Connect with us

Terkini

Beri Anwar lebih masa untuk tingkatkan ekonomi negara – Sultan Johor

Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah supaya Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diberikan lebih banyak masa untuk meningkatkan ekonomi negara.

Wartawan TMT

Published

on

Beri Anwar lebih masa untuk tingkatkan ekonomi negara – Sultan Johor
Foto: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri) dan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar (kanan).
  • Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah supaya Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diberikan lebih banyak masa untuk meningkatkan ekonomi negara.
  • Dalam satu wawancara khas dengan Sin Chew Daily, baginda memahami cabaran kewangan yang dihadapi pentadbiran Anwar. 
  • “Anwar hanya menyedari kesulitan kewangan dihadapi kerajaan setelah mengambil alih pentadbiran,” titah baginda dalam wawancara khas dengan akhbar tempatan dalam Bahasa Cina itu.
  • Sultan Ibrahim juga menzahirkan rasa lega terhadap lawatan Perdana Menteri ke China awal tahun ini yang membawa pulang hasil yang positif.

KUALA LUMPUR –  Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah supaya Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diberikan lebih banyak masa untuk meningkatkan ekonomi negara.

Dalam satu wawancara khas dengan Sin Chew Daily, baginda memahami cabaran kewangan yang dihadapi pentadbiran Anwar. 

“Anwar hanya menyedari kesulitan kewangan dihadapi kerajaan setelah mengambil alih pentadbiran,” titah baginda dalam wawancara khas dengan akhbar tempatan dalam Bahasa Cina itu.

Sultan Ibrahim juga menzahirkan rasa lega terhadap lawatan Perdana Menteri ke China awal tahun ini yang membawa pulang hasil yang positif.

Menyentuh mengenai Anwar, Sultan Ibrahim bertitah baginda mempunyai hubungan yang baik dengan Perdana Menteri. 

“Ada kalanya, beliau meminta pandangan beta dan ada masanya, beliau memberikan cadangan kepada beta,” titah baginda.

Baginda juga menekankan pentingnya Malaysia untuk mengekalkan hubungan yang baik dengan China.

Selain itu, Sultan Johor bertitah bahawa meletakkan program Malaysia Rumah Keduaku (MM2U) di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya yang melaporkan terus kepada Perdana Menteri merupakan satu pendekatan yang tepat.

“Untuk menarik lebih banyak pelaburan, Malaysia harus menawarkan pilihan visa yang mesra pelabur dan praktikal, terutamanya dalam penilaian semula program MM2U semasa kerana fasa kedua program ini tidak mesra pemohon dan fasa ketiga lebih buruk lagi,“ titah baginda. — BERNAMA

Sumber: Bernama

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Bertenang, warga Palestin tetamu kita – Menteri Agama

Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.
  • Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
  • Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata orang ramai tidak sepatutnya membuat penilaian hanya berdasarkan tindakan segelintir individu sahaja.
  • “Mereka (rakyat Palestin) adalah tetamu kita dan kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk bertenang.
  • “Kita perlu memahami rakyat Palestin tertekan dengan keadaan di negara mereka. Keberadaan mereka di sini tanpa keluarga boleh menyebabkan mereka berasa tidak tenang,” katanya dipetik media tempatan selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan Diri Solat Jumaat pertama Masjid Az-Zahrawi Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.
  • Terdahulu, tular di media sosial sekumpulan warga Palestin membuat kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur sehingga menyebabkan kerosakan terhadap beberapa barangan di premis itu.
  • Kumpulan itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan pasukan keselamatan yang tidak membenarkan salah seorang daripada mereka untuk menginap di luar pusat berkenaan.

KUALA LUMPUR – Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata orang ramai tidak sepatutnya membuat penilaian hanya berdasarkan tindakan segelintir individu sahaja.

“Mereka (rakyat Palestin) adalah tetamu kita dan kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk bertenang.

“Kita perlu memahami rakyat Palestin tertekan dengan keadaan di negara mereka. Keberadaan mereka di sini tanpa keluarga boleh menyebabkan mereka berasa tidak tenang,” katanya dipetik media tempatan selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan Diri Solat Jumaat pertama Masjid Az-Zahrawi Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.

Mohd Na’im turut mengajak semua rakyat berdoa supaya rakyat Palestin diberikan kekuatan, kesabaran dan ketenangan.

Katanya, kerajaan akan terus berusaha dan memberi perhatian khusus terhadap perkara itu supaya insiden sedemikian tidak berulang.

Terdahulu, tular di media sosial tindakan sekumpulan warga Palestin membuat kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur sehingga menyebabkan kerosakan terhadap beberapa barangan di premis itu.

Kumpulan itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan anggota pasukan keselamatan yang tidak membenarkan salah seorang daripada mereka untuk menginap di luar pusat berkenaan. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending