Connect with us

Antarabangsa

Sweden tersenarai negara paling sekular di dunia 2024

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Sekularisme negara adalah ideologi politik yang menekankan pemisahan antara institusi agama dan entiti kerajaan. Negara-negara yang mengamalkan pendekatan sekular biasanya tidak mempunyai agama rasmi negara dan mereka menetapkan undang-undang berdasarkan kepentingan kolektif dan bukannya doktrin agama.

Lapor CEOWORLD magazine pada Khamis, Ahli falsafah Charles Taylor telah mengenal pasti tiga jenis utama sekularisme: sekatan terhadap kerajaan yang menyerlahkan agama; penurunan dalam jumlah penduduk yang mengamalkan agama; dan penerimaan semua sistem kepercayaan tanpa memihak kepada mana-mana. Kepelbagaian jenis sekularisme itu menyebabkan terlahirnya bermacam-macam definisi mengenai apa yang membentuk sebuah negara sekular.

Berikut 10 negara paling sekular di dunia pada 2024:

Sweden

Menurut CEOWORLD magazine, Sweden yang terletak di Eropah Utara dengan populasi penduduk 10,379,295 menjadi negara paling sekular di dunia bagi 2024 dengan skor 98.48.

Denmark

Negara ini juga terletak di Eropah Utara dengan populasi penduduk 5,822,863 menjadi negara kedua paling sekular di dunia bagi 2024 dengan skor 98.3.

Iceland

Negara itu berada di kedudukan ketiga negara paling sekular di dunia tahun lalu dengan populasi penduduk 364,134 dan skor 98.16.

Norway

Ia menjadi negara keempat paling sekular dengan skor 97.94 dan populasi penduduk 5,367,580.

Estonia

Estonia dengan 1,331,824 penduduk mendapat skor 97.91.

Bahamas

Ia adalah sebuah negara kepulauan yang mempunyai 340,550 penduduk dan meraih skor 97.81.

Belanda

Dengan 17,424,978 penduduk dan skor 97.28 menjadikan negara yang terletak Eropah Barat itu menduduki tempat ketujuh dalam senarai ini.

Hong Kong

Mempunyai penduduk sekitar 7,053,947, Hong Kong berada di tempat kelapan dalam senarai ini dengan skor 97.14.

Liechtenstein

Dengan populasi hanya 40,000, Liechtenstein menduduki tempat kesembilan dalam senarai ini dengan skor 96.95.

Jepun

Negara yang terletak di Asia Timur dengan penduduk 126,540,000 itu berada di kedudukan kesepuluh dalam senarai ini dengan skor 96.31. — The Merdeka Times

Author