Connect with us

Terkini

Tiada campur tangan MOT dalam siasatan pesawat Beechcraft – Anthony Loke

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menyangkal dakwaan kementerian itu mencampuri siasatan nahas pesawat Beechcraft Premier 1 di bandar Elmina, dan perlu menyerahkan sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

Wartawan TMT

Published

on

Tiada campur tangan MOT dalam siasatan pesawat Beechcraft – Anthony Loke
Foto: Menteri Pengangkutan, Anthony Loke sedang menunjukkan CVR Beechcraft Premier 1 yang hangus terbakar.
  • Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menyangkal dakwaan kementerian itu mencampuri siasatan nahas pesawat Beechcraft Premier 1 di bandar Elmina, dan perlu menyerahkan sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).
  • Beliau berkata, MOT juga tidak ‘menyibuk’ dalam urusan siasatan itu sebaliknya ia adalah tugas hakiki Biro Siasatan Keselamatan Udara (BSKU) di bawah kementerian berkenaan.
  • “Biro ini melaporkan terus kepada Menteri Pengangkutan, dan ia berada dalam struktur yang ditetapkan malah, CAAM juga tidak terbabit dalam siasatan kerana ia adalah entiti yang menjaga protokol dan standard keselamatan manakala BSKU, bertanggungjawab bila berlaku keselamatan udara,” katanya.

KUALA LUMPUR: Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menyangkal dakwaan kementerian itu mencampuri siasatan nahas pesawat Beechcraft Premier 1 di bandar Elmina, dan perlu menyerahkan sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

Beliau berkata, MOT juga tidak ‘menyibuk’ dalam urusan siasatan itu sebaliknya ia adalah tugas hakiki Biro Siasatan Keselamatan Udara (BSKU) di bawah kementerian berkenaan.

“Ada pertanyaan daripada mereka yang mendakwa sebagai ‘pakar-pakar’ mengapa siasatan tidak dibuat oleh polis dan Kementerian Dalam Negeri sebaliknya Kementerian Pengangkutan.

“Ini bukan soal ‘menyibuk’ (campur tangan) tetapi tanggungjawab ke atas nyawa manusia dan keselamatan penerbangan. Ia juga adalah tugas hakiki di bahu BSKU.

“Biro ini melaporkan terus kepada Menteri Pengangkutan, dan ia berada dalam struktur yang ditetapkan malah, CAAM juga tidak terbabit dalam siasatan kerana ia adalah entiti yang menjaga protokol dan standard keselamatan manakala BSKU, bertanggungjawab bila berlaku keselamatan udara,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melancarkan Seminar Keselamatan Penerbangan anjuran Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), di sini, hari ini.

Sumber: Berita Harian

Advertisement

Author

Terkini

Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan

Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Tertuduh, Harma Zulfika Deraman (baju kelabu).
  • Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
  • Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
  • Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
  • Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
  • Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.

Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.

Advertisement

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.

Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.

Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending