Connect with us

Antarabangsa

Rejim Israel bunuh pejuang Briged Syahid Al-Aqsa

Tentera Israel membunuh seorang lelaki Palestin bersenjata semasa serbuan sehingga tercetusnya pertempuran di bandar Jenin di Tebing Barat yang diduduki, menurut pegawai perubatan dan kumpulan pejuang.

Wartawan TMT

Published

on

Rejim Israel bunuh pejuang Briged Syahid Al-Aqsa
Foto: Penduduk Palestin di Jenin membawa jenazah Mustafa al-Kastouni, yang terbunuh dalam serbuan Israel di Tebing Barat.
  • Tentera Israel membunuh seorang lelaki Palestin bersenjata semasa serbuan sehingga tercetusnya pertempuran di bandar Jenin di Tebing Barat yang diduduki, menurut pegawai perubatan dan kumpulan pejuang.
  • Lelaki yang maut, Mustafa al-Kastouni, 32, adalah pegawai kanan Briged Syahid Al-Aqsa, sayap bersenjata pergerakan Fatah, pimpinan Presiden Mahmoud Abbas.
  • “Sepucuk pistol dan sedozen bom dirampas dalam operasi itu, di mana seorang askar cedera ringan,” menurut kenyataan tentera.
  • Menurut saksi, tentera Israel meletupkan sebuah rumah milik keluarga mangsa dan sebuah kedai roti lain.
  • Tebing Barat adalah antara wilayah di mana rakyat Palestin berusaha menubuhkan sebuah negara, namun kini ditawan oleh Israel.

JENIN: Tentera Israel membunuh seorang lelaki Palestin bersenjata semasa serbuan sehingga tercetusnya pertempuran di bandar Jenin di Tebing Barat yang diduduki, menurut pegawai perubatan dan kumpulan pejuang.

Kementerian Kesihatan Palestin berkata, seorang kakitangannya wanita turut cedera parah.

Lelaki yang maut, Mustafa al-Kastouni, 32, adalah pegawai kanan Briged Syahid Al-Aqsa, sayap bersenjata pergerakan Fatah, pimpinan Presiden Mahmoud Abbas.

Tentera Israel berkata, pihak tentera diserang dan mereka terpaksa menembak balik ketika misi menangkap suspek yang juga anggota pejuang yang disokong Iran.

“Sepucuk pistol dan sedozen bom turut dirampas dalam operasi itu, di mana seorang askar cedera ringan,” menurut kenyataan tentera.

Sementara itu, menurut saksi, tentera Israel meletupkan sebuah rumah milik keluarga mangsa dan sebuah kedai roti lain.

Keganasan di Tebing Barat bertambah buruk sejak 15 bulan lalu dengan peningkatan serbuan Israel, serangan jalanan di Palestin dan serangan oleh peneroka Yahudi ke atas perkampungan Palestin.

Advertisement

Tebing Barat adalah antara wilayah di mana rakyat Palestin berusaha untuk menubuhkan sebuah negara, namun kini ditawan oleh Israel.

Israel sejak sekian lama memanjangkan krisis di wilayah itu, manakala rakyat Palestin berpecah antara pentadbiran yang disokong Barat dan kumpulan Hamas yang menolak hidup bersama dengan Israel.

Sumber: Berita Harian

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS

Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul.

KUALA LUMPUR – Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.

Perkara itu disebutnya dalam temu ramah dengan Christiane Amanpour di CNN hari ini ketika diajukan kenyataan mengenai sifat kemanusiaan di Gaza kini pada tahap yang tidak sepatutnya boleh diterima. 

“Kamu menyebut tentang keganasan seksual, saya (merupakan) sebahagian dari proses pemeriksaan hak asasi manusia, menapis persenjataan diberikan kepada Israel.

“Organisasi kebajikan dengan nama Pertahanan Antarabangsa Kanak-kanak Palestin (DCIP) menarik perhatian kami, berkenaan satu serangan seksual atau sebenarnya satu (kes) rogol kanak-kanak lelaki berumur 13 tahun yang berlaku di penjara Israel di Moscovia di Jerusalem (Baitulmaqdis).

“Kami menyiasat dakwaan ini, kami dapati ia boleh dipercayai dan kami mempertanggungjawabkan perkara itu ke atas kerajaan Israel,” katanya.

Paul turut menceritakan tindakan tentera zionis Israel pada keesokan harinya menyerbu organisasi yang menyimpan maklumat kanak-kanak Palestin dalam tahanan rejim Israel itu.

Advertisement

“Kamu tahu apa yang berlaku keesokan harinya?, IDF (tentera rejim zionis Israel) memasuki pejabat pegawai DCIP, rampas komputer mereka, dan isytiharkan mereka sebagai sebuah entiti pengganas,” katanya kepada Amanpour.

Paul berkata kekejaman tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa pun, samada kekejaman pencabulan seksual atau apa sahaja pencabulan melampau hak asasi manusia.

Statistik DCIP menunjukkan, setakat hari ini, 156 kanak-kanak ditahan atas sebab “keselamatan”, 23 kanak-kanak ditahan atas sebab undang-undang dengan catatan kemas kini terakhir pada September lalu.

Manakala jumlah kematian kanak-kanak pada 2023 disebabkan peluru hidup dilaporkan DCIP adalah 92 mangsa dengan kemas kini terakhir pada bulan ini. – The Merdeka Times

Sumber: Youtube – CNN, Defence for Children International Palestine

 

View this post on Instagram

 

Advertisement

A post shared by THE MERDEKA TIMES (TMT) (@themerdekatimes)

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending