Terkini
Posting media sosial persoalkan status ‘amicus curiae’ SIS tidak tepat, mengelirukan – PKPMP
Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia (PKPMP) menyifatkan kenyataan dalam posting pemilik akaun Facebook Lukman Sheriff berkaitan status ‘amicus curiae’ Sister in Islam (SIS) adalah tidak tepat dan cuba mengelirukan orang awam.
- Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia (PKPMP) menyifatkan kenyataan dalam posting pemilik akaun Facebook Lukman Sheriff berkaitan status ‘amicus curiae’ Sister in Islam (SIS) adalah tidak tepat dan cuba mengelirukan orang awam.
- PKPMP dalam kenyataannya hari ini berkata, berdasarkan rekod untuk kes Nik Elin Zurina Binti Nik Abdul Rashid & 1 lagi v Kerajaan Negeri Kelantan, selain Sisters in Islam, terdapat dua (2) lagi pihak iaitu Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan serta Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan yang telah dibenarkan untuk menjadi amicus curiae (sahabat mahkamah).
- “Manakala Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia, Badan Peguam Syarie Wilayah Persekutuan, Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis serta Badan Peguam Malaysia dibenarkan menjadi watching brief dalam prosiding tersebut,” kata PKPMP dalam kenyataan disiarkan di Facebook.
- PKPMP menyatakan SIS membuat permohonan untuk menjadi amicus curiae pada 20 April 2023, manakala permohonan Persatuan Peguam Muslim Malaysia dibuat pada 4 Ogos 2023 dan Badan Peguam Syarie Wilayah Persekutuan pada 7 Ogos 2023 iaitu kurang dua minggu dari tarikh pendengaran yang ditetapkan lebih awal.
KUALA LUMPUR – Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia (PKPMP) menyifatkan kenyataan dalam posting pemilik akaun Facebook Lukman Sheriff berkaitan status ‘amicus curiae’ Sister in Islam (SIS) adalah tidak tepat dan cuba mengelirukan orang awam.
PKPMP dalam kenyataannya hari ini berkata, berdasarkan rekod untuk kes Nik Elin Zurina Binti Nik Abdul Rashid & 1 lagi v Kerajaan Negeri Kelantan, selain Sisters in Islam, terdapat dua (2) lagi pihak iaitu Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan serta Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan yang telah dibenarkan untuk menjadi amicus curiae (sahabat mahkamah).
“Manakala Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia, Badan Peguam Syarie Wilayah Persekutuan, Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis serta Badan Peguam Malaysia dibenarkan menjadi watching brief dalam prosiding tersebut,” kata PKPMP dalam kenyataan disiarkan di Facebook.
PKPMP menyatakan SIS membuat permohonan untuk menjadi amicus curiae pada 20 April 2023, manakala permohonan Persatuan Peguam Muslim Malaysia dibuat pada 4 Ogos 2023 dan Badan Peguam Syarie Wilayah Persekutuan pada 7 Ogos 2023 iaitu kurang dua minggu dari tarikh pendengaran yang ditetapkan lebih awal.
“Pejabat ini mengambil serius pihak-pihak tertentu yang mengeluarkan kenyataan yang boleh mengelirukan orang awam dan meminta orang ramai untuk lebih berhati-hati dalam berkongsi laporan atau posting yang tidak tepat di media sosial,” kata PKPMP.
Terdahulu, posting di akaun Facebook milik Lukman Sheriff mendapat perhatian apabila beliau menyatakan hanya Sister in Islam (SIS) berjaya menjadi status amicus curiae, setakat ini, dalam kes cabaran Enakmen Jenayah Syariah Kelantan yang akan dibicarakan di Mahkamah Persekutuan dalam masa terdekat.
“Setakat hari ini, Sisters in Islam (SIS) berjaya mendapat status amicus curiae di mana mereka jika diizinkan oleh mahkamah boleh beri pandangan dan berhujah. Manakala Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) dan Badan Peguam Syarie Wilayah Persekutuan tidak dapat menjadi amicus dan sekadar peguam pemerhati. Maknanya tiada peluang berhujah. Status permohonan badan lain belum ditentukan lagi setahu saya. Kita tunggu dan lihat,” demikian menurut posting itu. – The Merdeka Times
Sumber: Kenyataan Facebook Badan Kehakiman Malaysia | The Malaysian Judiciary