Antarabangsa
Sudan di ambang perang saudara – PBB
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah memberi amaran bahawa Sudan kini berada di kancah perang saudara yang penuh yang mungkin ianya akan merebak ke negara-negara jiran serta menggugat kestabilan keseluruhan rantau tersebut.
- Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah memberi amaran bahawa Sudan kini berada di kancah perang saudara yang penuh yang mungkin ianya akan merebak ke negara-negara jiran serta menggugat kestabilan keseluruhan rantau tersebut.
- Amaran tersebut telah dikeluarkan oleh Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres menerusi sebuah kenyataan yang dibacakan oleh jurucakap beliau, Farhan Haq.
- Menurut Haq dalam kenyataannya, Guterres “sangat mengambil berat berkenaan peperangan yang sedang berlaku di antara pihak-pihak tentera yang telah menyebabkan Sudan kini berada di kancah perang saudara yang berskala penuh, yang berpotensi menyahstabilkan keseluruhan rantau itu”.
- Kenyataan yang sama turut menyentuh berkenaan pengabaian undang-undang kemanusiaan dan hak asasi manusia yang mana ianya adalah merbahaya dan sangat mengganggu.
SUDAN – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah memberi amaran bahawa Sudan kini berada di kancah perang saudara yang penuh yang mungkin ianya akan merebak ke negara-negara jiran serta menggugat kestabilan keseluruhan rantau tersebut.
Amaran tersebut telah dikeluarkan oleh Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres menerusi sebuah kenyataan yang dibacakan oleh jurucakap beliau, Farhan Haq.
Menurut Haq dalam kenyataannya, Guterres “sangat mengambil berat berkenaan peperangan yang sedang berlaku di antara pihak-pihak tentera yang telah menyebabkan Sudan kini berada di kancah perang saudara yang berskala penuh, yang berpotensi menyahstabilkan keseluruhan rantau itu”.
Kenyataan yang sama turut menyentuh berkenaan pengabaian undang-undang kemanusiaan dan hak asasi manusia yang mana ianya adalah merbahaya dan sangat mengganggu.
Beliau juga dalam kenyataan tersebut turut menzahirkan sokongan terhadap usaha yang dilakukan oleh blok Kesatuan Afrika dan Afrika Timur yang juga dikenali sebagai Intergovernmental Authority of Development (IGAD) dalam membantu krisis di Sudan.
Kenyataan Guterres tersebut dikeluarkan sehari setelah berlakunya sebuah serangan udara yang mensasarkan kawasan perumahan di bandar Omdurman yang telah menyebabkan sekitar 24 orang terbunuh.
Sebuah video yang dimuat naik oleh kementerian kesihatan negara tersebut menunjukkan bahagian-bahagian tubuh manusia yang telah terpisah bergelimpangan di atas tanah setelah berlakunya serangan udara tersebut.
Kumpulan Rapid Support Forces (RSF) yang kini sedang bertarung dengan pihak tentera Sudan telah mendakwa bahawa serangan udara tersebut sebenarnya telah dilakukan oleh pihak tentera Sudan dan telah membunuh 31 nyawa.
Sumber: Samudera
You must be logged in to post a comment Login