Terkini
Semak undang-undang: Pasukan Petugas Khas Ditubuhkan – Azalina
Satu pasukan petugas khas dicadang untuk ditubuhkan bulan hadapan bagi menyemak hal-hal perundangan terutamanya dalam ruang lingkup pelaburan dan perniagaan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.

- Satu pasukan petugas khas dicadang untuk ditubuhkan bulan hadapan bagi menyemak hal-hal perundangan terutamanya dalam ruang lingkup pelaburan dan perniagaan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.
- Ini kerana beliau berkata pemerkasaaan undang-undang negara penting dalam memastikan agenda Kerajaan Perpaduan membangun negara di bawah kerangka Ekonomi MADANI kerana selain tatakelola pentadbiran yang baik, aspek perundangan juga berkait rapat dengan pembangunan ekonomi negara.
- “Kita akan kaji undang-undang baik melibatkan perniagaan besar mahupun dalam talian, kontrak jual beli, perdagangan termasuklah scammer perniagaan…selain itu ambil contoh dalam dasar perindustrian 4.0, undang-undang kebanyakan negara di ASEAN seperti Indonesia dan Thailand dah berubah, jadi kita akan lihat.
- “Pasukan petugas khas ini juga akan teliti isu-isu terkait AI (kecerdasan buatan), yang mana melibatkan penipuan teknologi dan mengkaji adakah kita ada persediaan dalam menguruskan perniagaan di dalam bidang tersebut,” katanya dalam program Selamat Pagi Malaysia siaran RTM semalam yang membicarakan tajuk Tatakelola Baik Asas Ekonomi MADANI.
KUALA LUMPUR — Satu pasukan petugas khas dicadang untuk ditubuhkan bulan hadapan bagi menyemak hal-hal perundangan terutamanya dalam ruang lingkup pelaburan dan perniagaan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.
Ini kerana beliau berkata pemerkasaaan undang-undang negara penting dalam memastikan agenda Kerajaan Perpaduan membangun negara di bawah kerangka Ekonomi MADANI kerana selain tatakelola pentadbiran yang baik, aspek perundangan juga berkait rapat dengan pembangunan ekonomi negara.
“Kita akan kaji undang-undang baik melibatkan perniagaan besar mahupun dalam talian, kontrak jual beli, perdagangan termasuklah scammer perniagaan…selain itu ambil contoh dalam dasar perindustrian 4.0, undang-undang kebanyakan negara di ASEAN seperti Indonesia dan Thailand dah berubah, jadi kita akan lihat.
“Pasukan petugas khas ini juga akan teliti isu-isu terkait AI (kecerdasan buatan), yang mana melibatkan penipuan teknologi dan mengkaji adakah kita ada persediaan dalam menguruskan perniagaan di dalam bidang tersebut,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Selamat Pagi Malaysia siaran RTM hari ini yang membicarakan tajuk Tatakelola Baik Asas Ekonomi MADANI.
Ekonomi MADANI, merupakan rangka kerja ekonomi terbaharu yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis lepas, bertujuan untuk meningkatkan ekonomi Malaysia seterusnya menyediakan limpahan hasil kepada rakyat, untuk membolehkan mereka menikmati kualiti hidup yang lebih baik.
Azalina berkata pasukan petugas khas itu, akan bekerjasama dengan universiti tempatan selain agensi yang berkaitan untuk melakukan semakan dan kajian.
Sekiranya semuanya berjalan baik, beliau optimis cadangan perubahan dan penambahbaikan undang-undang daripada pasukan petugas khas itu, boleh dibentangkan pada sesi parlimen tahun hadapan.
Azalina berkata sekiranya undang-undang negara berupaya memberi perlindungan sewajarnya, tidak berat sebelah dengan memihak kepada mana-mana majikan atau golongan pekerja, malah tidak melebihkan orang kaya dan meminggirkan orang miskin serta tidak menindas kaum wanita dan kanak-kanak, pelabur akan rasa selamat dan yakin.
“Ditambah dengan keamanan negara kita, keselamatan yang berupaya kita tawarkan selain pemimpin yang kini dilihat boleh melindungi mereka dengan tatakelola yang baik, tanpa isu-isu seperti ‘bayaran belakang’, pelabur akan sampai ke Malaysia,” katanya. — BERNAMA
Sumber: Bernama
Terkini
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

- Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
- Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
- Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
- Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
- Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.
Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.
Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.
Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).
Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.
Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.
Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.
Sumber: Harian Metro
-
Terkini2 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini2 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) Wee Ka Siong terkejut ‘dimarahi’ Menteri Pendidikan di Dewan Rakyat
-
Antarabangsa3 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas