Connect with us

Antarabangsa

Syarikat penerbangan Israel lakukan diskriminasi terhadap wanita Arab-Muslim

Seorang wanita Arab-Muslim memfailkan aduan pada Isnin terhadap syarikat penerbangan Israel, El Al, mendakwa dia dihalang daripada menaiki penerbangan itu pada 18 Julai lalu dan tertakluk kepada saringan ketat kerana latar belakang etnik dan kepercayaannya.

Wartawan TMT

Published

on

Syarikat penerbangan Israel lakukan diskriminasi terhadap wanita Arab-Muslim
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Seorang wanita Arab-Muslim memfailkan aduan pada Isnin terhadap syarikat penerbangan Israel, El Al, mendakwa dia dihalang daripada menaiki penerbangan itu pada 18 Julai lalu dan tertakluk kepada saringan ketat kerana latar belakang etnik dan kepercayaannya.
  • Warganegara dan wartawan Amerika Syarikat (AS), Noor Wazwaz berkata dia cuba menaiki pesawat El Al di Newark, AS untuk melawat saudara-mara di Tebing Barat, Palestin apabila ejen keselamatan El Al Israel dan Pentadbiran Keselamatan Pengangkutan (TSA) Amerika, meletakkannya melalui pemeriksaan khas, termasuk memeriksa badan dan menanggalkan pakaiannya.
  • Menurut laporan Arab news, dia kemudiannya dihalang daripada penerbangan apabila mereka mendakwa komputer ribanya diuji positif untuk “bahan letupan”.
  • Seorang pegawai Jawatankuasa Anti-Diskriminasi Arab-Amerika (ADC) menyifatkan tuduhan “bahan letupan” sebagai mengarut dan menegaskan tuntutan itu sering digunakan untuk menghalang rakyat Amerika-Palestin daripada melakukan perjalanan melawat keluarga dan rakan-rakan di wilayah Palestin yang diduduki.

CHICAGO, ILLINOIS: Seorang wanita Arab-Muslim memfailkan aduan pada Isnin terhadap syarikat penerbangan Israel, El Al, mendakwa dia dihalang daripada menaiki penerbangan itu pada 18 Julai lalu dan tertakluk kepada saringan ketat kerana latar belakang etnik dan kepercayaannya.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Warganegara dan wartawan Amerika Syarikat (AS), Noor Wazwaz berkata dia cuba menaiki pesawat El Al di Newark, AS untuk melawat saudara-mara di Tebing Barat, Palestin apabila ejen keselamatan El Al Israel dan Pentadbiran Keselamatan Pengangkutan (TSA) Amerika, meletakkannya melalui pemeriksaan khas, termasuk memeriksa badan dan menanggalkan pakaiannya.

Foto: Warganegara dan wartawan Amerika Syarikat (AS), Noor Wazwaz.

Menurut laporan Arab news, dia kemudiannya dihalang daripada penerbangan apabila mereka mendakwa komputer ribanya diuji positif untuk “bahan letupan”.

Seorang pegawai Jawatankuasa Anti-Diskriminasi Arab-Amerika (ADC) menyifatkan tuduhan “bahan letupan” sebagai mengarut dan menegaskan tuntutan itu sering digunakan untuk menghalang rakyat Amerika-Palestin daripada melakukan perjalanan melawat keluarga dan rakan-rakan di wilayah Palestin yang diduduki.

“Adalah tidak wajar bahawa seorang warga AS akan dikenakan layanan sedemikian, apatah lagi ia berlaku di sini di AS. Tiada justifikasi untuk layanan dihadapinya dan kami menuntut siasatan segera terhadap semua dasar El Al,” kata Presiden Kebangsaan ADC, Abed Ayoub dalam satu kenyataan.

“Tiada ruang untuk syarikat penerbangan yang mencipta peraturan dan prosedur berbeza untuk penumpang berbeza latar belakang kaum, agama dan etnik. Tidak ada justifikasi untuk membenarkan kakitangan keselamatan Israel menyasarkan ahli komuniti kami di lapangan terbang Amerika. Layanan dihadapi Cik Wazwaz terdahulunya dirasai warga AS yang berlatar belakang Palestin, Arab dan Islam semasa menaiki penerbangan El Al dan berterusan sehingga hari ini,” katanya.

Abed berkata Wazwaz berjaya menempah penerbangan berbeza tetapi kemudian ditahan untuk tempoh lama oleh keselamatan Israel di Lapangan Terbang Ben Gurion di Tel Aviv apabila dia tiba beberapa hari kemudian. 

Wazwaz mendakwa pihak keselamatan Israel juga memadamkan dokumen dalam telefon bimbitnya yang melalui pemeriksaan keselamatan menyeluruh.

Walaupun pihak keselamatan Israel menegaskan komputer riba itu diuji positif untuk “bahan letupan,” Abed menyatakan mereka tidak melakukan sebarang ujian atau saringan tambahan dan juga menafikan peluang Wazwaz untuk mencabar dakwaan itu.

“Antara tuntutan dibuat ke atas Cik Wazwaz (oleh pegawai Israel) adalah mempertanggungjawabkan setiap kenalan dalam telefonnya yang mempunyai kod negara Palestin atau Israel.

“Apabila pengalaman pahit Cik Wazwaz akhirnya berakhir dan dia tiba di destinasinya, dia mendapati begnya digeledah dan diselongkar walaupun tiada nota diletakkan yang menjelaskan pencarian sedemikian,” kata Abed.

Sumber: Arab News

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Perang Gaza: Industri kurma Israel bimbang boikot Ramadan

Peperangan berterusan Israel ke atas Gaza menyukarkan penjualan kurma Israel di pasaran Eropah menjelang bulan Ramadan akan datang, lapor media Israel.

Wartawan TMT

Published

on

Perang Gaza: Industri kurma Israel bimbang boikot Ramadan
Foto: Produk kurma dari Israel.
  • Peperangan berterusan Israel ke atas Gaza menyukarkan penjualan kurma Israel di pasaran Eropah menjelang bulan Ramadan akan datang, lapor media Israel.
  • Kira-kira satu pertiga daripada eksport tahunan kurma Israel berlaku pada bulan Ramadan tetapi tindakan boikot dibimbangi memberi kesan kepada produk hasil negara haram itu.
  • Menurut Haaretz, kempen pengiklanan berjumlah $550,000 (RM2.628 juta) bagi promosi kurma Medjool Israel ditangguhkan berikutan kebimbangan berlakunya boikot.
  • Penolakan terhadap produk Israel dalam kalangan masyarakat Muslim meningkat berikutan pertumpahan darah berterusan di Gaza.
  • “Sesiapa yang mendekati rak dan melihat ia tertulis “Made in Israel” akan berfikir dua kali,” kata ahli perniagaan yang terlibat dengan industri kurma kepada Haaretz dipetik MEE.

Peperangan berterusan Israel ke atas Gaza menyukarkan penjualan kurma Israel di pasaran Eropah menjelang bulan Ramadan akan datang, lapor media Israel.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Kira-kira satu pertiga daripada eksport tahunan kurma Israel berlaku pada bulan Ramadan tetapi tindakan boikot dibimbangi memberi kesan kepada produk hasil negara haram itu.

Menurut Haaretz, kempen pengiklanan berjumlah $550,000 (RM2.628 juta) bagi promosi kurma Medjool Israel ditangguhkan berikutan kebimbangan berlakunya boikot.

Penolakan terhadap produk Israel dalam kalangan masyarakat Muslim meningkat berikutan pertumpahan darah berterusan di Gaza.

“Sesiapa yang mendekati rak dan melihat ia tertulis “Made in Israel” akan berfikir dua kali,” kata ahli perniagaan yang terlibat dengan industri kurma kepada Haaretz dipetik MEE.

“Sebahagian besar kurma dijual pada bulan Ramadan dan di mana sahaja mereka (masyarakat Islam) boleh membelinya daripada orang lain, mereka akan cuba menghukum kami,” katanya.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat peningkatan kempen pergerakan Boikot, Lupus dan Sekat (BDS) dalam usaha mengenakan tekanan ekonomi ke atas syarikat Israel supaya pendudukan haram ditamatkan.

Kumpulan Kempen Solidariti Palestin mengatakan kebanyakan kurma Medjool Israel ditanam di penempatan haram Tebing Barat yang diduduki peneroka haram Israel. 

Kempen-kempen memerangi pendudukan haram sering memberi peringatan supaya pengguna menyemak tempat asal pengeluaran kurma itu sebelum pembelian dilakukan. – The Merdeka Times

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending