Connect with us

Antarabangsa

TikTok tawar ciri baharu siaran teks sahaja

TikTok, platform media sosial yang terkenal dengan kandungan video, mengumumkan pada Isnin bahawa ia akan menawarkan siaran teks sahaja, menjadi gergasi teknologi terbaharu yang menawarkan alternatif kepada Twitter.

Published

on

TikTok tawar ciri baharu siaran teks sahaja
Foto: TikTok kini memperkenalkan ciri baharu iaitu siaran teks sahaja.
  • TikTok, platform media sosial yang terkenal dengan kandungan video, mengumumkan pada Isnin bahawa ia akan menawarkan siaran teks sahaja, menjadi gergasi teknologi terbaharu yang menawarkan alternatif kepada Twitter.
  • Siaran teks di TikTok, akan hampir menyerupai tawaran serupa di Instagram yang awal bulan ini turut melancarkan Threads iaitu pesaing kepada Twitter.
  • Tetapi tidak seperti syarikat induk Facebook, TikTok memilih untuk menyepadukan ciri teks sahaja baharunya ke dalam aplikasinya daripada melancarkan produk yang berasingan, seperti yang dilakukan Meta dengan Threads.
  • Versi TikTok akan kekal lebih visual daripada siaran Twitter atau Threads, dengan pengguna boleh menambah latar belakang warna, muzik dan pelekat pada siaran teks berkenaan.

San Francisco – TikTok, platform media sosial yang terkenal dengan kandungan video, mengumumkan pada Isnin bahawa ia akan menawarkan siaran teks sahaja, menjadi gergasi teknologi terbaharu yang menawarkan alternatif kepada Twitter.

Siaran teks di TikTok, akan hampir menyerupai tawaran serupa di Instagram yang awal bulan ini turut melancarkan Threads iaitu pesaing kepada Twitter.

Pemilik Twitter, Elon Musk pula sudah menamakan semula media sosial itu sebagai X.

Seperti Threads milik Meta, TikTok mendapat manfaat daripada saiznya, dengan kira-kira 1.4 bilion pengguna aktif bulanan, menurut tapak pakar Business of Apps.

Tetapi tidak seperti syarikat induk Facebook, TikTok memilih untuk menyepadukan ciri teks sahaja baharunya ke dalam aplikasinya daripada melancarkan produk yang berasingan, seperti yang dilakukan Meta dengan Threads.

Versi TikTok akan kekal lebih visual daripada siaran Twitter atau Threads, dengan pengguna boleh menambah latar belakang warna, muzik dan pelekat pada siaran teks berkenaan.

Syarikat milik China itu berkata, format baharu itu akan meluaskan “sempadan penciptaan kandungan untuk semua orang di TikTok” dan memanfaatkan “kreativiti” yang dilihat dalam komen dan kapsyen, kata syarikat itu.

Sebagai tambahan kepada Threads, platform yang lebih kecil seperti Mastodon, Bluesky dan Substack Notes muncul sebagai saingan berpotensi kepada Twitter.

Musk minggu lalu berkata, Twitter kehilangan kira-kira separuh daripada hasil pengiklanannya.

Sumber: Harian Metro

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author