Connect with us

Terkini

Kekalutan politik: Raja-Raja Melayu dimohon selamatkan negara

Raja Melayu dimohon bertindak menyelamatkan negara daripada terus hanyut dalam kekalutan politik yang ketika ini dilihat semakin membarah, termasuk memayungi proses perdamaian di antara organisasi siasah yang bertelagah.

Wartawan TMT

Published

on

Kekalutan politik: Raja-Raja Melayu dimohon selamatkan negara
Foto: Teguran Sidang Pengarang NSTP mengenai kekalutan politik negara yang memecahkan perpaduan.
  • Raja Melayu dimohon bertindak menyelamatkan negara daripada terus hanyut dalam kekalutan politik yang ketika ini dilihat semakin membarah, termasuk memayungi proses perdamaian di antara organisasi siasah yang bertelagah.
  • Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor, berkata sudah sampai masa dan ketikanya Raja Melayu dimohon bertindak untuk melindungi negara dan rakyat daripada tindakan luar batasan sesetengah ahli politik.
  • “Duli tuanku dimohon berkenan untuk campur tangan menerusi apa juga ruang yang sah di sisi undang-undang negara untuk memayungi proses keamanan dan kedamaian demi kesejahteraan hidup rakyat”.
  • “Ini supaya kerajaan dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada pembangunan ekonomi demi kemakmuran dan kemajuan negara yang akhirnya akan meratakan kebajikan kepada segenap lapisan rakyat,” kata Wan Salim kepada BH, semalam.
  • Felo Kanan Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong juga senada, melihat tindakan Raja Melayu bagi memayungi proses damai di antara parti politik dan pengikut mereka akan dapat menyelamatkan negara daripada terus hanyut dalam kekalutan politik tidak berkesudahan.
  • “Sudah tiba masanya memohon Raja Melayu bertindak ‘menyelamatkan’ negara, noktah segera harus diberikan untuk pemimpin menghentikan kekalutan politik, yang tidak dapat dinafikan akibat bikinan mereka yang penuh dengan kerakusan,” kata Kok Keong yang juga Felo Penyelidik Utama di Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

KUALA LUMPUR: Raja Melayu dimohon bertindak menyelamatkan negara daripada terus hanyut dalam kekalutan politik yang ketika ini dilihat semakin membarah, termasuk memayungi proses perdamaian di antara organisasi siasah yang bertelagah.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Pandangan mufti, tokoh budaya dan masyarakat, ahli akademik dan pakar Perlembagaan itu berikutan sikap sesetengah pemimpin politik ketika ini yang dilihat cenderung kepada perlakuan atau ucapan ekstrem, taksub serta membuta tuli demi meraih sokongan rakyat dan memegang kuasa.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor, berkata sudah sampai masa dan ketikanya Raja Melayu dimohon bertindak untuk melindungi negara dan rakyat daripada tindakan luar batasan sesetengah ahli politik.

Beliau mengakui, suasana politik negara ketika ini sudah sampai ke tahap amat membimbangkan, malah membahayakan keamanan negara dan kesejahteraan hidup rakyat apabila isu sensitif, terutama agama dan bangsa ‘ditunggang’ untuk mencapai tujuan politik.

“Duli tuanku dimohon berkenan untuk campur tangan menerusi apa juga ruang yang sah di sisi undang-undang negara untuk memayungi proses keamanan dan kedamaian demi kesejahteraan hidup rakyat”.

“Ini supaya kerajaan dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada pembangunan ekonomi demi kemakmuran dan kemajuan negara yang akhirnya akan meratakan kebajikan kepada segenap lapisan rakyat,” katanya kepada BH, semalam.

Felo Kanan Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong juga senada, melihat tindakan Raja Melayu bagi memayungi proses damai di antara parti politik dan pengikut mereka akan dapat menyelamatkan negara daripada terus hanyut dalam kekalutan politik tidak berkesudahan.

Katanya, perkenan Raja Melayu pastinya akan mendapat sokongan moral padu daripada rakyat, yang sudah muak dengan kerenah pemimpin yang terus-menerus berpolitik untuk kepentingan parti atau peribadi.

“Sudah tiba masanya memohon Raja Melayu bertindak ‘menyelamatkan’ negara, noktah segera harus diberikan untuk pemimpin menghentikan kekalutan politik, yang tidak dapat dinafikan akibat bikinan mereka yang penuh dengan kerakusan,” katanya lagi.

Felo Penyelidik Utama di Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ini menambah, pembabitan Raja Melayu bertujuan melindungi kedaulatan negara, antaranya dalam aspek perpaduan dan kelangsungan ekonomi.

“Tumpuan sepenuhnya kini tidak dapat diberikan kerana politik negara kita dalam kekalutan, juga boleh menjejaskan imej negara kita di mata dunia. Sokongan konkrit pasti akan diberikan rakyat kepada usaha murni Raja Melayu untuk bertindak,” katanya.

Pakar perlembagaan, Prof Madya Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain pula melihat, jika isu sensitif seperti agama dan kaum dipermainkan ahli politik, tindakan segera perlu diambil pihak berkuasa melaksanakan undang-undang yang ada tanpa sebarang kompromi.

“Raja, termasuk Yang di-Pertuan Agong dan Sultan sering bertitah supaya tindakan berpolitik sepanjang masa dihentikan, fokus kepada isu rakyat. Namun setakat ini, ahli politik dilihat lebih teruja fokus isu yang menjadi kepentingan parti mereka”.

“Tugas Raja adalah untuk membentuk kerajaan dan sampaikan nasihat, namun orang politik dilihat mudah tersasar apabila berdepan kepentingan masing-masing. Jika tidak boleh terima (nasihat), guna ruang di Parlimen seperti melalui Jawatankuasa Pilihan Khas untuk suburkan perbincangan dua hala”.

“Pihak kerajaan juga perlu membuka ruang libat urus dengan pembangkang. Jika tidak berkesan, maknanya kerajaan perlu terima perbezaan yang ada dan menguatkuasakan undang-undang yang ada,” katanya.

Beliau yang juga Pensyarah Institut Antarabangsa Pemikiran Islam dan Tamadun (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), berkata apa yang dilaksanakan Raja Melayu sudah mencukupi kerana isu ketika ini lebih kepada perbalahan politik kepartian.

“Ia bukannya isu dari segi pelaksanaan undang-undang atau tadbir urus yang perlu mendapat teguran Raja. Tugas baginda juga untuk ‘semak dan imbang’ amalan dalam pemerintahan serta memelihara kesejahteraan rakyat, baginda sudah memberi nasihat”.

“Raja ini kedudukannya berkecuali, fungsi kuasa Raja dilaksanakan pihak berkuasa seperti Parlimen, eksekutif dan pegawai perkhidmatan kerajaan. Mereka mesti menghormati setiap teguran Raja dan jujur dalam melaksanakan amanah,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Anugerah E50 SME Corp: PMKS berdaya saing diseru rebut peluang sertai

Pengiktirafan diterima menerusi Anugerah Enterprise 50 atau lebih dikenali dengan Anugerah E50 oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp) membolehkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan dikenal pasti sebagai berdaya saing, maju dan boleh dipercayai dalam menjalin rantaian sama ada dengan syarikat besar tempatan atau pelabur luar negara.

Hidayah Sani

Published

on

Anugerah E50 SME Corp: PMKS berdaya saing diseru rebut peluang sertai
Foto: Majlis Pelancaran Program Enterprise 50 (E50) 2024 di Aloft Kuala Lumpur Sentral.
  • Pengiktirafan diterima menerusi Anugerah Enterprise 50 atau lebih dikenali dengan Anugerah E50 oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp)  membolehkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan dikenal pasti sebagai berdaya saing, maju dan boleh dipercayai dalam menjalin rantaian sama ada dengan syarikat besar tempatan atau pelabur luar negara.
  • Pengerusi SME Corp Malaysia, Tan Sri Bernard Giluk Dompok berkata pengiktirafan diberikan menjadi penanda aras yang penting buat PMKS untuk mengukur prestasi perniagaan mereka berdasarkan piawaian industri menerusi penilaian kewangan dan  pengurusan perniagaan oleh Deloitte Malaysia.
  • “Oleh itu, saya ingin menyeru PMKS yang terpilih agar merebut peluang keemasan ini untuk menjadi di antara 50 PMKS terunggul di Malaysia.
  • “Pada tahun ini, pencalonan bagi Anugerah E50 akan dibuka sehingga 30 Jun 2024. Kemuncak bagi Program E50 ini adalah Majlis Anugerah E50 yang dijadualkan pada Oktober nanti,” katanya di Majlis Pelancaran Program Enterprise 50 (E50) 2024 di Aloft Kuala Lumpur Sentral, hari ini.

KUALA LUMPUR — Pengiktirafan diterima menerusi Anugerah Enterprise 50 atau lebih dikenali dengan Anugerah E50 oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp) membolehkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan dikenal pasti sebagai berdaya saing, maju dan boleh dipercayai dalam menjalin rantaian sama ada dengan syarikat besar tempatan atau pelabur luar negara.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Pengerusi SME Corp Malaysia, Tan Sri Bernard Giluk Dompok berkata anugerah itu berjaya mewujudkan perspektif kecemerlangan dengan mencapai satu tanda aras kualiti tinggi.

Beliau berkata pengiktirafan diberikan menjadi penanda aras yang penting buat PMKS untuk mengukur prestasi perniagaan mereka berdasarkan piawaian industri menerusi penilaian kewangan dan pengurusan perniagaan oleh Deloitte Malaysia.

“Sepertimana tahun-tahun sebelum ini, SME Corp. Malaysia akan menjemput PMKS yang layak untuk menyertai Anugerah E50 pada tahun ini, iaitu syarikat-syarikat yang telah menerima penarafan 4-Bintang dan 5-Bintang di bawah Program Penarafan Daya Saing PKS untuk Peningkatan atau SCORE.

“Oleh itu, saya ingin menyeru PMKS yang terpilih agar merebut peluang keemasan ini untuk menjadi di antara 50 PMKS terunggul di Malaysia.

“Pada tahun ini, pencalonan bagi Anugerah E50 akan dibuka sehingga 30 Jun 2024. Kemuncak bagi Program E50 ini adalah Majlis Anugerah E50 yang dijadualkan pada Oktober nanti,” katanya di Majlis Pelancaran Program Enterprise 50 (E50) 2024 di Aloft Kuala Lumpur Sentral, hari ini.

Majlis itu dirasmikan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick yang turut mengucapkan syabas ke atas SME Corp. Malaysia kerana berjaya menganjurkan program itu secara berterusan sejak 1997.

Bagi tahun ini, syarikat ingin menyertainya perlu mengemukakan pencalonan mereka secara dalam talian melalui Sistem Bersepadu Penarafan Insentif PMKS (MyBPI) sebelum tarikh tutup pada 30 Jun 2024.

Syarat kelayakan Anugerah E50 adalah memenuhi definisi PMKS dan diperbadankan di Malaysia dengan sekurang-kurangnya 40 peratus ekuiti tempatan; mendapat penarafan empat dan lima bintang di bawah SCORE; tidak disenaraikan di Bursa Malaysia; mempunyai penyata kewangan beraudit tiga tahun terkini dan anak syarikat tidak layak jika syarikat induk mengambil bahagian.

Untuk maklumat lanjut mengenai program Anugerah E50, boleh layari laman sesawang www.e50.com.my. — The Merdeka Times

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending