Connect with us

Terkini

Tangani Islamofobia tanggungjawab bersama negara anggota OIC – Zahid Hamidi

Usaha menentang Islamofobia dengan menggalakkan dialog, meningkatkan kesedaran dan menyebarkan mesej positif Islam kepada dunia menjadi tanggungjawab bersama negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), tegas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Wartawan TMT

Published

on

Tangani Islamofobia tanggungjawab bersama negara anggota OIC – Zahid Hamidi
Foto: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
  • Usaha menentang Islamofobia dengan menggalakkan dialog, meningkatkan kesedaran dan menyebarkan mesej positif Islam kepada dunia menjadi tanggungjawab bersama negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), tegas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
  • Beliau berkata menangani Islamofobia memerlukan pembabitan pelbagai peringkat bersama anggota masyarakat antarabangsa, mekanisme yang ada pada Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), serta organisasi antarabangsa lain.
  • “Ajaran Islam yang sebenar dan cara hidup yang dipegang dalam al-Quran dan Hadis perlu ditunjukkan,” katanya pada majlis makan malam bersama 29 ketua misi dan wakil dari negara anggota OIC di sini malam tadi.
  • Sebagai sebuah negara, Malaysia jelas Zahid, akan terus berdiri teguh dalam keazamannya untuk menangani isu Islamofobia.

PUTRAJAYA: Usaha menentang Islamofobia dengan menggalakkan dialog, meningkatkan kesedaran dan menyebarkan mesej positif Islam kepada dunia menjadi tanggungjawab bersama negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), tegas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata menangani Islamofobia memerlukan pembabitan pelbagai peringkat bersama anggota masyarakat antarabangsa, mekanisme yang ada pada Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), serta organisasi antarabangsa lain.

“Ajaran Islam yang sebenar dan cara hidup yang dipegang dalam al-Quran dan Hadis perlu ditunjukkan,” katanya pada majlis makan malam bersama 29 ketua misi dan wakil dari negara anggota OIC di sini malam tadi.

Turut hadir Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin.

Zahid berkata majlis malam tadi menunjukkan nilai dan komitmen OIC untuk bersama menjaga dan melindungi kepentingan dunia Islam dalam semangat mempromosikan keamanan dan keharmonian antarabangsa.

“Sebagai negara anggota OIC, kita perlu secara berterusan mengutuk tindakan biadab Israel terhadap Masjid Al-Aqsa dan di Wilayah Pendudukan Palestin secara keseluruhannya.

“Tindakan keji rejim itu merupakan pelanggaran undang-undang antarabangsa yang berbahaya. Ia juga menimbulkan ancaman besar kepada nilai bersama dan aspirasi untuk keamanan,” katanya.

Zahid menegaskan anggota OIC perlu secara berterusan melibatkan masyarakat antarabangsa yang lain dan menggesa mereka menjadi perantara yang agresif terhadap kekejaman Israel.

Beliau berkata Kerajaan Israel perlu dipertanggungjawabkan ke atas perlakuan kejam yang dilakukan secara terang-terangan.

“Lima puluh enam tahun telah berlalu sejak aneksasi Tebing Barat dan Semenanjung Gaza, namun perjuangan diteruskan.

“Pelanggaran undang-undang dan kekejaman dilakukan Israel telah mewujudkan ketidakamanan di rantau itu. Pembunuhan yang menyalahi undang-undang, pemindahan secara paksa, penahanan secara salah, sekatan pergerakan dan perluasan penempatan perlu dihentikan,” katanya.

Jelas beliau, salah satu kebimbangan ialah cubaan penjajah Yahudi untuk mencetuskan konflik agama dengan mengenakan temporal dan pembahagian ruangan Masjid Al-Aqsa dan tindakan aparteid seperti itu, menimbulkan ancaman besar kepada keamanan dan keselamatan antarabangsa.

Beliau berkata tindakan tentera Israel yang melulu dan menyalahi undang-undang melanggar Perjanjian Status Quo yang dimulakan pada 1757.

“Anggota OIC perlu meningkatkan usaha untuk meminta Israel bertanggungjawab atas tingkah laku kejamnya di wilayah yang diduduki, sebelum keadaan semakin tidak terkawal.

“Adalah penting bahawa kuasa pendudukan mematuhi undang-undang antarabangsa, tanpa ada sebarang pengecualian. Kegagalan berbuat demikian hanya akan memupuk dan mengekalkan budaya ketidakadilan dan bebas daripada hukuman,” katanya.

Tegasnya, dalam melindungi Al-Aqsa, negara-negara Islam mesti konsolidasikan pendekatan mereka.

“Kita memerlukan pendekatan yang proaktif dan praktikal. Ia harus merangkumi kepimpinan yang berani, kemahuan politik yang kuat, perpaduan, kekuatan dan nilai yang menunjukkan kepercayaan yang kita kongsi bersama.

“Tindakan baharu ini akan menghantar mesej kuat kepada dunia bahawa kesatuan kita tidak mengenal sempadan dalam menjaga rumah Allah ini,” katanya.

Sebagai sebuah negara, Malaysia jelasnya akan terus berdiri teguh dalam keazamannya untuk menangani isu Islamofobia.

“Komitmen Malaysia terhadap agenda OIC, khususnya mengenai Al-Aqsa, tidak berbelah bahagi dan tegas,” katanya.

Sumber: Buletin TV3

Author

Terkini

SPM 2023: Trend pelajar ambil subjek Matematik Tambahan, Sains Tulen menurun

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mendapati trend pelajar mengambil mata pelajaran seperti Matematik Tambahan dan tiga subjek sains tulen iaitu Fizik, Kimia dan Biologi merekodkan penurunan susulan pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 semalam.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berkata semua mata pelajaran itu antara menjadi prasyarat membolehkan pelajar sambung pembelajaran di peringkat pengajian tinggi dalam aliran teknologi tinggi seperti bidang perubatan, kejuruteraan, farmasi, bioteknologi dan cabang jurusan berkaitan.
  • Trend itu berdasarkan bilangan pelajar yang menduduki mata pelajaran Sains Tulen (Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi) dalam SPM 2023 yang merekodkan penurunan 3.33 peratus bagi Matematik Tambahan, Biologi (2.2 peratus), Fizik (1.42 peratus) dan Kimia (1.42 peratus) berbanding tahun 2022. 
  • “Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Chang Lih Kang menekankan bahawa berdasarkan kepada trend penurunan pelajar yang mengambil subjek sains tulen ini, MOSTI memerlukan strategi dan sinergi bersepadu dari semua pihak berkepentingan melalui pendekatan quadraple helix agar bakat dalam bidang STI (sains, teknologi dan inovasi) dapat dibangunkan untuk mencapai misi dan aspirasi negara maju berteknologi tinggi menjelang tahun 2030 kelak,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

KUALA LUMPUR — Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mendapati trend pelajar mengambil mata pelajaran seperti Matematik Tambahan dan tiga subjek sains tulen iaitu Fizik, Kimia dan Biologi merekodkan penurunan susulan pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 semalam.

MOSTI berkata semua mata pelajaran itu antara menjadi prasyarat membolehkan pelajar sambung pembelajaran di peringkat pengajian tinggi dalam aliran teknologi tinggi seperti bidang perubatan, kejuruteraan, farmasi, bioteknologi dan cabang jurusan berkaitan.

Trend itu berdasarkan bilangan pelajar yang menduduki mata pelajaran Sains Tulen (Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi) dalam SPM 2023 yang merekodkan penurunan 3.33 peratus bagi Matematik Tambahan, Biologi (2.2 peratus), Fizik (1.42 peratus) dan Kimia (1.42 peratus) berbanding tahun 2022. 

“Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Chang Lih Kang menekankan bahawa berdasarkan kepada trend penurunan pelajar yang mengambil subjek sains tulen ini, MOSTI memerlukan strategi dan sinergi bersepadu dari semua pihak berkepentingan melalui pendekatan quadraple helix agar bakat dalam bidang STI (sains, teknologi dan inovasi) dapat dibangunkan untuk mencapai misi dan aspirasi negara maju berteknologi tinggi menjelang tahun 2030 kelak,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

MOSTI bagaimanapun memaklumkan semua empat mata pelajaran elektif STEM membabitkan Sains Tulen (Fizik, Kimia dan Biologi) serta Matematik Tambahan menunjukkan peningkatan prestasi berbanding tahun sebelumnya. 

Katanya, mata pelajaran Fizik mencatatkan peningkatan tertinggi iaitu 0.22 dan menjadi mata pelajaran berprestasi terbaik dalam kumpulan elektif STEM dengan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) 4.15 mata.

“Pembelajaran fizik adalah amat penting dalam pelbagai bidang sains, justeru murid yang menguasai bidang ini berpotensi menjadi bakat dalam bidang kejuruteraan, sains perubatan dan pelbagai bidang teknologi. 

“Ujian Amali Sains (UAS) sebagai satu daripada kertas peperiksaan Fizik, Kimia, Biologi dan Sains Tambahan pula, adalah selari strategi memartabatkan pendidikan STEM di bawah Teras 4 Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021-2030; untuk membina Bakat STI yang Adaptif,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending