Connect with us

Antarabangsa

Program Bantuan Makanan Dunia dijangka kehabisan dana untuk Oktober

Bantuan makanan kepada rakyat Afghanistan akan berkurangan di penghujung Oktober ini, kata Pengarah Program Makanan Dunia (WFP) ketika Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terus memberi amaran terhadap pengurangan pembiayaan di tengah-tengah sekatan Taliban ke atas wanita, lapor Reuters.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Program Bantuan Makanan Dunia dijangka kehabisan dana untuk Oktober
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Bantuan makanan rakyat Afghanistan akan berkurangan di penghujung Oktober ini, kata Pengarah Program Makanan Dunia (WFP) ketika Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terus memberi amaran terhadap pengurangan pembiayaan di tengah-tengah sekatan Taliban ke atas wanita, lapor Reuters.
  • Pengarah WFP, Hsio Wei Lee berkata, ketika ini, pihaknya mengurangkan catuan dan bantuan tunai kepada rakyat Afghanistan berikutan kekangan kewangan dihadapi agensi bantuan berkenaan.
  • ā€œHanya lima juta orang yang boleh dibantu untuk beberapa bulan ini berbanding lapan juta sebelum ini.
  • ā€œPengurangan bantuan berkenaan akan bermula Ogos dan akan dihentikan Oktober depan, menurut jangkaan WFP menangani dana semasa dan bantuan kewangan yang dijanjikan oleh negara penderma dalam beberapa bulan akan datang,ā€ katanya.
  • PBB terpaksa mengurangkan permintaan pembiayaan rancangan kemanusiaannya disebabkan krisis global selain ketiadaan belanjawan tetapi diburukkan lagi oleh sekatan pentadbiran Taliban.

KABUL, 13 Zulhijjah 1444H, Ahad ā€“ Bantuan makanan kepada rakyat Afghanistan akan berkurangan di penghujung Oktober ini, kata Pengarah Program Makanan Dunia (WFP) ketika Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terus memberi amaran terhadap pengurangan pembiayaan di tengah-tengah sekatan Taliban ke atas wanita, lapor Reuters.

Pengarah WFP, Hsio Wei Lee berkata, ketika ini, pihaknya telah mengurangkan catuan dan bantuan tunai kepada rakyat Afghanistan berikutan kekangan kewangan yang dihadapi agensi bantuan berkenaan.

ā€œHanya lima juta orang yang boleh dibantu untuk beberapa bulan ini berbanding lapan juta sebelum ini.

ā€œPengurangan bantuan berkenaan akan bermula Ogos dan akan dihentikan Oktober depan, menurut jangkaan WFP menangani dana semasa dan bantuan kewangan yang dijanjikan oleh negara penderma dalam beberapa bulan akan datang,ā€ katanya.

PBB terpaksa mengurangkan permintaan pembiayaan rancangan kemanusiaannya disebabkan krisis global selain ketiadaan belanjawan tetapi diburukkan lagi oleh sekatan pentadbiran Taliban.

Sejak Disember lalu, wanita Afghanistan dilarang bekerja melainkan organisasi berkenaan diberikan pengecualian pihak berkuasa.

Situasi itu menyebabkan lebih 15 juta penduduk Afghanistan berdepan bahaya berikutan ketiadaan makanan.

Malah, WFP memerlukan AS$1 bilion untuk menyediakan bantuan makanan dan merancang pelbagai projek daripada hari ini sehingga Mac depan.

Sumber: Ismaweb

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *