Terkini
DAP sudah iktiraf kedudukan Islam, hak istimewa Melayu Bumiputera, kedaulatan raja dan Bahasa Melayu – Ahmad Maslan
DAP membuat perubahan besar terhadap asas perjuangan parti itu apabila mengiktiraf secara terbuka kedudukan Islam, hak istimewa Melayu Bumiputera, kedaulatan raja dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
- DAP membuat perubahan besar terhadap asas perjuangan parti itu apabila mengiktiraf secara terbuka kedudukan Islam, hak istimewa Melayu Bumiputera, kedaulatan raja dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.
- Ahmad Maslan berkata pengiktirafan itu dizahirkan DAP menerusi Deklarasi Shah Alam dan DAP@50.
- “Itu adalah kenyataan yang betul yang DAP lakukan. Selepas itu, kita tahu ada perjanjian Kerajaan Perpaduan pada Disember 2022, yang mana empat perkara itu termaktub dalam perjanjian dengan DAP, antara parti yang menandatanganinya atas nama Pakatan Harapan (PH),
- “Apabila kita lihat ucapan Loke (Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke) akhir-akhir ini menyatakan dengan jelas DAP tidak diharamkan kerana berpegang kepada Perlembagaan Persekutuan yang mana empat perkara itu ada di dalamnya, ini satu perubahan paradigma yang besar daripada DAP yang wajar kita terima sebagai parti yang kita boleh bersahabat,” katanya selepas Ziarah Kasih di Parlimen Pulai, di sini, semalam.
JOHOR BAHRU: DAP membuat perubahan besar terhadap asas perjuangan parti itu apabila mengiktiraf secara terbuka kedudukan Islam, hak istimewa Melayu Bumiputera, kedaulatan raja dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata pengiktirafan itu dizahirkan DAP menerusi Deklarasi Shah Alam dan DAP@50.
Malah, katanya, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke semakin kerap membuat kenyataan terbuka menjunjung Fasal 153 Perlembagaan Persekutuan yang mengandungi empat elemen penting itu.
“DAP membuat satu perubahan sangat besar dalam deklarasi DAP pada 2012 yang dipanggil Deklarasi Shah Alam dan kemudian diikuti oleh DAP@50 pada 2016.
“Dalam kedua-dua deklarasi itu, DAP menyebut mereka menyokong kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan; menyokong hak istimewa Melayu Bumiputera; menyokong kedudukan dan kedaulatan raja Melayu dan menyokong bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan.
“Itu adalah kenyataan yang betul yang DAP lakukan. Selepas itu, kita tahu ada perjanjian Kerajaan Perpaduan pada Disember 2022, yang mana empat perkara itu termaktub dalam perjanjian dengan DAP, antara parti yang menandatanganinya atas nama Pakatan Harapan (PH),
“Apabila kita lihat ucapan Loke akhir-akhir ini menyatakan dengan jelas DAP tidak diharamkan kerana berpegang kepada Perlembagaan Persekutuan yang mana empat perkara itu ada di dalamnya, ini satu perubahan paradigma yang besar daripada DAP yang wajar kita terima sebagai parti yang kita boleh bersahabat,” katanya selepas Ziarah Kasih di Parlimen Pulai, di sini, semalam.
Ahli MKT UMNO, Datuk Seri Saarani Mohamad semalam, berkata DAP sudah berubah apabila berjanji tidak lagi mengungkit Islam sebagai agama Persekutuan, hak orang Melayu dan Bumiputera selain akur dengan Perlembagaan Malaysia.
Sumber: Berita Harian