Connect with us

Antarabangsa

Pertempuran etnik beragama Hindu, Kristian meletus lagi di Manipur

Sekurang-kurangnya empat lelaki cedera selepas dua kumpulan bersenjata bertempur semalam di beberapa kawasan sepanjang sempadan daerah Churachandpur dan Bishnupur di Manipur, lapor saksi kejadian. 

Wartawan TMT

Published

on

Pertempuran etnik beragama Hindu, Kristian meletus lagi di Manipur
Foto: Orang ramai mengambil bahagian dalam perarakan protes menentang keganasan etnik yang berterusan di negeri Manipur di timur laut India.
  • Sekurang-kurangnya empat lelaki cedera selepas dua kumpulan bersenjata bertempur semalam di beberapa kawasan sepanjang sempadan daerah Churachandpur dan Bishnupur di Manipur, lapor saksi kejadian. 
  • Badan Ketua Puak Orang Asli (ITLF) mendakwa seorang lelaki berumur 30 tahun maut, manakala tiga lagi cedera. 
  • Sekurang-kurangnya 150 mangsa terbunuh dan hampir 50,000 kehilangan tempat tinggal di Manipur sejak 3 Mei lalu akibat keganasan etnik antara suku dominan (Meitei) dan suku minoriti (Kuki) yang duduk di atas bukit.
  • Majoriti suku Meitei beragama Hindu, manakala etnik minoriti Kuki adalah penganut Kristian.
  • Pertempuran ganas tercetus selepas ‘Perarakan Solidariti Suku’ dianjurkan di Churachandpur pada 3 Mei lalu untuk membantah tuntutan masyarakat Meitei untuk status Suku Berjadual (ST) di India.

Sekurang-kurangnya empat lelaki cedera selepas dua kumpulan bersenjata bertempur semalam di beberapa kawasan sepanjang sempadan daerah Churachandpur dan Bishnupur di Manipur, lapor saksi kejadian. 

Tembakan dilepaskan sekitar jam 4 pagi oleh pelaku lewat malam Khamis di Kangvei, Phugakchao Ikhai dan Terakhongshangbi, kata polis. 

Badan Ketua Puak Orang Asli (ITLF) mendakwa seorang lelaki berumur 30 tahun maut, manakala tiga lagi cedera. 

ITLF dalam kenyataan dipetik Hindustan Times berkata keempat-empat mangsa adalah sukarelawan kampung di kampung terbabit.

“Serangan itu berlarutan hampir sepanjang hari. Bom juga digunakan dalam serangan itu” kata ITLF. 

Seorang pegawai polis yang enggan dikenali berkata, empat lelaki yang cedera itu dikejarkan ke Hospital Raj Medicity di Imphal. 

Menurut seorang pegawai polis Manipur, penduduk kampung diselamatkan supaya tidak terperangkap dalam kejadian tegang itu. 

Advertisement

Sekurang-kurangnya 150 mangsa terbunuh dan hampir 50,000 kehilangan tempat tinggal di Manipur sejak 3 Mei lalu akibat keganasan etnik antara suku dominan (Meitei) dan suku minoriti (Kuki) yang duduk di atas bukit.

Majoriti suku Meitei beragama Hindu, manakala etnik minoriti Kuki adalah penganut Kristian.

Pertempuran ganas tercetus selepas ‘Perarakan Solidariti Suku’ dianjurkan di Churachandpur pada 3 Mei lalu untuk membantah tuntutan masyarakat Meitei untuk status Suku Berjadual (ST) di India.

Walaupun kes keganasan semakin berkurangan sejak beberapa minggu kebelakangan ini, kumpulan penjenayah memiliki simpanan senjata dan peluru yang dirompak dari gudang senjata polis. 

Setakat ini, pasukan keselamatan hanya menemui sekitar 1,200 senjata api dan 13,000 butir peluru.

Sumber: Hindustan Times

Advertisement

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS

Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul.

KUALA LUMPUR – Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.

Perkara itu disebutnya dalam temu ramah dengan Christiane Amanpour di CNN hari ini ketika diajukan kenyataan mengenai sifat kemanusiaan di Gaza kini pada tahap yang tidak sepatutnya boleh diterima. 

“Kamu menyebut tentang keganasan seksual, saya (merupakan) sebahagian dari proses pemeriksaan hak asasi manusia, menapis persenjataan diberikan kepada Israel.

“Organisasi kebajikan dengan nama Pertahanan Antarabangsa Kanak-kanak Palestin (DCIP) menarik perhatian kami, berkenaan satu serangan seksual atau sebenarnya satu (kes) rogol kanak-kanak lelaki berumur 13 tahun yang berlaku di penjara Israel di Moscovia di Jerusalem (Baitulmaqdis).

“Kami menyiasat dakwaan ini, kami dapati ia boleh dipercayai dan kami mempertanggungjawabkan perkara itu ke atas kerajaan Israel,” katanya.

Paul turut menceritakan tindakan tentera zionis Israel pada keesokan harinya menyerbu organisasi yang menyimpan maklumat kanak-kanak Palestin dalam tahanan rejim Israel itu.

Advertisement

“Kamu tahu apa yang berlaku keesokan harinya?, IDF (tentera rejim zionis Israel) memasuki pejabat pegawai DCIP, rampas komputer mereka, dan isytiharkan mereka sebagai sebuah entiti pengganas,” katanya kepada Amanpour.

Paul berkata kekejaman tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa pun, samada kekejaman pencabulan seksual atau apa sahaja pencabulan melampau hak asasi manusia.

Statistik DCIP menunjukkan, setakat hari ini, 156 kanak-kanak ditahan atas sebab “keselamatan”, 23 kanak-kanak ditahan atas sebab undang-undang dengan catatan kemas kini terakhir pada September lalu.

Manakala jumlah kematian kanak-kanak pada 2023 disebabkan peluru hidup dilaporkan DCIP adalah 92 mangsa dengan kemas kini terakhir pada bulan ini. – The Merdeka Times

Sumber: Youtube – CNN, Defence for Children International Palestine

 

View this post on Instagram

 

Advertisement

A post shared by THE MERDEKA TIMES (TMT) (@themerdekatimes)

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending