Antarabangsa
Remaja 16 tahun bocor paru-paru kerana hisap vape
Seorang remaja 16 tahun yang menghisap vape di Thailand menarik perhatian ramai apabila x-ray mendedahkan kebocoran udara di paru-paru kanannya.
- Seorang remaja 16 tahun yang menghisap vape di Thailand menarik perhatian ramai apabila x-ray mendedahkan kebocoran udara di paru-paru kanannya.
- Insiden itu dikongsikan pakar jantung, Tevin Chakrayanuyok yang berkata kesan bahaya menghisap vape adalah lebih serius daripada apa yang dijangkakan.
- Terdahulu, Tevin berkongsi sebuah hantaran bersama imej x-ray paru-paru pesakitnya dan memaklumkan seorang individu dalam berusia 16 tahun telah datang mengadu sakit dada kepadanya.
- Selepas meneliti sejarah pesakit mudanya yang kurus dan merupakan seorang penghisap vape tegar, serta mengalami sakit dada ketika bernafas, tetapi menafikan menjalankan sebarang aktiviti angkat berat.
- Hasil x-ray kemudiannya mendapati adanya kebocoran udara pada paru-paru kanannya, yang menjadi punca terjejasnya fungsi paru-paru dan sakitnya itu.
Seorang remaja 16 tahun yang menghisap vape di Thailand menarik perhatian ramai apabila x-ray mendedahkan kebocoran udara di paru-paru kanannya.
Insiden itu dikongsikan pakar jantung, Tevin Chakrayanuyok yang berkata kesan bahaya menghisap vape adalah lebih serius daripada apa yang dijangkakan, demikian lapor Thaiger.
Pakar jantung itu juga menyeru mereka yang mampu meninggalkan perbuatan menghisap vape supaya melakukannya segera.
Terdahulu, Tevin berkongsi sebuah hantaran bersama imej x-ray paru-paru pesakitnya dan memaklumkan seorang individu dalam berusia 16 tahun telah datang mengadu sakit dada kepadanya.
Selepas meneliti sejarah pesakit mudanya yang kurus dan merupakan seorang penghisap vape tegar, serta mengalami sakit dada ketika bernafas, tetapi menafikan menjalankan sebarang aktiviti angkat berat.
Hasil x-ray kemudiannya mendapati adanya kebocoran udara pada paru-paru kanannya, yang menjadi punca terjejasnya fungsi paru-paru dan sakitnya itu.
Pesakit itu turut mengadu mengalami keletihan atau sakit dada dan tidak dapat bernafas sepenuhnya. Kes seperti itu seringkali dikatakan berpunca daripada penggunaan vape, pod atau e-rokok.
E-rokok mempunyai nikotin yang lebih tinggi dari rokok biasa, selain penggunaan propylene glycol dan bahan-bahan perasa, e-rokok dikatakan tidak lebih selamat berbanding rokok lain.
Penyelidikan prospektif jangka panjang berkemungkinan untuk diwujudkan tetapi agak sukar untuk ianya dijalankan kerana komponen bahan dalam satu-satu e-rokok itu nilainya berbeza.
Dengan terdedahnya pengguna kepada pelbagai bahan-bahan dalam e-rokok, tiada kajian tuntas setakat ini yang membuktikan bahawa ia selamat seperti penggunaan mana-mana ubatan.
Sumber: Thaiger
Antarabangsa
Jururawat bantu Gaza selepas 7 Oktober ditahan pihak berkuasa Perancis
Penahanan jururawat Perancis, Imane Maarifi yang sebelum ini memasuki Gaza dan berkhidmat selama 15 hari di wilayah konflik itu mencetuskan reaksi balas di negara itu pada Khamis.
- Penahanan jururawat Perancis, Imane Maarifi yang sebelum ini memasuki Gaza dan berkhidmat selama 15 hari di wilayah konflik itu mencetuskan reaksi balas di negara itu pada Khamis.
- Agensi berita Anadolu melaporkan pengasas platform atas talian Islamophobia, peguam Rafik Chekkat berkata Maarifi ditahan pada waktu pagi ketika berada di rumahnya.
- Beliau mengkritik penahanan itu dan berkata ia berlaku ketika tentera Perancis yang bertempur di Gaza “menikmati kekebalan penuh”.
- Maarifi dikenali sebagai salah seorang warga negara Perancis pertama yang memasuki Gaza sejak 7 Oktober tahun lalu, berkhidmat selama 15 hari di Hospital Eropah di Khan Younis.
Penahanan jururawat Perancis, Imane Maarifi yang sebelum ini memasuki Gaza dan berkhidmat selama 15 hari di wilayah konflik itu mencetuskan reaksi balas di negara itu pada Khamis.
Agensi berita Anadolu melaporkan pengasas platform atas talian Islamophobia, peguam Rafik Chekkat berkata Maarifi ditahan pada waktu pagi ketika berada di rumahnya.
Beliau mengkritik penahanan itu dan berkata ia berlaku ketika tentera Perancis yang bertempur di Gaza “menikmati kekebalan penuh”.
Seorang Ahli Parlimen dari parti La France Insoumise (LFI), Thomas Portes memaklumkan bahawa Maarifi telah dibebaskan daripada tahanan.
“Penggeledahan rumah di hadapan keluarganya tidak meragukan niat menakut-nakutkan suara yang bangkit menyokong rakyat Palestin dan tuntutan segera gencatan senjata,” tulis ahli parlimen itu di platform X.
Maarifi sebelum ini hadir di perhimpunan pro-Palestin di Perancis untuk berkongsi pengalaman tentang keadaan kritikal disaksikannya di Gaza.
Dia juga menyatakan tuntutan gencatan senjata segera di Gaza dan pemboikotan ke atas syarikat-syarikat menyokong Israel.
Maarifi dikenali sebagai salah seorang warga negara Perancis pertama yang memasuki Gaza sejak 7 Oktober tahun lalu, berkhidmat selama 15 hari di Hospital Eropah di Khan Younis.
Lebih 40,800 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, dibunuh rejim zionis Israel dan hampir 94,300 cedera, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan. – The Merdeka Times
-
Kolumnis3 days ago
Kenapa negeri lain perlu memasukkan kuasa Mahkamah Syariah di dalam Undang-Undang Tubuh Negeri?
-
Terkini4 days ago
China tuntut Malaysia segera hentikan aktiviti di perairan kaya minyak berhampiran Sarawak
-
Terkini3 days ago
Kezaliman, fasisme berlaku jika ‘tangan’ majoriti perintah negara kenyataan fitnah berniat jahat – MP PKR
-
Antarabangsa3 days ago
Harta benda komuniti Muslim di Telangana diserang dan dibakar perusuh