/adu, E-mel Rasmi ([email protected]) atau Hotline Ibu Pejabat KPB Putrajaya : 03-88701751/1748/1183.

Sumber: Astro Awani

Advertisement

Author

Terkini

Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan

Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Tertuduh, Harma Zulfika Deraman (baju kelabu).
  • Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
  • Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
  • Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
  • Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
  • Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.

Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.

Advertisement

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.

Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.

Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending