Connect with us

Antarabangsa

Elon Musk akui aplikasi X ‘mungkin gagal’

Hartawan terkemuka, Elon Musk mengakui platform media sosial, X `mungkin gagal’ selepas masalah teknikal dialami menyebabkan gambar-gambar lama dimuat naik sebelum ini di Twitter terpadam secara sendiri.

Wartawan TMT

Published

on

Elon Musk akui aplikasi X ‘mungkin gagal’
Foto: Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk.
  • Hartawan terkemuka, Elon Musk mengakui platform media sosial, X `mungkin gagal’ selepas masalah teknikal dialami menyebabkan gambar-gambar lama dimuat naik sebelum ini di Twitter terpadam secara sendiri.
  • Lapor The Guardian, gangguan tersebut menyebabkan kebanyakan gambar yang disiarkan sebelum Disember 2014 terpadam.
  • “Hakikatnya, tiada mana-mana `rangkaian media sosial’ yang hebat pada masa ini.
  • “Kami mungkin gagal sepertimana dijangkakan ramai namun kami akan berusaha sedaya upaya untuk memberikan yang terbaik,” katanya dalam satu catatan di platform X.

WASHINGTON: Hartawan terkemuka, Elon Musk mengakui platform media sosial, X `mungkin gagal’ selepas masalah teknikal dialami menyebabkan gambar-gambar lama dimuat naik sebelum ini di Twitter terpadam secara sendiri.

Lapor The Guardian, gangguan tersebut menyebabkan kebanyakan gambar yang disiarkan sebelum Disember 2014 terpadam.

“Hakikatnya, tiada mana-mana `rangkaian media sosial’ yang hebat pada masa ini.

“Kami mungkin gagal sepertimana dijangkakan ramai namun kami akan berusaha sedaya upaya untuk memberikan yang terbaik,” katanya dalam satu catatan di platform X.

Twitter dijenamakan semula sebagai X oleh Musk.

Minggu lalu, masalah teknikal yang berlaku menyebabkan platform itu memadamkan kebanyakan gambar dan pautan pada siaran dibuat sebelum Disember 2014.

Siaran berkenaan menunjukkan pautan tidak lengkap dan bukannya gambar serta video dimuat naik sebelum ini.

Beberapa pengguna menyedari masalah teknikal itu di platform tersebut termasuk pakar teknologi, Tom Coates yang membangkitkan isu berkenaan.

Coates menyifatkan masalah teknikal itu sebagai `vandalisme epik dilakukan Musk’ dan mendakwa ia mungkin merupakan taktik menjimatkan kos.

Berdasarkan laporan The Verge, beberapa pengguna media sosial membuat spekulasi kononnya gangguan itu dicetuskan bagi menjimatkan kos pada data penyimpanan.

“Pengguna lain pula mengaitkan masalah teknikal itu dengan perubahan dilakukan di platform pada tahun 2016 apabila ia menambah spesifikasi enhanced URL enrichment,” jelas laporan itu.

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

(VIDEO) Louisiana negeri AS pertama wajibkan paparan Sepuluh Perintah Tuhan di kelas awam

Louisiana merupakan negeri pertama Amerika Syarikat (AS) mewajibkan Sepuluh Perintah Tuhan (Ten Commandments) dipaparkan di setiap bilik kelas sekolah awam.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gabenor Republikan, Jeff Landry.

Louisiana merupakan negeri pertama Amerika Syarikat (AS) mewajibkan Sepuluh Perintah Tuhan (Ten Commandments) dipaparkan di setiap bilik kelas sekolah awam.

Undang-undang ditandatangani Gabenor Republikan Jeff Landry pada Rabu itu mewajibkan paparan bersaiz poster tertulis butiran Sepuluh Perintah Tuhan menggunakan “tulisan besar dan mudah dibaca” di semua kelas awam, dari tadika sehingga ke universiti yang dibiayai kerajaan negeri.

Pembangkang mempersoalkan keabsahan undang-undang sedemikian dan berikrar untuk mencabarnya di mahkamah. 

Penyokong pula berkata langkah itu bukan semata-mata bersifat keagamaan, tetapi juga mempunyai kepentingan sejarah. 

Dalam bahasa undang-undang, Sepuluh Perintah Tuhan adalah “dokumen asas bagi kerajaan negeri dan negara kita.”

Poster-poster tersebut akan disertakan bersama empat perenggan “penjelasan konteks” menerangkan bagaimana Sepuluh Perintah Tuhan menjadi “bahagian penting dalam pendidikan awam Amerika selama hampir tiga abad,” yang mesti lengkap dipasang di bilik darjah menjelang awal 2025.

Di bawah undang-undang ini, dana negeri tidak akan digunakan bagi melaksanakan mandat tersebut tetapi poster-poster terbabit akan dibiayai melalui sumbangan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending