Antarabangsa
Apple, Walt Disney tarik iklan di X, dakwa Elon Musk anti-Semitik
Apple dan Walt Disney menjadi antara syarikat gergasi terbaharu yang menggantung pengiklanan di platform X selepas memutuskan hubungan dengan laman media sosial itu pada Jumaat.
- Apple dan Walt Disney antara syarikat gergasi terbaharu menggantung pengiklanan di platform X selepas memutuskan hubungan dengan laman media sosial itu pada Jumaat.
- Agensi berita United Press International (UPI) melaporkan, keputusan itu dibuat sebagai tindak balas kepada komen pemilik syarikat X, Elon Musk awal minggu lalu yang dilihat sebagai anti-Semitik.
- Bukan itu sahaja, Kesatuan Eropah (EU), syarikat teknologi IBM dan Lions Gate Entertainment pada Jumaat lalu juga mengesahkan pihaknya menggantung pengiklanan di platform X.
- “Kami telah menyaksikan peningkatan membimbangkan maklumat palsu dan ucapan kebencian di beberapa platform media sosial dalam beberapa minggu kebelakangan ini dan X pastinya terlibat dalam hal itu,” kata jurucakap Suruhanjaya Eropah, Johannes Bahrke.
WASHINGTON – Apple dan Walt Disney menjadi antara syarikat gergasi terbaharu yang menggantung pengiklanan di platform X selepas memutuskan hubungan dengan laman media sosial itu pada Jumaat.
Agensi berita United Press International (UPI) melaporkan, keputusan itu dibuat sebagai tindak balas kepada komen pemilik syarikat X, Elon Musk awal minggu lalu yang dilihat sebagai anti-Semitik.
Bukan itu sahaja, Kesatuan Eropah (EU), syarikat teknologi IBM dan Lions Gate Entertainment pada Jumaat lalu juga mengesahkan pihaknya telah menggantung pengiklanan di platform X.
“Kami telah menyaksikan peningkatan membimbangkan maklumat palsu dan ucapan kebencian di beberapa platform media sosial dalam beberapa minggu kebelakangan ini dan X pastinya terlibat dalam hal itu,” kata jurucakap Suruhanjaya Eropah, Johannes Bahrke.
Rabu lalu, Musk membalas satu hantaran di X mengenai satu teori konspirasi yang mendakwa bahawa orang Yahudi menghasut kebencian terhadap orang berkulit putih.
Bilionair itu dilihat bersetuju dengan hantaran berkenaan dengan menulisnya sebagai ‘kebenaran sebenar’. Dia bagaimanapun menafikan hantaran itu sebagai anti-Semitik.
Dalam pada itu, Musk dilihat bertegas dengan tindakannya dalam satu hantaran kelmarin (Jumaat).
“X Corp akan memfailkan satu tuntutan undang-undang terhadap Media Matters dan semua yang bersekongkol dalam serangan penipuan ke atas syarikat kami,” tulis Musk.
Sumber: Kosmo
Antarabangsa
Jururawat bantu Gaza selepas 7 Oktober ditahan pihak berkuasa Perancis
Penahanan jururawat Perancis, Imane Maarifi yang sebelum ini memasuki Gaza dan berkhidmat selama 15 hari di wilayah konflik itu mencetuskan reaksi balas di negara itu pada Khamis.
- Penahanan jururawat Perancis, Imane Maarifi yang sebelum ini memasuki Gaza dan berkhidmat selama 15 hari di wilayah konflik itu mencetuskan reaksi balas di negara itu pada Khamis.
- Agensi berita Anadolu melaporkan pengasas platform atas talian Islamophobia, peguam Rafik Chekkat berkata Maarifi ditahan pada waktu pagi ketika berada di rumahnya.
- Beliau mengkritik penahanan itu dan berkata ia berlaku ketika tentera Perancis yang bertempur di Gaza “menikmati kekebalan penuh”.
- Maarifi dikenali sebagai salah seorang warga negara Perancis pertama yang memasuki Gaza sejak 7 Oktober tahun lalu, berkhidmat selama 15 hari di Hospital Eropah di Khan Younis.
Penahanan jururawat Perancis, Imane Maarifi yang sebelum ini memasuki Gaza dan berkhidmat selama 15 hari di wilayah konflik itu mencetuskan reaksi balas di negara itu pada Khamis.
Agensi berita Anadolu melaporkan pengasas platform atas talian Islamophobia, peguam Rafik Chekkat berkata Maarifi ditahan pada waktu pagi ketika berada di rumahnya.
Beliau mengkritik penahanan itu dan berkata ia berlaku ketika tentera Perancis yang bertempur di Gaza “menikmati kekebalan penuh”.
Seorang Ahli Parlimen dari parti La France Insoumise (LFI), Thomas Portes memaklumkan bahawa Maarifi telah dibebaskan daripada tahanan.
“Penggeledahan rumah di hadapan keluarganya tidak meragukan niat menakut-nakutkan suara yang bangkit menyokong rakyat Palestin dan tuntutan segera gencatan senjata,” tulis ahli parlimen itu di platform X.
Maarifi sebelum ini hadir di perhimpunan pro-Palestin di Perancis untuk berkongsi pengalaman tentang keadaan kritikal disaksikannya di Gaza.
Dia juga menyatakan tuntutan gencatan senjata segera di Gaza dan pemboikotan ke atas syarikat-syarikat menyokong Israel.
Maarifi dikenali sebagai salah seorang warga negara Perancis pertama yang memasuki Gaza sejak 7 Oktober tahun lalu, berkhidmat selama 15 hari di Hospital Eropah di Khan Younis.
Lebih 40,800 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, dibunuh rejim zionis Israel dan hampir 94,300 cedera, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan. – The Merdeka Times
-
Terkini4 days ago
Kezaliman, fasisme ambil alih jika kaum majoriti memerintah negara kenyataan fitnah, melampau — Presiden WAFIQ
-
Kolumnis2 days ago
Kenapa negeri lain perlu memasukkan kuasa Mahkamah Syariah di dalam Undang-Undang Tubuh Negeri?
-
Terkini3 days ago
China tuntut Malaysia segera hentikan aktiviti di perairan kaya minyak berhampiran Sarawak
-
Terkini3 days ago
Kezaliman, fasisme berlaku jika ‘tangan’ majoriti perintah negara kenyataan fitnah berniat jahat – MP PKR