Terkini
Kesetiaan utama wakil rakyat untuk negeri bukan parti politik – Tuanku Muhriz
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir mengingatkan kepada semua wakil rakyat di negeri ini yang telah dipilih pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu untuk memberikan fokus dan keutamaan kepada kepentingan serta perkhidmatan untuk rakyat negeri ini.
- Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir mengingatkan semua wakil rakyat di negeri ini yang dipilih pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu untuk memberikan fokus dan keutamaan kepada kepentingan serta perkhidmatan untuk rakyat negeri ini.
- Baginda menegaskan, kesetiaan utama mereka untuk negeri dan bukannya kepada mana-mana parti politik ataupun keperluan peribadi.
- “Negeri ini amat memerlukan pemimpin yang beramanah tinggi, bermaruah tinggi dan berpendirian tinggi, dalam Bahasa Inggeris, persons of honour sesuai dengan gelaran Yang Berhormat yang kamu terima. Menyalahgunakan kuasa dan kedudukan yang ada akan menjurus kepada ketidakadilan serta kerapuhan pelaksanaan sesuatu dasar yang dirangka untuk kebaikan rakyat,” titah baginda.
- Tuanku Muhriz bertitah demikian pada Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus di Istana Besar Seri Menanti di sini semalam.
KUALA PILAH: Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir mengingatkan kepada semua wakil rakyat di negeri ini yang telah dipilih pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu untuk memberikan fokus dan keutamaan kepada kepentingan serta perkhidmatan untuk rakyat negeri ini.
Baginda menegaskan, kesetiaan utama mereka adalah untuk negeri dan bukannya kepada mana-mana parti politik ataupun keperluan peribadi.
“Beta mengingatkan semua wakil rakyat yang telah dipilih, bahawa kamu telah diamanahkan oleh rakyat untuk menyuarakan segala permasalahan serta keperluan mereka dalam merangka dan melaksanakan sesuatu dasar atau keputusan.
“Justeru, fokus dan keutamaan kamu adalah kepada kepentingan dan perkhidmatan untuk rakyat negeri ini. Ini kerana kesetiaan utama kamu ialah untuk negeri, bukannya kepada mana-mana parti politik ataupun keperluan peribadi.
“Negeri ini amat memerlukan pemimpin yang beramanah tinggi, bermaruah tinggi dan berpendirian tinggi, dalam Bahasa Inggeris, persons of honour sesuai dengan gelaran Yang Berhormat yang kamu terima. Menyalahgunakan kuasa dan kedudukan yang ada akan menjurus kepada ketidakadilan serta kerapuhan pelaksanaan sesuatu dasar yang telah dirangka untuk kebaikan rakyat,” titah baginda.
Tuanku Muhriz bertitah demikian pada Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus di Istana Besar Seri Menanti di sini semalam.
Pada istiadat itu, baginda melantik Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan.
Baginda dalam pada itu turut mengucapkan tahniah kepada semua wakil yang telah dipilih oleh rakyat untuk ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan dalam PRN yang berlangsung 12 Ogos yang lalu.
“Alhamdulillah, proses pilihan raya telah berjalan dengan lancar tanpa kekacauan dan kekecohan yang serius. Di kesempatan ini juga, Beta menzahirkan ucapan terima kasih kepada bekas Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan yang telah memberikan khidmat pada penggal yang lepas.
“Kepada calon yang tidak dipilih dalam pilihan raya kali ini, Beta berharap kamu semua terus menabur bakti dan sumbangan kepada masyarakat,” titah baginda lagi.
Sumber: Utusan Malaysia
Antarabangsa
Israel rekrut pelarian Afrika, janji status penempatan tetap
Israel merekrut pelarian Afrika untuk operasi berisiko tinggi di Gaza sebagai pertukaran untuk status penempatan tetap di negara itu, demikian menurut sumber.
- Israel merekrut pelarian Afrika untuk operasi berisiko tinggi di Gaza sebagai pertukaran untuk status penempatan tetap di negara itu, demikian menurut sumber.
- Pegawai pertahanan memberitahu Haaretz bahawa projek itu dijalankan di bawah bimbingan penasihat undang-undang badan pertahanan dengan cara teratur.
- Terdapat kira-kira 30,000 pencari suaka Afrika di Israel yang berdepan tekanan meningkat daripada ahli politik anti-imigran, termasuk Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, yang sering merujuk mereka sebagai “penyusup”.
- Menurut Haaretz, tiada seorang pun pencari suaka yang menyertai usaha perang itu telah diberikan status rasmi setakat ini dan sumber pertahanan menyatakan isu etika berkaitan perekrutan pencari suaka belum ditangani.
- Laporan itu menyebut pencari suaka digunakan dalam pelbagai operasi, memetik sumber ketenteraan.
Israel merekrut pelarian Afrika untuk operasi berisiko tinggi di Gaza sebagai pertukaran untuk status penempatan tetap di negara itu, demikian menurut sumber.
Pegawai pertahanan memberitahu Haaretz bahawa projek itu dijalankan di bawah bimbingan penasihat undang-undang badan pertahanan dengan cara teratur.
Terdapat kira-kira 30,000 pencari suaka Afrika di Israel yang berdepan tekanan meningkat daripada ahli politik anti-imigran, termasuk Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, yang sering merujuk mereka sebagai “penyusup”.
Seorang lelaki ditemu bual Haaretz yang akhirnya memilih untuk tidak menyertai tentera menceritakan kisahnya didekati pegawai keselamatan untuk melibatkannya dalam peperangan.
Pegawai itu menjelaskan selepas tempoh latihan dua minggu, dia akan dikerahkan bersama pencari suaka lain.
“Saya bertanya, ‘apa yang saya dapat?’ walaupun sebenarnya saya tidak mencari apa-apa.
“Tetapi kemudian dia memberitahu saya: ‘Jika awak ikut jalan ini, awak boleh menerima dokumen daripada negara Israel.’ Dia meminta saya menghantar salinan fotokopi kad pengenalan saya dan berkata dia akan menguruskan perkara itu,” kata lelaki dikenali sebagai A dipetik Middle East Eye.
Menurut Haaretz, tiada seorang pun pencari suaka yang menyertai usaha perang itu telah diberikan status rasmi setakat ini dan sumber pertahanan menyatakan isu etika berkaitan perekrutan pencari suaka belum ditangani.
Laporan itu menyebut pencari suaka digunakan dalam pelbagai operasi, memetik sumber ketenteraan.
Haaretz juga melaporkan “cara bagaimana tentera Israel mengerahkan pencari suaka dilarang untuk diterbitkan” kerana sekatan yang dikenakan penapisan tentera Israel. – The Merdeka Times
-
Terkini4 days ago
Kes GISBH, bukan di bawah bidang kuasa JAKIM – PKPU
-
Terkini4 days ago
Kajian GISBH sudah dibentang kepada JAKIM, tapi tiada tindakan – Dr Maza
-
Terkini4 days ago
GISB: Anwar arah pihak berkuasa, majlis agama segera siasat, ambil tindakan
-
Antarabangsa4 days ago
The Bibi Files: Netanyahu gagal sekat tayangan dokumentari salah lakunya