Connect with us

Terkini

Kerajaan terus cari jalan pastikan harga barang tidak bebani rakyat – PM

Kerajaan akan terus mencari jalan bagi memastikan harga barang di Malaysia berada pada paras yang tidak membebankan rakyat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Wartawan TMT

Published

on

Kerajaan terus cari jalan pastikan harga barang tidak bebani rakyat - PM
Foto: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Kerajaan akan terus mencari jalan bagi memastikan harga barang di Malaysia berada pada paras yang tidak membebankan rakyat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Beliau berkata ia termasuk meningkatkan pengeluaran produk makanan dalam negara serta langkah tambahan daripada kerajaan.
  • Perdana Menteri juga berkata usaha bagi memastikan harga barang berada pada paras yang tidak membebankan rakyat bukanlah suatu perkara mudah untuk dilakukan namun kerajaan tetap akan mencari jalan untuk melaksanakannya dan tidak boleh ‘lepas tangan.’
  • “Minggu lalu India pun naik cukai 40 peratus, maknanya ada hari kita boleh kawal, ada hari yang susah nak kawal kerana India naik cukai 40 peratus bagi nak eksport bawang ini. Kita nak tanam ambil masa sikit sebelum ada hasil,” katanya.

IPOH: Kerajaan akan terus mencari jalan bagi memastikan harga barang di Malaysia berada pada paras yang tidak membebankan rakyat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata ia termasuk meningkatkan pengeluaran produk makanan dalam negara serta langkah tambahan daripada kerajaan.

Justeru, Perdana Menteri memberi jaminan kerajaan tidak memandang ringan isu itu meskipun mendapat kecaman daripada orang ramai yang tidak memahami secara menyeluruh mengenai masalah kenaikan harga barang.

“Contoh paling baik itu (langkah kerajaan) macam kerja (Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup) Datuk Seri Salahuddin Ayub (yang meninggal dunia baru-baru ini).

“Dia sentiasa fikir macam mana nak berunding dengan syarikat, kedai dan pengeluar, bagaimana nak kurangkan harga.

“Tetapi seluruh dunia menghadapi masalah ini dan kita masih cuba selesaikan dengan sebaik mungkin, sekarang sudah (Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk) Armizan (Mohd Ali) turut membantu untuk tengok, kawal kerja-kerja di kementerian supaya hal ini dapat diteruskan dan kita ambil langkah-langkah tambahan,” katanya.

Anwar berkata demikian ketika berucap merasmikan program Jualan Rahmah Mega@Tambun di Pekarangan Tempat Letak Kereta sebuah pasar raya di sini hari semalam.

Perdana Menteri juga berkata usaha bagi memastikan harga barang berada pada paras yang tidak membebankan rakyat bukanlah suatu perkara mudah untuk dilakukan namun kerajaan tetap akan mencari jalan untuk melaksanakannya dan tidak boleh ‘lepas tangan.’

Beliau turut berkongsi masalah yang dihadapi oleh kerajaan dalam isu itu dengan memberi contoh beberapa hari lepas, India telah menaikkan cukai sebanyak 40 peratus untuk eksport bawang putih dan bawang merah.

“Minggu lalu India pun naik cukai 40 peratus, maknanya ada hari kita boleh kawal, ada hari yang susah nak kawal kerana India naik cukai 40 peratus bagi nak eksport bawang ini. Kita nak tanam ambil masa sikit sebelum ada hasil.

“Tetapi kalau setakat ayam dan telur, sekurang-kurangnya Alhamdulillah, semasa kita perintah ini ada ayam dan telur… kemudian kerajaan terpaksa bayar subsidi untuk tampung harga ayam, kalau kita tak bayar harga subsidi, harga akan tinggi,” katanya.

Justeru, Anwar berkata sudah tentu kerajaan memerlukan perancangan untuk masa depan seperti memastikan lebih banyak pengeluaran dalam negara supaya Malaysia tidak terlalu bergantung kepada barangan import.

“Saya telah arah semua syarikat besar kerajaan macam Sime Darby, Guthrie, Felda… kena fikir dah bab ini kerana kita import barangan makanan terlalu banyak, Malaysia ini tanah subur tetapi kita import semua barang makanan.

“Jadi, kita dah arah supaya syarikat-syarikat ini juga bawa keluaran hasil yang lebih besar. Sebab itu Khazanah umpamanya, bekerjasama dengan syarikat Farm Fresh dan sebagainya untuk keluaran dalam negeri,” katanya.

Perdana Menteri berkata melalui cara ini, kos sesuatu produk boleh direndahkan kerana ia dihasilkan dalam negara.

“Kalau import tentu harganya lebih tinggi,” katanya.

Program Jualan Rahmah Mega@Tambun, yang dihadiri kira-kira 8,000 pengunjung, berjaya mencatat nilai jualan sebanyak RM270,000 bagi 36 produk.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Jangan terpedaya helah sami palsu minta sedekah – Majlis Bandaraya Pulau Pinang

Orang awam khususnya pelanggan di pasar, kompleks makanan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) diingatkan supaya tidak terpedaya dengan kehadiran sami-sami palsu yang difahamkan menjalankan kegiatan meminta sedekah.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Sami-sami palsu yang difahamkan menjalankan kegiatan meminta sedekah.
  • Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) berkata berdasarkan siasatan pihak Majlis didapati terdapat sindiket yang mendalangi aktiviti tidak sihat membabitkan sami palsu tersebut.
  • Pihak Majlis telah mengadakan perbincangan dan mesyuarat dengan jabatan teknikal Majlis dan agensi luar seperti Jabatan Imigresen Malaysia, PDRM, Perbadanan Harmoni Pulau Pinang, Malaysian Buddhist Association dan United Buddhist Organisation Malaysia untuk membanteras kehadiran kelompok sami palsu itu di pasar kompleks makanan Majlis. 
  • “Kerjasama semua orang awam terutamanya para pelanggan di pasar atau kompleks makanan adalah dimohon supaya lebih peka dan tidak terpedaya dengan kehadiran mereka dalam meminta sedekah. 
  • “Sekiranya ingin menghulurkan bantuan, adalah digalakkan secara memberi makanan dan bukan wang ringgit kepada sami-sami palsu ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini pada Rabu.

KUALA LUMPUR — Orang awam khususnya pelanggan di pasar, kompleks makanan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) diingatkan supaya tidak terpedaya dengan kehadiran sami-sami palsu yang difahamkan menjalankan kegiatan meminta sedekah.

MBPP berkata berdasarkan siasatan pihak Majlis didapati terdapat sindiket yang mendalangi aktiviti tidak sihat membabitkan sami palsu tersebut.

Sehubungan itu, pihak Majlis telah mengadakan perbincangan dan mesyuarat dengan jabatan teknikal Majlis dan agensi luar seperti Jabatan Imigresen Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Perbadanan Harmoni Pulau Pinang (Harmonico), Malaysian Buddhist Association dan United Buddhist Organisation Malaysia untuk membanteras kehadiran kelompok sami palsu itu di pasar kompleks makanan Majlis. 

“Kerjasama semua orang awam terutamanya para pelanggan di pasar atau kompleks makanan adalah dimohon supaya lebih peka dan tidak terpedaya dengan kehadiran mereka dalam meminta sedekah. 

“Sekiranya ingin menghulurkan bantuan, adalah digalakkan secara memberi makanan dan bukan wang ringgit kepada sami-sami palsu ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini pada Rabu.

Difahamkan, hari ini Ahli Majlis Tan Soo Siang, Pengerusi Gantian Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam bersama Ahli Majlis Choong You Ray dan Quah Boon Lim telah mengadakan satu sidang media khas di Kompleks Makanan Batu Lanchang, Pulau Pinang untuk menguar-uarkan kepada orang awam terutama pelanggan di pasar, kompleks makanan Majlis supaya tidak terpedaya dengan kehadiran sami-sami palsu itu.

Selepas sidang media tersebut, beberapa Ahli Majlis bersama pegawai Jabatan Pelesenan mengedarkan pelekat peringatan kepada para peniaga dan turut meletakkannya di atas meja makan untuk memberi maklumat dan kesedaran kepada orang awam.

Foto beberapa Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang, termasuk Tan Soo Siang (tengah) yang dimuat naik MBPP di Facebook hari ini.

MBPP berkata untuk menangani masalah isu sami palsu tersebut, pihak Majlis akan  mengadakan beberapa langkah pencegahan antaranya melakukan Operasi Serbu Bersepadu bersama agensi-agensi pihak berkuasa seperti PDRM dan Imigresen serta sami-sami yang dikesan akan diminta meninggalkan bangunan pasar atau kompleks makanan dengan serta-merta.

Antara lokasi yang kerap menjadi kunjungan sami-sami palsu tersebut adalah Tapak Penjaja Lebuh Cecil; Pasar Jelutong; Pasar dan Kompleks Makanan Batu Lanchang; Pasar dan Kompleks Makanan Bayan Baru; Pasar Ayer Itam; Pasar dan Kompleks Makanan Padang Tembak; Kompleks medan angsana; PSS Jalan Chowrasta; Pasar Pulau Tikus; Kompleks Lebuh Pitt; Kompleks Lorong Stewart dan Tapak Penjaja Lorong Baru. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending