Terkini
Larangan kapal Israel berlabuh di Malaysia: 4,000 kontena ZIM terkandas di Pelabuhan Klang
Sebanyak 4,000 kontena kargo transit milik syarikat perkapalan berpangkalan di Israel, ZIM dilaporkan terkandas di Pelabuhan Klang susulan larangan berlabuh ke atas semua kapal Israel, bermula semalam.
- Sebanyak 4,000 kontena kargo transit milik syarikat perkapalan berpangkalan di Israel, ZIM dilaporkan terkandas di Pelabuhan Klang susulan larangan berlabuh ke atas semua kapal Israel, bermula semalam.
- Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata syarikat perkapalan itu bertanggungjawab terhadap kontena mereka yang terkandas ketika ini.
- “Yang kita tahu setakat ini ada 4,000 kontena yang masih terkandas di Port Klang, khususnya di Westport. Kontena tersebut patut dikeluarkan melalui syarikat perkapalan (ZIM).
- “Apabila kita ambil tindakan (sekatan), syarikat perkapalan ini perlu menghubungi syarikat perkapalan lain untuk angkut keluar kontena-kontena ini dalam masa terdekat untuk destinasi seterusnya,” katanya dipetik Utusan Malaysia pada sidang akhbar selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Pajakan antara MRT Corps dan Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) di Putrajaya, hari ini.
- Semalam, kerajaan memutuskan untuk menyekat dan tidak membenarkan ZIM atau mana-mana kapal dengan bendera Israel daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan di Malaysia berkuat kuasa serta merta.
KUALA LUMPUR – Sebanyak 4,000 kontena kargo transit milik syarikat perkapalan berpangkalan di Israel, ZIM dilaporkan terkandas di Pelabuhan Klang susulan larangan berlabuh ke atas semua kapal Israel, bermula semalam.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata syarikat perkapalan itu bertanggungjawab terhadap kontena mereka yang terkandas ketika ini.
“Yang kita tahu setakat ini ada 4,000 kontena yang masih terkandas di Port Klang, khususnya di Westport. Kontena tersebut patut dikeluarkan melalui syarikat perkapalan (ZIM).
“Apabila kita ambil tindakan (sekatan), syarikat perkapalan ini perlu menghubungi syarikat perkapalan lain untuk angkut keluar kontena-kontena ini dalam masa terdekat untuk destinasi seterusnya,” katanya dipetik Utusan Malaysia pada sidang akhbar selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Pajakan antara MRT Corps dan Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) di Putrajaya, hari ini.
Semalam, kerajaan memutuskan untuk menyekat dan tidak membenarkan ZIM atau mana-mana kapal dengan bendera Israel daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan di Malaysia berkuat kuasa serta merta.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sekatan itu adalah respons terhadap tindakan Israel yang melanggar undang-undang antarabangsa dengan melakukan pembantaian dan kekejaman terhadap warga Palestin.
Susulan itu, Lembaga Pelabuhan Klang diarah membantu pihak yang terjejas susulan keputusan drastik kerajaan semalam. – The Merdeka Times
Terkini
Pasangan pelik miliki imej individu lakukan seks dengan mayat manusia, haiwan dihukum
Sepasang suami isteri pelik telah ditangkap dengan timbunan imej individu melakukan hubungan seks dengan mayat manusia dan haiwan, demikian sesi perbicaraan di sebuah mahkamah di Scotland.
- Sepasang suami isteri pelik telah ditangkap dengan timbunan imej individu melakukan hubungan seks dengan mayat manusia dan haiwan, demikian sesi perbicaraan di sebuah mahkamah di Scotland.
- Mark Mason, 51, dan isterinya Wendy, 53, mengaku menyimpan simpanan pornografi melampau dan gambar kanak-kanak tidak senonoh di rumah mereka di Lockerbie, Dumfriesshire, Scotland, lapor Daily Mail pada Jumaat.
- Pasangan ‘sakit’ itu hadir di Mahkamah Syerif Dumfries di mana mereka mengakui beberapa pertuduhan antara Februari 2021 dan April 2022.
- Mason dipenjarakan selama 34 bulan dan diletakkan dalam daftar pesalah seks selama-lamanya.
- Isterinya antara lain diperintahkan untuk menjalankan 300 jam kerja tanpa gaji, diletakkan di bawah pengawasan selama tiga tahun dan berada dalam daftar pesalah seks selama lima tahun, tertakluk kepada perintah pencegahan bahaya seksual lima tahun.
Sepasang suami isteri pelik telah ditangkap dengan timbunan imej individu melakukan hubungan seks dengan mayat manusia dan haiwan, demikian sesi perbicaraan di sebuah mahkamah di Scotland.
Mark Mason, 51, dan isterinya Wendy, 53, mengaku menyimpan simpanan pornografi melampau dan gambar kanak-kanak tidak senonoh di rumah mereka di Lockerbie, Dumfriesshire, Scotland, lapor Daily Mail pada Jumaat.
Pasangan ‘sakit’ itu hadir di Mahkamah Syerif Dumfries di mana mereka mengakui beberapa pertuduhan antara Februari 2021 dan April 2022.
Lelaki terbabit mengaku memiliki pornografi melampau dan imej tidak senonoh kanak-kanak serta cuba bercakap secara tidak senonoh dengan enam kanak-kanak yang sebenarnya adalah individu dewasa yang menyamar untuk menyingkirkan ‘pemangsa’ dalam talian.
Isterinya juga mengaku bersalah memiliki dan berkongsi gambar tidak senonoh kanak-kanak serta pornografi melampau.
Mason dipenjarakan selama 34 bulan dan diletakkan dalam daftar pesalah seks selama-lamanya.
Isterinya antara lain diperintahkan untuk menjalankan 300 jam kerja tanpa gaji, diletakkan di bawah pengawasan selama tiga tahun dan berada dalam daftar pesalah seks selama lima tahun, tertakluk kepada perintah pencegahan bahaya seksual lima tahun. – The Merdeka Times
-
Terkini2 days ago
Individu promosi Bahasa Melayu patut disokong, bukannya diambil tindakan – Peguam
-
Antarabangsa3 days ago
Israel rekrut pelarian Afrika, janji status penempatan tetap
-
Terkini2 days ago
Aurad Muhammadiah wirid Al-Arqam difatwakan sesat, status pernikahan perlu disahkan pejabat agama – Mufti WP
-
Antarabangsa1 day ago
Syarikat penerbangan gantung penerbangan ke Israel