Antarabangsa
Syarikat penerbangan Israel lakukan diskriminasi terhadap wanita Arab-Muslim
Seorang wanita Arab-Muslim memfailkan aduan pada Isnin terhadap syarikat penerbangan Israel, El Al, mendakwa dia dihalang daripada menaiki penerbangan itu pada 18 Julai lalu dan tertakluk kepada saringan ketat kerana latar belakang etnik dan kepercayaannya.
- Seorang wanita Arab-Muslim memfailkan aduan pada Isnin terhadap syarikat penerbangan Israel, El Al, mendakwa dia dihalang daripada menaiki penerbangan itu pada 18 Julai lalu dan tertakluk kepada saringan ketat kerana latar belakang etnik dan kepercayaannya.
- Warganegara dan wartawan Amerika Syarikat (AS), Noor Wazwaz berkata dia cuba menaiki pesawat El Al di Newark, AS untuk melawat saudara-mara di Tebing Barat, Palestin apabila ejen keselamatan El Al Israel dan Pentadbiran Keselamatan Pengangkutan (TSA) Amerika, meletakkannya melalui pemeriksaan khas, termasuk memeriksa badan dan menanggalkan pakaiannya.
- Menurut laporan Arab news, dia kemudiannya dihalang daripada penerbangan apabila mereka mendakwa komputer ribanya diuji positif untuk “bahan letupan”.
- Seorang pegawai Jawatankuasa Anti-Diskriminasi Arab-Amerika (ADC) menyifatkan tuduhan “bahan letupan” sebagai mengarut dan menegaskan tuntutan itu sering digunakan untuk menghalang rakyat Amerika-Palestin daripada melakukan perjalanan melawat keluarga dan rakan-rakan di wilayah Palestin yang diduduki.
CHICAGO, ILLINOIS: Seorang wanita Arab-Muslim memfailkan aduan pada Isnin terhadap syarikat penerbangan Israel, El Al, mendakwa dia dihalang daripada menaiki penerbangan itu pada 18 Julai lalu dan tertakluk kepada saringan ketat kerana latar belakang etnik dan kepercayaannya.
Warganegara dan wartawan Amerika Syarikat (AS), Noor Wazwaz berkata dia cuba menaiki pesawat El Al di Newark, AS untuk melawat saudara-mara di Tebing Barat, Palestin apabila ejen keselamatan El Al Israel dan Pentadbiran Keselamatan Pengangkutan (TSA) Amerika, meletakkannya melalui pemeriksaan khas, termasuk memeriksa badan dan menanggalkan pakaiannya.
Menurut laporan Arab news, dia kemudiannya dihalang daripada penerbangan apabila mereka mendakwa komputer ribanya diuji positif untuk “bahan letupan”.
Seorang pegawai Jawatankuasa Anti-Diskriminasi Arab-Amerika (ADC) menyifatkan tuduhan “bahan letupan” sebagai mengarut dan menegaskan tuntutan itu sering digunakan untuk menghalang rakyat Amerika-Palestin daripada melakukan perjalanan melawat keluarga dan rakan-rakan di wilayah Palestin yang diduduki.
“Adalah tidak wajar bahawa seorang warga AS akan dikenakan layanan sedemikian, apatah lagi ia berlaku di sini di AS. Tiada justifikasi untuk layanan dihadapinya dan kami menuntut siasatan segera terhadap semua dasar El Al,” kata Presiden Kebangsaan ADC, Abed Ayoub dalam satu kenyataan.
“Tiada ruang untuk syarikat penerbangan yang mencipta peraturan dan prosedur berbeza untuk penumpang berbeza latar belakang kaum, agama dan etnik. Tidak ada justifikasi untuk membenarkan kakitangan keselamatan Israel menyasarkan ahli komuniti kami di lapangan terbang Amerika. Layanan dihadapi Cik Wazwaz terdahulunya dirasai warga AS yang berlatar belakang Palestin, Arab dan Islam semasa menaiki penerbangan El Al dan berterusan sehingga hari ini,” katanya.
Abed berkata Wazwaz berjaya menempah penerbangan berbeza tetapi kemudian ditahan untuk tempoh lama oleh keselamatan Israel di Lapangan Terbang Ben Gurion di Tel Aviv apabila dia tiba beberapa hari kemudian.
Wazwaz mendakwa pihak keselamatan Israel juga memadamkan dokumen dalam telefon bimbitnya yang melalui pemeriksaan keselamatan menyeluruh.
Walaupun pihak keselamatan Israel menegaskan komputer riba itu diuji positif untuk “bahan letupan,” Abed menyatakan mereka tidak melakukan sebarang ujian atau saringan tambahan dan juga menafikan peluang Wazwaz untuk mencabar dakwaan itu.
“Antara tuntutan dibuat ke atas Cik Wazwaz (oleh pegawai Israel) adalah mempertanggungjawabkan setiap kenalan dalam telefonnya yang mempunyai kod negara Palestin atau Israel.
“Apabila pengalaman pahit Cik Wazwaz akhirnya berakhir dan dia tiba di destinasinya, dia mendapati begnya digeledah dan diselongkar walaupun tiada nota diletakkan yang menjelaskan pencarian sedemikian,” kata Abed.
Sumber: Arab News